27🪐

2.9K 358 10
                                    

Mata hari mula menerjah masuk ke dalam bilik Afeef. Dengan terpaksa,lelaki itu mula membuka kelopak matanya. Nafasnya dihela lemah. Another day of tired day began....

Gugusan kunci yang berada di atas night standnya dicapai. Ada keychain tergantung disitu bersama satu alamat. Afeef bangun dari baringnya. Gugusan kunci itu dicapai. Rambutnya disebak kebelakang saat turun dari katil. Bilik mandi dituju.

Afeef perhatikan sebuah rumah yang berada di sebelah kanan keretanya. Kalau diikutkan alamat yang ada pada keychain tadi,maksudnya Afeef sudah sampai. Kakinya menapak keluar dari dalam perut kereta. Gugusan kunci tadi dibawa bersama.

Kunci pada pintu pagar itu berjaya dibuka dengan mudah. Langkah diteruskan ke arah pintu utama rumah itu. Afeef tersenyum kecil saat pintu utama itu juga berjaya dibuka.

Mulutnya ditekup menggunakan tangan akibat ruangan yang agak berdebu. Rumah itu hanya setingkat,tapi mempunyai keluasan yang lumayan. Kunci terakhir dihala kepada sebuah tombol pintu yang bercorak.

Firasat Afeef mengatakan kunci ini ialah milik bilik yang pintunya bercorak bunga. Kerana pintu itu sahaja yang bercorak,tidak seperti bilik lain.

Clik!!

Afeef tersenyum senget mendengar bunyi pintu yang sudah berjaya dibuka itu. Dengan perlahan-lahan kakinya melangkah masuk.

Sebuah bilik tidur bertemakan rose gold menjamah matanya. Bingkai-bingkai gambar yang berada di atas rak buku di satu sudut bilik itu dilihat satu per satu oleh Afeef.

Nafasnya bagai tersekat saat terpandang satu bingkai gambar. Menggeletar tangan Afeef mencapai bingkai gambar itu. Dia kenal orang dalam gambar itu. Sangat kenal.

Kerana Afeef juga menyimpan gambar yang sama. Malah Wildad sendiri pernah bertanya kepada Afeef tentang gambar itu. Tulisan pada bingkai gambar itu disentuh.

A + W

"Janganlah nangis. Nanti bila kita dah besar,kita jumpa balik okay? Fina janji nanti bila dah besar Fina cari Feef balik"

Memori saat dirinya berumur tujuh tahun kembali menerjah fikiran. Waktu itu umur Wildad lima tahun saat mereka berpisah. Afeef meraup wajahnya kasar. Bagaimana selama ini dia tidak perasan bahawa Wildad adalah teman masa kecilnya. Betapa kecilnya dunia sehingga mereka dapat dipertemukan kembali.

Sekarang Afeef tahu,memang benar ada hikmah disebalik pertemuannya dan Wildad. Walaupun pertemuan itu tidak dapat menyatukan mereka,setidaknya mereka dapat dipertemukan kembali.

Afeef bergerak pula ke arah meja study dalam bilik itu. Tangan kekarnya mencapai sebuah diary yang agak berhabuk. Diusap kulit buku itu untuk menghilangkan habuknya.

Muka surat pertama diary itu dibuka. Afeef ukirkan senyum nipis. Diary ini tentang mereka. Tentang bagaimana Afeef dan Wildad dapat bertemu,bermain lalu menjadi kawan dan pada akhirnya dipisahkan oleh keadaan yang memaksa. Satu demi satu memori datang kembali setiap kali Afeef menyelak muka surat baharu.

Afeef ketawa kecil. Rasa comel apabila mengingati tentang dirinya dan Wildad zaman kecil dahulu. Malah,Afeef tidak sangka bahawa Wildad masih menyimpan plastik coklat kinder bueno yang pernah diberikan pada gadis itu suatu masa dahulu.

Afeef mati kata saat melihat muka surat terakhir yang bercoret pada diary itu. Diusap perlahan tulisan yang berada di muka surat itu.

"Aku akan tunaikan impian kau,sayang. Tapi,bukan dekat dunia lah" katanya perlahan.

 Tapi,bukan dekat dunia lah" katanya perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now