Bismillahirrahmanirrahim
Saya open pre order ebook my wife miss chubby
10/4 - 15/4
Harga rm10
300++ pages
Harga akan berubah selepas tamat pre order
Edaran file pada 17/4 malam
http://www.wasap.my/+601139104264/ebookmwmc
Blurb my wife miss chubby
Sejak kematian tunang tercinta, sudah hampir 5 tahun Syakir Farhan menutup hatinya dari bercinta dengan mana-mana perempuan.
Pertemuannya dengan seorang gadis berbadan gempal bernama Elyana berjaya membuka kembali hati yang sudah tertutup rapat. Kali pertama dia ternampak gadis itu ketika si gadis sedang memberi makan kucing di jalanan. Kali kedua pula ketika gadis itu sedang menangis sendirian. Dia tekad untuk menjadikan si gadis sebagai suri di hatinya.
Elyana agak terkejut ketika mendapat lamaran daripada seorang lelaki yang tak pernah dia kenali. Sudahlah kacak. Model pula tu. Dia selalu dihina dan dipermainkan lelaki.
Kenapa awak lamar saya sebagai isteri? Saya ni gemuk dan tak lawa macam perempuan lain.- Elyana.
Tak baik cakap macam tu. Awak juga layak bahagia seperti orang lain. - Syakir
Awak tak payah nak beria diet. Saya tak suka perempuan kurus.Taste saya perempuan chubby.- Syakir
Pada mulanya Elyana menganggap lelaki itu hanya main-main sahaja sama seperti orang lain namun melihatkan Syakir yang bersungguh-sungguh mahu berkahwin dengannya, dia akhirnya menerima lamaran lelaki itu. Mereka dijabkabulkan di dalam satu ikatan perkahwinan.
Tak mudah berkahwin dengan lelaki kacak dan hampir sempurna seperti Syakir. Ada sahaja yang datang menyakiti dan cuba untuk memisahkan mereka. Dek kerana tertekan, Elyana sanggup berbuat sesuatu sehingga menimbulkan kemarahan encik suami.
El isteri abang dan abang ni suami El! El patut dengar cakap abang bukan mereka!- Syakir.
Syakir sedaya upaya berusaha untuk mempertahankan rumah tangga mereka walaupun cik isteri cuba untuk meminta perpisahan. Bagi Syakir, Elyana tetap isterinya yang pertama dan terakhir. Tiada yang lain!