Ada ganti

48 5 12
                                    

Bahri bersama sahabatnya, Manap masuk kedalam hutan untuk memeriksa jerat ayam yang dipasang semalam sebelumnya.

Ternyata ada seekor ayam hutan yang terjerat disitu. Ayam itu tidaklah besar,tidaklah kecil, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi semua orang cakna bahawa,orang yang dapat makan ayam adalah sangat beruntung, di zaman ini .

Bahri dan Manap hampir tidak percayakan mata mereka . Bukan telah menimpa riba mereka.

Tanpa berlengah, Bahri pun mendakap ayam hutan itu. Dia sangat teruja kerana ini adalah kali pertama dia memasang jerat selepas mempelajari cara-caranya dari jirannya.

Ayam itu pun berteriak dengat sekuat hatinya.

Manap tersedar akan sesuatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Manap tersedar akan sesuatu. Dia merampas ayam itu lalu menutup mulutnya , dan mengangkat jemarinya menunjukkan tanda senyap kepada Bahri.

"Ada apa? "

"Kau ada dengar? Kita kena berjaga-jaga keluar rumah sekarang.. jadi.. kita tak sepatutnya menarik perhatian mereka bahawa kita ada di sini!" Bisik Manap

'mereka'? Siapa ? Harimau?'

"Bukan!!!! Katanya negara kita telah dicerobohi tentera komunis.. "

"Hah? K..komi apa? "

"Komunis...""

"Makhluk apa tu? "

"Ish.. senang cakap orang luar lah. Tapi mereka datang ke sini bukan dengan niat baik. Mereka datang untuk menyebarkan ajaran mereka dan memaksa kita untuk mengikut cara mereka.. maksud aku .. cara mereka taklah baik..

Setakat yang aku tahu, 'mereka' ni hanya membuat kucar-kacir di negara kita. Ramai telah terbunuh akibat tidak memberi kerjasama. "

"Dari mana... Kau tahu semua ni? Siapa beritahu kau?"

"Kelmarin.. aku ada singgah di warung Pak Munim. Di sana ada radio. Aku terdengar berita ni."

"Tapi kan.. kampung kita ni kan susah dijumpai. Mungkin kerajaan pun tidak tahu ada kampung di sini. "

"Ya lah, tak kiralah.. tapi kita kenalah waspada.. Aku tak nak-"

Tiba tiba Bahri bersoal dengan nada yang agak tinggi

"Waspada? Buat apa? Kau takut ke?"

"Erm.. tak, bukan.."

"Habis tu apa?"

"Entahlah.. aku .. tak rasa aku mahu mati dibunuh.. biarlah aku mati sakit tua atau menghidap penyakit.. tapi jika aku mati ditangan orang.. aku tak rela "

Mereka berdua terdiam

Bahri menggaru kepalanya , mana tahu ada idea tersangkut di rambutnya itu💀

Setelah beberapa seketika, Bahri pun berkata "kalau begitu.. tak apalah. Lepas ni, aku akan pergi keluar seorang diri. Aku faham, kau .. duduklah di rumah. Jaga diri ya?"

Selang Dino Selang MatiWhere stories live. Discover now