Bab 2

910 12 0
                                    

Seperti yang dipersetujui. Aku kini berada di Y's Cafe. Tapi kelibat lelaki itu tidak nampak langsung! Dia yang suruh aku datang pukul 12 tengah hari tetapi sekarang ni dah lebih 15 minit! Bayang dia pun belum nampak.

"Hi cute! sorry lambat," kata lelaki itu lalu memegang daguku dengan lembut.

Aku terkejut dengan tindakannya. Kaku! Itulah aku sekarang ini. Badan aku mengeras. Terkejut! Adakah ini lelaki yang sama? Kenapa dia tiba-tiba baik pulak sekarang ni? semalam bukan main sombong!

"Aku lambat sikit sebab ada hal tadi," katanya lalu menarik kerusi di hadapan meja aku.

"Encik ada nak makan apa-apa? saya bayarkan sebagai tanda maaf untuk semalam," soalku.

Lelaki di hadapan aku memandang aku. Lama! Dah kenapa pula dia ni tenung muka aku macam tu? Eee tak selesalah. Tahulah hensem tapi tak bermakna aku suka bila dia pandang aku macam tu. Nampaknya dia sekarang ini sudah bertukar kepada dirinya yang semalam!

"Tak perlu panggil aku encik. Panggil je Haufan. Nama aku Haufan Farish," kata lelaki itu sambil membelek buku menu yang ada di atas meja makan kami.

"Oh okay," kataku yang sebenarnya sedang merasakan kejanggalan dalam perbualan kami ketika ini.

Setelah usai memesan makanan, aku terus cuba untuk menyelesaikan masalah yang aku cetuskan kelmarin.

"Jadi awak nak saya bayar berapa ringgit untuk kereta awak tu?" soalku. Haufan memandang aku dengan wajah selambanya. Aku tak fahamlah! setiap kali dia tengok aku, aku berdebar tak tentu arah.

"Tak payah bayar dengan duit pun," kata Haufan sambil memberikan senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan.

"Jadi awak nak saya bayar dengan apa?"

"Masa. Aku nak kau luangkan masa dengan aku. Kalau aku ajak kau keluar, kau mesti ikut. Dalam tempoh sebulan. Kalau dah sampai bulan hadapan, maksudnya kau dah selesaikan masalah kau," Ujar Haufan.

"Eh! bila masa pula kereta yang calar perlu dibayar dengan masa? Saya sibuk lah Haufan!" kataku yang sedang berharap dia menarik kembali kata-katanya.

"Kalau kau tak nak, aku tak maafkan kau!" kata Haufan sambil merenung mataku.

Dia ni suka betul buat aku berdebar! Sabar Dayyan oi!

"Hmm baik. Saya setuju. Tapi janji! Sebulan sahaja!" kataku tak puas hati.

"Bagus! pandai juga kau dengar kata aku," kata Haufan yang senyum kepuasan.

Setelah makanan sampai, aku dan Haufan terus makan. Kami cuma berbual kosong. Ada beberapa kali jugalah aku tengok Haufan ketawa. Tapi dia ni waktu ketawa pun acah maco. Tapi kenyataannya memang maco pun. Argh! Stop Dayyan!



Aku berjalan lemah ke kereta Axia ku yang diparkir agak jauh dari cafe tadi. Sewaktu aku cuba untuk membuka pintu kereta, tanganku ditarik oleh seseorang. Lelaki itu menggenggam pergelangan tanganku dengan kuat. Sakit!

"Eee apani! Lepaslah!" kataku yang cuba untuk melepaskan diri.

Lelaki itu menarik tangan ku untuk pergi ke belakang bangunan besar di hadapanku ini. Aku cuba untuk melihat wajahnya tetapi dia memakai pelitup muka bewarna hitam. Namun aku yakin! aku tahu siapa lelaki di sebalik topeng muka itu. Setelah tiba di kawasan yang sunyi, dia melepaskan tanganku lalu membuka topeng mukanya.

Adam Lufi!

Bekas kekasihku sewaktu aku di tingkatan enam. Perbuatannya dulu menyebabkan aku meninggalkannya.

"Dayyan! Please Dayyan! You tak pernah dengar penjelasan I! I tahu I salah and I nak minta maaf atas kesilapan I. Tapi jangan tinggalkan I macamni. I still sayangkan You Dayyan," kata Adam yang meletakkan kedua-dua belah tangannya di dinding yang sedang aku sandarkan diriku. Pergerakanku disekat akibat dirinya yang sangat dekat denganku.

Aku Nak Kau! Where stories live. Discover now