• 2 •

26 2 0
                                    

𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 lembut dan mulus milik wanita yang berumur sebaya mamanya di ambil , di salam dan di cium lembut . Bauan wangi dari tangan lembut itu membuatkan bibir Melissa tersenyum dalam diam . Wangi betul !

hehehe .

Selepas tangannya dan tangan 𝘢𝘶𝘯𝘵𝘺 Rania terlerai , laju saja kaki panjang itu melangkah dan seperti berlari ke arah kakak kesayangannya . Ceh , kakak kesayangan la sangat .

" Kejap ya. Saya siapkan makanan kejap kat belakang " Datin Sri Marranda berkata . Dua orang anak perempuannya dipanggil .

" Na dengan 𝘱𝘳𝘪𝘯𝘤𝘦𝘴𝘴 tolong mama dekat dapur jom " ujar Datin Sri Marranda .

Melissa dan Melinna hanya mengikut mamanya ke dapur . " 𝘗𝘳𝘪𝘯𝘤𝘦𝘴𝘴 tolong buat air ya. Na tolong mama sediakan pinggan dengan gelas " arah Datin Sri Marranda lagi .

Melissa dan Melinna bergerak mengikut arahan mamanya . Melissa pergi ke 𝘱𝘢𝘯𝘵𝘳𝘺 untuk menyediakan air manakala kakaknya pula mengikut mamanya menyediakan pinggan dan gelas .

" Nak buat air apa mama? " tanya Melissa sambil melihat mamanya .

" 𝘗𝘳𝘪𝘯𝘤𝘦𝘴𝘴 buat air 𝘧𝘳𝘦𝘴𝘩 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨𝘦 saja " jawab Datin Sri Marranda . Melissa hanya mengangguk .

𝘑𝘶𝘨 kaca di dalam kabinet , di ambil . Botol kaca yang berisi pati air oren di ambil dan di tuangkan ke dalam 𝘫𝘶𝘨 kaca itu . Di cedokkan sedikit gula dan di masukkan ke dalam 𝘫𝘶𝘨 itu . Selepas sahaja memasukkan sedikit air panas , di kacau sehingga larut gula itu .

Siap sahaja air tersebut , 𝘫𝘶𝘨 berisi air oren itu di bawa ke depan dan di letakkan ke atas meja makan . Kelibat papanya yang sedang berbual dengan 𝘶𝘯𝘤𝘭𝘦 Raffel di pandang . Mata di kecilkan apabila memandang seorang lelaki yang berumur 20 - an .

' Macam kenal. Siapa eh? Yang perempuan tu Ramanda , sebelah 𝘶𝘯𝘤𝘭𝘦 Raffel tu abang Rayyan. Sebelah abang Rayyan tu siapa ya? Emm ' fikir Melissa .

Tak silap dia 𝘶𝘯𝘤𝘭𝘦 Raffel dan 𝘢𝘶𝘯𝘵𝘺 Rania ada 3 orang anak . Seorang perempuan dan dua orang anak lelaki . Tapi yang dia ingat hanyalah Rayyan . Kejap , dia ingat yang duduk di sebelah abang Rayyan tu ! Tapi tak ingat nama !

' Tak silap aku , aku pernah main masak - masak tau dengan laki tu. Tapi tak ingat nama dia lah ! Haih ' desis Melissa .

" Ha ! " Terhenjut bahu Melissa apabila dia di kejutkan dengan sergahan Melinna . Mata menatap tajam Melinna yang tersengih seperti tidak bersalah .

" Apa kakak ni ! Main terkejut terkejut pula ! " marah Melissa dengan riak wajahnya yang memaparkan wajah cemberut .

" Kau tu haa. Fikir apa ha? Mengelamun je ! " Bukan dia tidak perasan adiknya dari tadi menatap seorang lelaki yang sedang duduk di sofa itu .

" Takde lah kak. Tapi kan Mel tak ingat tahu siapa lelaki yang duduk sebelah abang Rayyan tu. Kakak kenal dia tak? " soal Melissa . Mana lah tahu kakaknya kenal ke? Kan !

" Lah kau tak kenal ke dik? Tu Rafael lah. Takkan kau tak ingat kot? Dulu kau pernah main masak masak dengan dia tahu? "

Rafael? 𝘚𝘦𝘳𝘪𝘰𝘶𝘴𝘭𝘺 tu abang Rafael yang dia pernah main dulu? Lain gila ! Nampak lagi hensem oo abe Raf kita ni !

" Ha apa senyum senyum? Dah ingat dah? " Melissa tersenyum malu apabila Melinna perasan riak wajahnya yang sedang tersenyum .

" Tak silap Mel , dia sebaya kakak kan? " Melinna berumur 28 tahun . Bermakna lelaki itu pun 28 tahun juga lah !

1.0 || Mrs. Rafael AustinWhere stories live. Discover now