"Habis tu, apa jadi?"
Yuna meletakkan mug berisi coklat panas di hadapan Jungwoo sebelum dia mengambil tempat di sisi lelaki itu.
"Hani bayar dia dua kali ganda harga pesanan dia,"
"Haish Lee Hani. Kenapa lah suka sangat ikut kehendak customer macam tu," Yuna menggelengkan kepala.
Kebetulan, hari itu dia bercuti dan tidak ke kafe. Jadi dia tidak mengetahui apa yang terjadi di sana. Jika Jungwoo tidak datang ke rumahnya malam itu, mungkin ianya tetap akan menjadi rahsia kerana mana mungkin Hani akan menceritakannya.
"Hani kan? Dia memang macam tu. Dari dulu lagi, selalu mengalah dan biar je orang pijak dia,"
Yuna setuju dengan kata-kata Jungwoo itu. Sememangnya Hani itu gadis yang penurut dan baik hati. Walaupun adakalanya bukan dia yang bersalah.
"Yaa, baru sehari kau cuti aku dah rindu,"
Tangan Yuna di sisinya, Jungwoo capai. Yuna memandang ke arah lelaki itu dan perlahan, senyuman terukir di bibirnya.
"Aku pun," ujarnya.
Jungwoo ikut tersenyum sebelum wajah Yuna ditarik dan bibir gadis itu dipagut lembut. Keduanya melayan perasaan sebelum akhirnya meleraikan tautan bibir mereka.
"Hmm, bila kita nak bagitahu Hani tentang kita?" soal Yuna yang kini sedang menyandar di bahu Jungwoo.
"Entahlah. Bila agaknya masa yang sesuai?"
Ya. Mereka bercinta tanpa pengetahuan Hani. Semuanya bermula lima bulan lepas. Jungwoo dan Yuna keluar minum bersama dan Jungwoo yang pada ketika itu di bawah pengaruh alkohol, meluahkan perasaan pada Yuna.
Yuna yang sebenarnya sudah mempunyai perasaan pada lelaki itu melakukan hal yang sama. Dan ianya berakhir dengan keduanya yang menghabiskan malam mereka bersama dan mula bercinta. Semuanya dilakukan tanpa pengetahuan Hani.
"Hmm, bulan depan? Birthday kau kan bulan depan? Kita celebrate sama-sama macam selalu, lepas tu kita terus terang dengan Hani," cadang Yuna.
"Okay juga. Harapnya Hani tak terkejut lah,"
"Hopefully,"