Bab 3

19 0 0
                                    

Pakk!

Tangan kasar seorang ayah hinggap dipipi anak gadisnya buat pertama kali. Air mata kecewa sang ibu pula mengalir laju dari tubir mata ke pipi, tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

"Y-Yuna... Yuna tak tahu apa-apa pa! Yuna sumpah! Iez! Iezkandar yang bawa Yuna pergi hotel tu! Dia yang perangkap Yuna! Percayalah, pa!" Yuna menahan air matanya dari jatuh, menyebabkan anak matanya kelihatan berkaca-kaca.

Iezkandar menundukkan kepalanya. Memang ini yang dimahukannya. Inilah rancangannya. Tapi hanya Tuhan yang tahu, dia tidak pernah menyentuh Yuna lebih daripada satu ciuman yang tidak disengajakan itu.

"Kau! Aku percayakan kau untuk jaga anak aku! Tapi ini yang kau buat?!" Ayah kepada Yuna, Shahrizal menunjal-nunjal bahu Iezkandar.

"Sabar tuan, puan. Sekarang, kita kena selesaikan hal ni mengikut undang-undang. Kami dah dapatkan laporan dari kedua-dua pihak dan hanya perlu menunggu tindakan seterusnya. Buat masa sekarang, tuan, puan, Encik Iezkandar dan Cik Yuna boleh balik ke rumah dulu dan berbincang." Pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut berkata dengan tenang.

Ayah Yuna hanya mendengus marah dan berjalan laju menuju ke kereta. Ibu Yuna juga mengikuti langkah suaminya longlai, meninggalkan Yuna dan Iezkandar berdua di dalam balai polis tersebut.

Yuna merenung tajam mata Iezkandar buat beberapa ketika selepas ibunya berlalu pergi sebelum dia berlari keluar dari balai polis yang terasa menyesakkan dadanya.

"Yuna." Iezkandar menyentap tangan Yuna yang sudah berada di pintu luar hadapan balai polis tersebut.

"Apa lagi, Iez?!" Yuna bertanya geram sambil cuba menarik kembali tangannya tetapi gagal.

"I akan bertanggungjawab. I akan kahwin dengan you." Iezkandar meneruskan penipuannya, berlakon seperti dia telah menodai Yuna.

"Kalau you tahu apa makna tanggungjawab, you tak akan sesekali sentuh I, apatah lagi pengsankan I untuk dapatkan apa yang you nak." Yuna mengetapkan giginya, cuba menahan diri dari menangis.

"I cuma nak you, dari dulu lagi. Hanya you yang ada dalam hati I, I minta maaf sebab pentingkan diri I tapi ini je cara untuk I dapatkan you. It's the least that I could think of." Iezkandar memandang anak mata Yuna dalam-dalam ketika mengucapkan setiap bait perkataan yang keluar dari mulutnya.

"Yes, you dapat I. No, you dapat tubuh I, but you takkan pernah dapat hati I dengan cara ni, Iezkandar, tak akan." Yuna menyentap tangannya dari genggaman longgar Iezkandar dan ingin berlalu pergi ke arah kereta ibu bapanya. Tetapi, belum sampai 3 langkah diambilnya, Iezkandar menghentikan langkahnya.

"So, bagi I peluang untuk dapatkan hati you, boleh? I janji, kalau you kahwin dengan I, I akan bagi semua kebahagiaan, hidup I dan nyawa I untuk you. Can I?" Iezkandar mengharapkan suatu balasan yang positif dari Yuna tetapi yang dia dapat hanyalah suatu hembusan nafas dingin.

Yuna terus berjalan ke arah kereta kedua ibu bapanya dan berlalu pergi. Apa sahaja yang berlaku selepas ini, tidak lagi dipedulikan oleh Yuna. Apa yang difahaminya sekarang ialah kedua-dua lelaki yang disayangi dan dipercayainya telah merosakkannya, itu sahaja.

• • •

Yuna menghempaskan badannya di atas katil setelah mengunci pintu biliknya. Panggilan ibu dan ayahnya dari luar bilik langsung tidak dipedulikan olehnya.

"Hah... Awak tengoklah anak kesayangan awak tu. Dah perangai yang bukan-bukan dibuatnya, sekarang dia kunci pintu bilik pula." Marah si ayah masih belum reda.

"Awak yang berkasar sangat dengan dia. Dahlah, awak pergi naik atas mandi. Biar saya yang pujuk dia. Saya tahu anak kita tak salah." Si ibu cuba memujuk suaminya supaya tidak terlampau memarahi anak mereka. Si ayah mencebik geram sebelum menaiki tangga laju meninggalkan si ibu untuk memujuk anak tunggal mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RedamancyWhere stories live. Discover now