✥꙰⃝⏤͟͟͞ 【01】

46 6 2
                                    

❅Penyesalan Selalu Diakhir❅
Genre : Family, Siblinghood, Sad
Chara : Trio Ori, (name)
© Boboiboy Hanya Milik MONSTA

Sakit....

Itu yang selalu gadis ini merasakan, setiap hari dipukul, dimarahi dan dimaki oleh abang-abangnya sendiri tetapi dia tetap bertahan meskipun dia harus menghadapi semua itu. Dia berharap satu hari nanti abang-abangnya menyedar kesalahan mereka dan melayan mereka selayak seorang adik mendapat kasih sayang.

Itu yang dialami oleh seorang gadis bernama (name) ... bersama ketiga abangnya iaitu Halilintar, Taufan dan Gempa atau boleh dipanggil dengan panggilan Trio Ori.

Sebelum kejadian yang tidak diduga akan berlaku, semuanya dalam keadaan baik mahupun di sekolah atau di rumah sehingga seseorang mula mengganggu mereka dengan membuat fitnah terhadap (name) dan itu mengundang kemarahan terhadap abang-abangnya.

Flashback,

Seperti hari biasa, bising dan huru-hara di sebuah kelas iaitu kelas 1A dimana (name) sedang membaca buku di dalam suasana yang riuh-rendah sekali. "Kenapa aku harus berada di dalam kelas ini" batin (name) yang cuba fokus pada buku yang dibacanya sehingga teman baiknya menghampiri, "(name), kau baca buku apa dari tadi? Kelihatan fokus sekali?" tanya Rika aka teman baik terhadap (name).

"Tiada apa, cuma tidak boleh fokus untuk membaca dalam suasana yang begini" jawab (name) dengan sedikit kesal. "mahu buat macam mana, kelas ini sejak tiada ketua kelas selalu saja bising tapi kenapa tidak kau saja yang ganti tempat ketua kelas? Lagipun abang-abang kau ketua pelajar" tanya Rika kepada (name) ambil menaikkan alisnya.

(Name) menghela nafas lalu dia menutup buku yang dibacanya dan tatap kawan baiknya itu "Kau tahu sendiri abang aku gimana, mereka protective terhadap aku setiap kali aku ingin cuba untuk buat sesuatu yang aku suka tapi kerana mereka bimbang kalau aku tercedera atau sebaliknya, mereka tidak akan berhenti salahkan diri mereka sendiri" jawab (name) dengan panjang lebar sambil meletakkan kepalanya di meja.

Semuanya berjalan dengan biasa sehingga suatu hari, di kelas 1A akan ada murid baru dan tentang murid baru itu ianya misteri kalau ikut apa yang dikatakan oleh teman baiknya itu. Yang di fikirkan oleh (name)waktu itu adalah "semoga tiada apa yang terjadi, ramai yang bilang kalau murid baru itu sedikit misteri" batin (name) sambil berjalan menuju ke kelas abangnya.

Sampai sahaja di kelas abangnya, dia melihat ketiga abangnya lagi berbual sesuatu lalu dia menghampiri mereka bertiga dan itu disedari oleh Gempa. "(name), kenapa lama sekali?" tanya Gempa dan (name)menghela nafas sebelum duduk di sebelah Hali.

"Sedikit sesak untuk datang kesini kerana di kelasku ada murid baru jadi susah untuk keluar daripada lautan para perempuan" jawab (name) dengan malas kerana dia sudah terbiasa kerana ianya juga pernah berlaku kepada abang-abangnya yang dikenali sebagai "putra sekolah" jadi tidak hairan kalau dia melihat abangnya dikelilingi oleh para perempuan. Trio Ori sedang berbual sesama sendiri tapi tidak dengan (name) yang memikirkan tentang murid baru yang berada di kelasnya.

"Kenapa firasatku mengatakan akan ada sesuatu yang berlaku nanti dan ianya ada kena-mengena dengan murid baru itu? Lagipula, dia melihatku di kelas tadi seperti tidak puas hati" batin (name) yang masih memikirkan apa yang akan terjadi seperti firasatnya mengatakan.

Dua minggu kemudian, firasatnya ternyata benar tidak sampai satu bulan para murid dan juga guru mendapat berita bahawa salah seorang murid telah dibunuh dan disitu semuanya berubah kerana murid baru itu menuduh (name) dengan memalsukan berita dan mengatakan bahawa yang bunuh murid itu adalah (name) dan sudah tentu itu mengundang perasaan terkejut pada (name).

"H-huh? Kejadian itu berlaku pada malam jumaat minggu lepas dan waktu itu aku berada di rumah.." gumam (name). Berita itu juga sudah didengar oleh Trio Ori dan kemarahan mereka meluap dan memarahi Y/N tanpa menyelidiki dahulu.

✥ | BoBoiBoy One-shotTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang