"Hei, little pilot" tegur dua orang lelaki ketika Daniellea berjalan bersama bargasinya menuju ke pesawatnya.
Daniellea gugup. Dia mengabaikan lelaki-lelaki itu dan terus berjalan.
"Hey! Tunggulah!" kini bahu Daniellea pula disentuh. Daniellea menoleh dengan pandangan geram.
"Don't. Touch. Me!" tangan lelaki itu ditepis kasar dan terus berjalan laju ke arah pesawatnya. Sesekali dia menoleh ke belakang melihat dua orang lelaki tadi.
Apabila langkah Daniellea semakin laju, langkah dua orang lelaki itu pun ikut laju.
"ARGH! Apahal airport ni besar sangat?!" Daniellea menjerit kecil. Dia berlari.
Dia melihat dua orang lelaki berbadan tegap sedang berbual. Tanpa berfikir panjang, dia terus menuju ke arah lelaki tersebut dan memeluk lelaki itu.
"Woah!" terkejut dua orang lelaki itu.
"Tolong saya, cik." lirih Daniellea.
Tubuh Daniellea terasa seperti ditarik.
"Weyh! Dekat airport pun nak main tarik-tarik ke?" rakan kepada lelaki yang dipeluk oleh Daniellea itu bersuara.
Menyedari lelaki yang menarik tubuh Daniellea itu seperti bukan orang yang baik, lelaki yang dipeluk oleh Daniellea itu menarik lengan Daniellea dan dibawa gadis itu ke belakangnya.
"Zaf, kau nak hentak diorang ke?" tanya rakannya.
"Tak. Aku tak suka bergaduh dengan pengecut." balas lelaki yang digelar Zaf tadi. Matanya melirik tajam ke arah dua orang lelaki yang mengejar Daniellea.
Akibat takut dengan pandangan tajam lelaki itu, dua orang lelaki tadi pergi dari situ. Daniellea menghembus nafas lega.
"Thank you, cik." ucap Daniellea.
"No problem. Anyway, nama saya Gabriel. Yours?"
"I'm Daniellea. Nice to meet you." balas Daniellea dengan senyuman. Kemudian matanya tertancap pada wajah beku lelaki yang menolongnya tadi.
"Zafran." katanya sepatah.
"Oh. Nice name, sir." Daniellea senyum.
"You too." balas lelaki bernama Zafran itu.
"I got to go. See you guys later. Bye." Daniellea menarik bargasinya untuk beredar dari situ.
Zafran dan Gabriel memandang antara satu sama lain. Zafran mengangguk menandakan mereka akan meneruskan misi mereka.
Zafran menghampiri Daniellea lalu kedua-dua belah tangan Daniellea dipulas ke belakang. "Diam dan ikut kehendak aku."
"Macam double meaning jer ayat kau?" Gabriel menayang wajah blur.
"Tu sebab otak kau tak suci."
Daniellea meronta-ronta mahu dilepaskan tetapi perkara itu tidak memberi kesan kepada Zafran. Tubuhnya ditolak naik ke pesawat.
"Lepaskan saya!" pinta Daniellea sedikit kasar.
"Being rude or i'll kill your passengers?"
Dari ekor mata Daniellea, terlihat lelaki yang sedang menahan tangannya dia belakang itu mengeluarkan pistol. Sama juga seperti rakannya. Kenapa dia tak perasan tentang perkara itu semasa dia meminta tolong lelaki itu. Tapi tidak mengapa jika dia dibunuh sekarang daripada dia terus diusik oleh dua orang lelaki miang tadi.
"Don't touch them!" suara Daniellea keras tanda dia betul-betul tidak mahu lelaki itu mengapa-apakan penumpang di dalam pesawat tersebut.
Zafran ketawa sinis. "Suara kau tetap lembut walaupun kau cuba untuk keraskan."
Daniellea mengetap bibirnya. Geram dengan sifat lelaki itu. Nasib kudrat aku tidak setanding dengan kudrat kau.
Seorang kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan tujuh ke lapan tahun yang melihat perkara tersebut menangis ketakutan.
"DIAM!" Gabriel menjerkah kanak-kanak tersebut. Ibu bapanya tidak mampu melawan apabila melihat pistol di tangan Gabriel.
"ARE YOU OUT OF YOUR MIND?!" marah Daniellea.
"Shut up! Trying to be a hero? Huh?" Zafran bersuara.
Daniellea sudah tidak tahan. Dia mengumpul semua kekuatannya lalu merentap tangannya dari pegangan Zafran. Dia cuba menumbuk muka Zafran tapi terhalang apabila tangan lelaki itu lebih pantas menahan penumbuk kecil Daniellea. Tubuh Daniellea ditolak sehingga dia jatuh terduduk dia atas lantai pesawat itu.
Zafran dan Daniellea bertatapan. Zafran menatap mata Daniellea dengan pandangan beku manakala Daniellea menatap mata Zafran dengan pandangan marah.
Selepas beberapa minit dalam keadaan begitu, Zafran menghulurkan tangannya kepada Daniellea. Wajahnya juga bertukar biasa.
"Mad? You know what, cara kau jatuh tu pun aku tengok dah sakit, tak takut ke kalau saraf kau putus and kau boleh lumpuh. End up, kau punya gelaran as a captain tu hanya digunakan di rumah sebab kau dah tak boleh bergerak?" ucap Zafran. Lancang betul mulutnya berkata-kata.
Daniellea memaut lengan Zafran yang beralaskan jaket kanvas manakala Zafran pula memegang lengan Daniellea yang dibaluti kemeja putih pilot itu.. Selepas Daniellea berjaya berdiri, barulah Zafran melepaskan lengan Daniellea.
Mata Zafran terpandang ke arah kanak-kanak yang menangis akibat di jerkah oleh Gabriel tadi. Tangannya diseluk ke dalam poket jaketnya seperti mahu mengeluarkan sesuatu. Daniellea melihat perlakuan Zafran hanya mampu menayang wajah blur. Cuba untuk sorokkan rasa gementar kerana perbuatan lelaki itu terlihat cool. Zafran menarik keluar tangannya dari jaketnya dengan beberapa biji gula-gula lalu dihulurkan kepada kanak-kanak tersebut.
"Sorry sebab kawan abang tengking adik tadi. Sorry juga untuk ibu bapa dia.." Zafran menarik senyuman manis.
Kemudian dia bangun lalu mengetuk dahi Gabriel kerana mahu menggembirakan kanak-kanak tersebut.
"He's a boy. Not your cadets." ucap Zafran.
"Kalau aku tak buat macam tu, bukan simulator namanya. Oh! Bercakap tentang simulator. Sepatutnya, semasa kanak-kanak menangis ketakutan, sepatutnya pramugara, pramugari dan ibu bapa perlu mainkan peranan untuk menenangkan kanak-kanak. Kalau perkara seperti ini berlaku betul-betul. Berkemungkinan dia boleh ditembak." kata Gabriel.
"Saya minta maaf untuk pihak kami atas kekerasan yang berlaku secara sengaja ataupun tak. Kami minta diri dahulu." sambung Gabriel lagi.
Sebelum keluar, Zafran menghampiri Daniellea. "Sorry sebab aku pegang tangan kau kuat sangat tadi. Kalau rasa nak putus, jumpa doktor cepat." senyuman sinis terbit di bibirnya.
Daniellea memandang Zafran tajam. Kalau aku ada pisau, dah lama aku robek mulut dia ni. Biar jadi kuchisake onna.
Kemudian Zafran dan Garbriel meninggalkan pesawat tersebut. Daniellea terus bergerak ke cockpit untuk menerbangkan pesawat itu ke destinasi yang dituju oleh para penumpang.
YOU ARE READING
C | He's Mr. Daniellea Aralyn
RomanceKAPTEN DANIELLEA ARALYN • Seorang juruterbang pesawat awam. Seorang yang lemah lembut jika dilayan lembut. Mudah gelabah. Pemalu tapi tidak malu sangat. KAPTEN ARIF ZAFRAN • Seorang anggota tentera udara yang mengendalikan pesawat pejuang atau lebih...