Bab 1

1.4K 14 2
                                    

Rutin seharian aku berjalan seperti biasa. Bosan! Hidup aku bagaikan tiada corak. Pelajaran? Aku hanya menghabiskan pelajaranku sehingga di tingkatan 6. Pointer aku agak bagus, 3.75. Tapi kenapa aku memilih untuk bekerja tetapi tidak melanjutkan pelajaran di universiti? Kerana aku tidak mahu menyusahkan keluarga. Tapi bohong! aku cuma malas nak melanjutkan pelajaran.

Keluarga aku bukanlah orang miskin. Ayahku mempunyai syarikat sendiri. Ibuku pula sudah lama meninggal dunia iaitu sejak aku kecil lagi. Kini, aku hanya ada ayah tetapi ayah sentiasa sibuk dengan kerja. Itu sahaja perkara yang ayah aku lakukan. Kerja, kerja, kerja!

Aku kini bekerja di kedai aku sendiri. Akulah bos! haha! Apa nama kedai aku? UrDessert. Aku pun tak tahu kenapa aku letak nama tu. Nampak sangat tak kreatif. Macam mana aku dapat duit sampai dapat buka kedai kek ni? mestilah dari ayah aku. Dah dia banyak duit. Apa salahnya bagi kat aku sikit kan? haha!

Hari ini seperti biasa. Aku duduk di ruangan dapur kedai aku. Ruangan pekerja-pekerja aku buat kek. Banyak jenis kek yang mereka buat. Kedai aku ni nama sahaja kedai kek tetapi ada juga menjual aiskrim, biskut dan lain-lain. Pekerja aku ada tiga orang sahaja. Fira, Ressa dan Aidan. Eh! aku baru ingat yang aku pun tak perkenalkan diri aku! Nama aku Dayyan Faiz.

"Eee dari tadi kedai kita kosong! Takkanlah takda seorang pun yang nak makan kek hari ini?" Suara Adian memecah kesunyian kedai.

Aidan ni nama je ala ala lelaki melayu terakhir, tetapi gaya badannya mengalahkan miss universe.

"Sabar lah Aid. Sekarang ni kan baru pukul 11 pagi. Tekak siapa je yang nak makan kek waktu-waktu macam ini?" kata Ressa yang mula buat mula meluat dengan perangai Aidan.

Ressa dengan Aidan ni memang seperti api dan air. Aidan api dan Ressa pula airnya.

Fira hanya diam sambil menyapu lantai dapur yang agak kotor akibat aktiviti mereka membuat kek.

Sungguh aku terharu kerana sewaktu aku berkata kepada mereka bertiga bahawa aku akan membuka kedai kek, mereka semua menyokong aku dengan sepenuh hati. Apabila aku bertanya jika mereka mahu menjadi pekerja di kedai aku, mereka dengan laju mengangguk kepala tanda setuju dengan cadangan aku. Sebenarnya, Ressa dan Fira memang berbakat dalam hal membuat kek.

"Kau orang nak makan apa? Hari ni aku belanja" soal aku yang cuba untuk menukar mood mereka yang sedang tidak menentu itu.

"Nak! Nak! Nak! Inilah yang aku nak! Sayang kau Dayyan!" kata Aidan sambil menayangkan muka gembiranya.

Ressa dan Fira juga mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata aku.

"Okay now aku akan pergi ke kedai untuk beli makanan. Hari ini aku belanja pizza,"

Aku terus mengambil beg silangku dan telefon iPhone 13 yang berada di meja dapur itu. Pintu kedai aku tolak untuk keluar.

Kereta Perodua Axia aku dibuka. Aku kini sedang menuju ke kedai Pizza Hut yang berdekatan untuk membeli pizza kepada kawan-kawanku yang sudah semestinya kebuluran di kedai.

Perjalanan untuk ke Pizza Hut tidak mengambil masa yang lama. Hanya 10 minit. Kini aku sudah sampai di Pizza Hut. Aku terus membeli dua jenis pizza bersaiz regular iaitu beef pepperoni dan aloha chicken.

Sedang aku seronok mendengar lagu Love Dive daripada Ive dalam kereta, aku terdengar bunyi kuat di belakang kereta aku.

Bukk!

Alamak! Aku yakin kereta aku terlanggar sesuatu. Aku terus bergegas keluar daripada kereta Axiaku yang comel lagikan cantik itu. Argh! aku tak perasan sewaktu aku mengundurkan kereta, aku terlanggar kereta vios yang berada di belakang kereta aku.

Aku Nak Kau! Where stories live. Discover now