Nama aku Nisya Aurora aku ni jenis malas nak belajar tapi aku tetap berusaha untuk berjaya. Aku seorang atlet olahraga yang hebat. Aku juga ada tiga sahabat baik.
Aliya Qaisarah seorang pelajar yang pandai dia selalu mengajar aku matematik. Dia pelajar paling pintar dan cantik. Semua pelajar lelaki tergila-gila dengan aliya.
Dan ini pula Risya Ariana dia ni jenis pandai tapi pemalas. Senang kata risya jenis baik hati ramai minat dekat dia. Risya jenis orang yang tegas walaupun pemalas dia juga kawan baik aku selamanya.
Ehem ini pula minah paling bijak dan pandai semua subjek nama dia adalah Ariani Maisarah. Setiap ujian pasti dia akan dapat tempat pertama. Ariani pelajar paling popular di sekolah ramai lelaki jatuh cinta kerana wajahnya yang berseri-seri tapi semenjak ada pelajar baru dia semakin berubah dan sombong.
Aku juga ingin pandai macam kawan aku tapi aku jenis pemalas bodoh pulak tu mungkin suatu hari nanti aku akan berjaya insyaallah.
Aku berumur 14 tahun. Semua kawan baik aku 14 tahun. Ini kali pertama aku menjadi senior. Mungkin tahun depan aku akan jadi junior semula. Aku berkawan dengan mereka semenjak berumur 10 tahun. Sewaktu kami berumur 12 tahun kawan aku semua telah pindah sekolah yang berbeza. Aku sangat sedih kerana kawan aku pindah sekolah. Aku telah masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Hujung. Aku sangat gembira boleh melihat kawan aku satu sekolah dengan aku. Kami sangat gembira boleh berjumpa semula.
Aku harap kita tidak berpisah lagi.
YOU ARE READING
KISAH EMPAT SAHABAT BAIK
HumorNisya Aurora Aliya Qaisarah Risya Ariana Ariani Maisarah baca sahaja sorry kalau ada salah ejaan