❅NIGHTMARE❅
Genre : Slice Of Life, Siblinghood, Family
Character : (Name), Elemental, Fusion ft. Boboiboy Ori
© Boboiboy Hanya Milik MONSTASejak pertarungan Boboiboy dengan Retakka, Boboiboy membuat keputusan untuk berpecah bahkan Fusion juga ikut keluar dari jam kuasanya dan lima dari mereka sering mempunyai mimpi buruk dimana mereka dilayan buruk dan disalahgunakan oleh Retakka. Sudah tentu tiada ada yang sedar atau tahu tentang itu kerana mereka tidak memberitahu kepada siapapun kecuali seorang gadis berambut hitam iaitu (Name).
(Name) sedar akan itu kerana dia tiga hari ini dia sering kelihatan 5 abangnya termenung dan merasa ketakutan apabila bertemu dengan orang yang baru kenal. Dia dapat tahu kalau 5 abangnya itu mempunyai sesuatu yang mereka sembunyikan dan dia ingin bertanya tetapi takut jika mereka menjauhinya. Mungkin dia boleh bertanya kepada Gempa nanti malam.
Pada waktu malam, selepas makan malam Halilintar, Solar, Thorn, Taufan dan Gempa ke bilik mereka dan itu membuat Blaze, Ice dan Trio fusion pelik dengan tingkah mereka kecuali (name). Dia bangun lalu ke bilik Gempa untuk bertanya kepadanya secara langsung.
Tok! Tok!
"Bang Gem ada di dalam?"
Suara ketukan pintu dan juga suara seseorang di depan pintu bilik Gempa mengalihkan pandangan Gempa kearah itu.
"I-iya.. abang ada didalam masuk saja" Jawab Gempa
Lalu pintu itu dibuka oleh gadis berambut hitam. Dia kelihatan Gempa yang sedang termenung di luar tingkap lalu gadis itu menghampirinya.
"Bang Gem, abang dan yang lain ada masalah?" Tanya (name) yang mendudukkan dirinya di katil Gempa. " tanya (name) yang mendudukkan dirinya di katil Gempa lalu menatap Gempa yang dari tadi hanya diam sahaja.
Gempa hanya diamkan diri tanpa berkata apa-apa lalu dia menatap (name) dan langsung memeluknya dengan erat. (Name) yang hairan akan itu membalas peluk dan cuba untuk tenangkan Gempa.
"Ada apa bang Gem ? Cuba ceritakan kepadaku" kata (name) sambil mengusap belakang Gempa dan masih cuba untuk menenangkannya.
Gempa cuba untuk tenangkan dirinya sendiri sebelum lepaskan pelukan tetapi tangannya memegang tangan (name) seolah-olah tidak mahu lepaskannya.
"G-gem mimpi tentang Retakka" ucap Gempa dengan nada perlahan tetapi boleh didengari oleh (name).
Cukup dengan kalimat itu sahaja sudah cukup membuat (name) terdiam seribu kata. (Name) tahu sejak Boboiboy Ori kalahkan Retakka, dia sering berpecah bahkan Trio Fusion juga ikutan keluar dari jam kuasanya dan disitu juga dia sudah dapat tahu kalau Boboiboy Ori sering dapat mimpi buruk tehganv Retakka makanya dia berpecah dan bakal bercantum disaat hendak ke sekolah.
(Name) menatap Gempa dan dia dapat lihat kalau Gempa lagi takut untuk tidur kerana takut mimpi tentang Retakka lagi. (Name) menghela nafas lalu dia usap tangan Gempa dengan lembut.
"Bang Gem tidurnya, aku akan teman abang malam ni" kata (name) dengan senyuman tapi masih mengusap tangan Gempa.
Gempa pada awal dia ragu-ragu tapi mungkin apabila (name) temankan dia, dia bakal tidur nyenyak. Gempa angguk lalu baring di katilnya.
"Selamat malam bang Gem" dengan kata itu, Gempa langsung terlelap dibuai mimpi.
(Name) yang melihat Gempa hanya tersenyum. "Kalau Retakka muncul sekalipun dalam mimpi kalian... aku tahu kalian boleh melawannya kerana itu hanya permainan tidur" batin (name) lalu menyelimuti Gempa dan keluar dari bilik Gempa selepas melihat Gempa sudah tidur lena.
Seminggu kemudian, (name) rasakan ada yang tidak kena dan dia tahu kalau 5 daripada mereka masih mempunyai mimpi buruk tentang kejadian itu bahkan Ice, Blaze dan Trio Fusion sudah tahu perkara itu dan mereka merasa bersalah kerana tidak membantu kembaran mereka disaat mereka disedut oleh Retakka.