6| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚

1.7K 108 0
                                    

"Yeah, I'm on my way." Bella menamatkan panggilan telefonnya lalu dia berdiri dihadapan cermin biliknya. Baju yang sedikit sendat separas peha itu dibetulkan. Rambut keperangan miliknya dilepaskan supaya kelihatan lebih menawan. Perfume vanilla turut disemburkan pada leher dan pergelangan tangannya.

"Perfect." Satu ayat ringkas diucapkan pada dirinya. Kemudian dia segera menuruni anak tangga rumah agam miliknya. Langkahnya diatur perlahan supaya tidak menggagu tidur Puan Ava. Jikalau Puan Ava tahu bahawa dia keluar dengan berpakaian begini, tamatlah riwayatnya.

Sesampainya diluar rumah agam itu. Bella menuju ke kereta bmw i8 miliknya. Kereta itu laju meluncur membelah jalan raya. Tiba di destinasi. Bella melangkah keluar dari kereta. Iris kebiruan miliknya tertuju pada gadis yang berada di hadapan keretanya.

"You're late." Gadis itu menjeling Bella. Bella tersenyum nipis sebelum dia menjawab pertanyaan daripada kawan baiknya.

"I'm sorry Farisha. Ala kau tau kan mama aku macam mana, dia mana bagi kalau aku keluar malam. So aku kena la keluar senyap senyap." Terang Bella kepada Farisha. Tanpa menunggu bicara dari Farisha, dia menarik tangan gadis itu untuk masuk ke dalam club malam. Farisha hanya akur.

"So, tonight I want to release all my tension. Kau pun kena join aku sekali. Jangan nak buat muka toya basi kau tu depan aku. Buat serabut mata aku je." Nada bicara Bella turut dinaikkan kerana bunyi muzik yang dimainkan oleh dj sangat kuat.

"Aku tak minumlah. Kau kena ingat aku temankan kau je. Bukannya aku nak sangat datang tempat ni." Tutur Farisha kepada Bella.

Bella hanya mengabaikan ayat yang dilontarkan sebentar tadi oleh kawan baiknya. Bella segera memesan sebotol alcohol kepada pelayan. Farisha hanya memerhati tingkah laku Bella. Sangat pelik. Lain. Tak macam dulu. Ya, dia sudah tahu bahawa Bella sudah kembali. Dia sedikit pun tidak berasa takut, kerana perwatakan Bella tidak kelihatan bahaya dimatanya.

Selang beberapa minit. Sebotol alcohol tiba dimeja mereka. Bella segera menjamah air itu. Manakala Farisha hanya memerhati setiap gerak geri Bella. Dia khuatir jika gadis ini hilang dari pandangan matanya. Habis dia kena ganyang dengan Puan Ava nanti. Sudahlah Bella keluar rumah tanpa pengetahuan Puan Ava. Selalunya dia sahaja akan dijadikan 'alat' penyelamat Bella supaya tidak dimarahi oleh Puan Ava.

Telefon milik Farisha berdering. Dia segera mengangkat panggilan itu.Reaksi wajahnya dengan serta merta bertukar. Dia memandang wajah Bella sekilas.

"Bella, aku kena balik. Urgent. Jom balik." Kata Farisha. Bella menggelengkan kepalanya.

"No! Aku tak nak. Kalau kau nak balik. Balik jelah. Lagipun kita datang asing asingkan." Bantah Bella. Dia baru sahaja tiba di club malam. Takkan terus nak balik. Enjoylah dulu.

"Aku cakap jom balik." Ayat Farisha kini kedengaran tegas sekali. Iris kebiruan milik Bella laju sahaja menikam anak mata milik Farisha. Sangat tajam. Seakan akan tahu apa maksud pandangan itu. Farisha mengalihkan pandangan matanya.

"Fine. But promise balik rumah cepat and jangan minum terlampau banyak." Ujar Farisha dengan penuh keprihatinan.

Bella tersenyum manis. Jarinya membentuk huruf "okay". Farisha segera keluar dari club malam yang dihujani oleh ramai orang. Bella masih lagi dengan dunianya. Dia tidak tertarik mahu menari terkinja kinja diatas pentas itu. Dia masih lagi menikmati minumannya. Sebotol demi sebotol air itu habis diteguk oleh Bella. Dia sedikit mabuk daripada kesan air itu.

"Waiter, I want another one, please." Ucap Bella sambil melambaikan tangannya keatas. Pelayan itu datang dan memberikan sebotol lagi alcohol kepada Bella. Belum sempat Bella mencapai huluran dari pelayan itu. Tangannya terlebih dahulu ditepis oleh seseorang. Bella berpaling ke arah tuan empunya badan.

 OG| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now