Dalam keadaan tergesa-gesa, Elyana masuk ke dalam bangunan syarikat. Dia sudah lambat. Ini semua gara-gara tidur lewat malam tadi. Mujur sahaja sewaktu sampai di lif, masih ramai orang yang baru masuk ke dalam lif. Dia juga masuk ke dalam lif yang sama.
Lif tiba-tiba berbunyi. Itu menandakan lif sudah terlebih muatan. Masing-masing memandang Elyana.
"What? Koranglah keluar. I dah lambat ni." Ujarnya sambil memandang jam di tangan.
"Kau tak sedar diri ke perempuan gemuk? Kau penyebab lif ni berat. Jadi kaulah yang patut keluar."
"No!" Elyana genggam beg tangan.
Dua orang lelaki menolak Elyana keluar tapi tangan diletak pada bahagian pintu lif tanda tidak mahu. Kepalanya digeleng-gelengkan.
"Ei, aku terajang juga karang! Baik kau keluar! Kami dah lambat ni!" Tengking seseorang. Yang lain turut bising.
Elyana terpaksa akur kerana tiada sesiapa membela dirinya. Dia keluar dalam keadaan pasrah. Lif tidak berbunyi lagi.
"Gemuk!" Sempat terdengar sindiran sebelum pintu lif tertutup.
Dia tunggu lif satu lagi. Datang seorang lelaki kacak menghampiri Elyana dan duduk di sebelahnya. Sambil tunggu lif dia jeling lelaki itu.
Kacaknya dia. Dah berpunya ke belum.
Ting! Pintu lif terbuka. Mereka berdua masuk ke dalam. Bila pintu lif tertutup, lelaki itu tiba-tiba menekup hidung. Hidung Elyana bergerak-gerak. Cuba menghidu. Ada ke bau busuk. Langsung tak ada. Yang ada bau harum dari pewangi. Dia bau pula bajunya. Tak busuk pula.
Sah! Lelaki itu sengaja memerli dia. Mungkin dia ingat perempuan gemuk ni badan berbau. Elyana mengetap bibir. Dia membalas kembali dengan menutup hidung dengan tangan.
Lelaki itu perasan. Dia pula membuat tindakan yang sama seperti Elyana tadi.
"Hurm, tak ada apa yang busuk cuma hati awak tu yang busuk! Bau busuk tu menusuk hidung saya. Muka kacak hati busuk! " Sindir Elyana. Lif berhenti di tingkat 9. Elyana menghadiahkan satu senyuman sinis kepada lelaki itu sebelum keluar dari lif.
Elyana berjalan menuju ke department tempat dia bekerja.
Ismail, staf lelaki satu department dengan Elyana ternampak gadis itu.
"Gempa bumi sudah datang! Sila duduk di tempat yang selamat!" Laung Ismail.
Masuk sahaja Elyana, Ismail segera menggoyang-goyangkan tubuh umpama tempat itu seakan benar-benar mengalami gempa bumi. Dia mengikut langkah kaki Elyana.
Elyana berhenti berjalan. Dia pandang lelaki itu.
"Menganjing lagi aku Mael! Aku hempap kau nanti masuk ICU terus!" Gertak Elyana.
Ismail terdiam terus. Tak jadi nak menyakat lagi bila dengar kata-kata Elyana. Kecut juga dia. Kalau Elyana buat betul-betul rasanya INNALILLAH terus.
Baru nak menapak ke meja kerja, kedengaran suara arahan seseorang. Pastinya itu majikan dia, encik Khuzaimi. Elyana menoleh. Lelaki itu baru sampai ke pejabat. Tapi dia tak keseorangan. Ada dua orang lelaki lain disisinya.
"Okay semua, sila berkumpul dalam bilik meeting sekarang."
"Bilik meeting? Mak aih! Dahla sempit. Nanti sah-sah orang mengata aku. Tapi siapa 2 lelaki sebelah encik Khuzaimi tu? Kacak juga. Ish! Asyik tengok rupa paras je. Padahal diorang tak pandang pun aku.