Fairley menghentak meja kerjanya sekuat hati. Barang-barang di atas meja itu dicampak termasuk dengan komputer ribanya. Heran apa? Harta dia tujuh keturunan pun belum tentu luak.
Dia menjerit sekuat hati. "Liat betul nyawa kau ni kan, Zaf."
Pak!
Sebilah pisau terpacak pada potret dia bersama Zafran. Zafran bodoh kerana anggap Fairley itu kawan baiknya. Pisau itu terpacak betul-betul di kepala Zafran.
"Aku kena hapuskan kau cepat. Sebelum kau tahu siapa aku sekarang ni." dia menyeringai. "Tapi Perempuan bodoh tu! Sial! Rosak semua rancangan aku."
Fairley menghempas tubuhnya di kerusinya. "Daniellea Aralyn." dia mengusap bibirnya sendiri.
[ Daniellea X Zafran ]
Daniellea memandang suaminya dengan pandangan tajam. Eee! Geramnya!
"Zafran!" perut Zafran dicubit.
"Sayang! Sakit! Tak padan dengan tangan sakit." Zafran mencebik.
"Zaf nak belanja Lea Starbuck ke tak sekarang ni? Lea lipat Zaf kang!" Daniellea membuka kekuda seperti sudah bersedia untuk menyerang Zafran.
Zafran menaikkan jari telunjuknya lalu dia membuat isyarat ke mari pada isterinya. Nak juga tahu kehebatan anak Puan Aisyah ini. heh!
Tanpa menunggu lagi, daniellea terus berlari lalu melompat ke atas belakang Zafran. Rambut suaminya itu ditarik. "Nak Starbuck!" jeritnya.
"Sayang!" dengan mudah Zafran menarik tubuh isterinya ke hadapan. Tangannya menahan kepala isterinya daripada terus jatuh ke lantai.
Daniellea pantas memaut leher Zafran. Bahaya laki aku ni. Jangan buat main.
"Yalah. Abang belanja." Zafran pasrah.
"Yeay!" bibir Daniellea terus menyambar pipi Zafran.
"Tunggu sini. Abang pergi beli. Jangan menggatal dengan mamat Jepun dekat sini ya!"
"Ya! Jangan gedik sangat dengan pekerja tu. Rotan kang!"
Zafran menjelirkan lidahnya sebelum berlalu pergi ke kaunter untuk memesan air mereka.
Daniellea duduk di kerusi. Telefonnya dibuka.
Papa
Lepas Lea habis cuti ni, kita
teruskan operasi kita.Baik, pa.
Daniellea menarik senyuman sinisnya. 'Kau sabar sikit Fairley.'
'Haihlah. M16 ke glock nak guna?'
"Haa, sayang. Termenung apa?" Zafran tiba dengan dua cawan kopi Starbuck.
"Nothing." sengihan ditayang. Cawan kopi itu dicapai lalu dihirup air itu.
[ Daniellea X Zafran ]
Mereka akhirnya pulang ke tanah air. Puan Aisyah, Encik Danial, Encik Arif dan Puan Alicia menyambut kepulangan mereka.
"Mama! Papa!" jerit mereka serentak sambil berlari ingin memeluk ibu bapa mereka.
"Amboi! Seronok ya korang honeymoon!" Puan Alicia menampar lembut lengan Zafran yang berotot itu.
"Seronoklah mama. Orang tu belanja sebab termarah kita." balas Daniellea.
"Berani marah menantu mama?!" lengan Zafran dicubit,
"Ma. Jangan cubit dah. Dengan isteri Zaf pun kena cubit." Zafran mencebik.
YOU ARE READING
C | He's Mr. Daniellea Aralyn
RomanceKAPTEN DANIELLEA ARALYN • Seorang juruterbang pesawat awam. Seorang yang lemah lembut jika dilayan lembut. Mudah gelabah. Pemalu tapi tidak malu sangat. KAPTEN ARIF ZAFRAN • Seorang anggota tentera udara yang mengendalikan pesawat pejuang atau lebih...