"Yuna~ Tengok sini." Panggil Iezkandar manja. Yuna yang sedang menikmati makanannya tanpa berfikir panjang terus menoleh ke arah Iezkandar.
Kachak!
Satu gambar candid milik Yuna berjaya ditangkap oleh Iezkandar. Iezkandar tergelak besar melihat pipi Yuna yang penuh dengan makanan didalam gambar tersebut.
"Comelnyaaa. I nak buat jadi wallpaper baru." Iezkandar masih mengusik Yuna sambil menunjukkan gambar yang ditangkap tadi kepada Yuna.
"Iezkandar, delete that picture right now." Yuna menekankan hujung ayatnya sebelum menolak kerusi perlahan, seakan bersedia untuk bangun dan mengejar Iezkandar jika dia lari.
"Kalau I taknak, you nak buat apa?" Iezkandar tersenyum sinis sebelum dia juga turut bangun, bersedia untuk lari daripada Yuna.
Sesaat kemudian, Yuna sudah pun berlari untuk mendapatkan Iezkandar yang telah menjauh lebih awal.
Mereka berlari-lari di atas rooftop itu sambil jeritan Yuna tidak putus-putus memanggil nama Iezkandar.
"Hah, gotcha!" Yuna berjaya menyentap baju Iezkandar tetapi terus hilang keseimbangan badan kerana Iezkandar yang mempunyai badan lebih besar berbanding dirinya.
Yuna secara tidak sengaja menarik Iezkandar sekali dengan harapan lelaki itu mampu menghalang dirinya dari terjatuh ke lantai yang keras itu.
Tetapi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut itu, Iezkandar juga tidak mampu untuk menghentikan mereka berdua daripada terjatuh. Dia hanya sempat meletakkan tangannya di bahagian bawah kepala Yuna supaya tidak terhentak ke lantai batu itu.
Yuna membuka matanya perlahan-lahan selepas merasakan dirinya sudah selamat mendarat di atas lantai bangunan itu. Badannya terasa agak perit dengan hentakan itu tetapi dia lagi terkejut dengan keadaan antara dia dengan Iezkandar sekarang.
Seluruh badan Yuna seakan terkaku dan hanya anak matanya yang mampu bergerak memandang ke segenap wajah Iezkandar. Iezkandar sedang erat memeluk badannya dengan sebelah tangan melapik kepalanya. Yuna dapat merasakan helaan nafas Iezkandar, hampir juga dia dapat mendengar degupan jantung Iezkandar secara samar.
"Y-Yuna.." Iezkandar menyebut nama Yuna dengan nafas berat. Yuna hanya menyahut panggilan itu dengan isyarat mata, suaranya tidak mampu dikeluarkan.
"I love you, Princess." Ungkapan itu yang keluar daripada mulut Iezkandar selepas beberapa ketika mereka kaku dalam keadaan itu. Yuna memandang anak mata Iezkandar sedalam-dalamnya saat Iezkandar mengucapkan ungkapan cintanya buat kali yang entah keberapa. Sungguh, dia dapat melihat keikhlasan dan kesungguhan cinta Iezkandar kepadanya, tetapi entah mengapa hatinya tidak mampu membalas perasaan itu.
Iezkandar mengeluh perlahan sebelum mula bangun dan membantu Yuna untuk turut bangun. Tangan Iezkandar masih kemas menggenggam tangan milik Yuna, membuatkan jarak mereka masih kekal rapat.
"Yuna, I..." Iezkandar menarik nafas dalam lalu melutut dihadapan Yuna. Dia mencapai sesuatu dari poketnya.
"Tengku Puteri Yuna Dahlia, will you be my friend and lover for the rest of my life?" Iezkandar menunjukkan sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian, sederhana tetapi masih kelihatan mewah.
"Iezkandar, I... I tak boleh terima. Sorry but I-" Yuna tidak sempat menghabiskan kata-katanya, Iezkandar terlebih dahulu diselubungi emosi.
"Why Yuna? Sebab jantan tak guna tu ke?! You tau I bukan macam dia kan?! I- I sayang you sangat-sangat Yuna, I cintakan you. Dari dulu lagi! But why?! Kenapa dia Yuna?!" Suara Iezkandar perlahan-lahan mula meninggi. Sesaat kemudian, Iezkandar menunduk, sedar yang dia telah bertindak kasar terhadap Yuna. Kotak cincin tadi digenggam keras olehnya.
YOU ARE READING
Redamancy
RomanceRedamancy : the act of loving the one who loves you ; a love returned in full