Penat Menanti

33 3 6
                                    


"KAU GILA ??"
jerit mak Nina apabila mendengar berita daripada Bahri tentang apa yang dikatakanya kepada perempuan yang baru sahaja ditemukan dengannya subuh tadi.

Bahri mengelak segala jenis perabot dan perkakas yang dilemparkan oleh ibunya itu dengan reaksi cuak. Jarang sekali ibunya marah sebegini.

"BAHRIIIIIIIIII JANGAN ELAKKKKKKKKK"

"MAKKKK AMPUUUN"

KEPOW!

Bahri terjatuh akibat tersadung pada setandan pisang yang berada di atas lantai.

Akhirnya dia didenda untuk mengemas rumah.

.

Setelah Bahri menyiapkan tugasan itu mereka berdua pun kembali bermesra. Ibunya kembali reda.
"Baru lah boleh bincang kalau macam ni" bisik Bahri dalam hatinya

"Bu?"
"..."
"Ibu?"
"... Nom nom nom.. kenapa? " Tanya ibunya itu selepas menelan pisang goreng yang telah dikunyah itu sebentar tadi

"Boleh tak? "
".. bahri..

Ibu bukan tak mau kasi kamu kahwin. Kamu tu pun dah besar, dah boleh berdikari, dah matang semua.
Tapi dalam keadaan macam ni, kamu nak kawin macam mana? Dalam suasana huru-hara ni? Dengan keadaan negara kita ni tengah dalam bahaya. Ini bukan masanya untuk kamu kahwin. .."

"Tapi ibu.. kalau tak sempat kahwin nanti lagi rugi"

"Eish kamu ni. Jangan cakap macam tu. Kita doa je dulu. Mana tahu mereka ni akan pulang ke negara mereka semula dalam masa terdekat?

Macam ni lah. Kamu ajaklah dia kerumah. Bagi mak berkenalan dulu dengan dia. Apa nama dia?

"Uhh nama.. tak tahu. Tak sempat nak tanya. "

"Aik? Suka tapi tak tahu nama? Peliklah kamu ni. Kamu pergilah cari dia , tanya elok elok, nama, anak siapa, apa semua tu. Ajak dia makan sore disini. Kan elok tu. "

"Baik mak.."

Masuk jam 4 petang kemudian, Bahri pun bersiap-siap untuk menunaikan solat fardhu asar, dan selepas itu pergi mencari perempuan itu di tempat semalam.

Selesai sahaja dia solat, dia bertukar fikiran. Dia ingin pergi memancing dan baru kemudiannya mencari perempuan itu.

.

~{semalam}~

Akasia lari naik kerumahnya selepas bertembung dengan lelaki aneh lagi pelik👁️👄👁️

Dia segera menyiapkan santapan untuk ibunya yang terlentang sakit . Dia merebus ubi dengan dapur lamanya itu.

Sebelum api pada kayu dapat merebak, ia akan mengeluarkan asap yang banyak terlebih dahulu,barulah ia boleh digunakan untuk memasak.

Kali ini lain, asapnya itu lebih tebal daripada biasa. Ibunya yang terlentang di ruang tamu itu terbatuk-batuk sesak nafas.

"Nak, uhuk- Akasia!! Sini kau!!"
"Kejap!!"
"Aka-"

Suara ibunya itu terhenti di situ sahaja.
Akasia sebok membelek dan menambah kayu api dibawah dapurnya.

Setelah dia berjaya menyalakan api seperti biasa, dia pun terus merebus ubi dan pergi menumbuk cili untuk menumis sambal. Dia leka dan terlupa ibunya memanggilnya sebentar tadi.

Sekian dia selesai menumis dan merebus ubi, dia pun naik ke ruang tamu untuk menyuapkan ibunya itu.

"Mak?"
Ibunya tidak menyaut.

Ibunya tidak menyaut.

Ibunya tidak menyaut.

Ibunya tidak menyaut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Selang Dino Selang MatiWhere stories live. Discover now