HARI ini adalah hari yang paling bermakna baginya. Hari dimana dia bakal berhijrah ke negara yang bakal menjayakan impiannya sejak dahulu. Hari pertama dia menjejak kaki di tanah Milan, Italy.
Hampir tiga tahun dia tidak melancong ke luar negara atas kesibukan diri sebagai seorang pelajar universiti. Bahkan, Italy dan Spain merupakan negara yang sering dia melancong suatu ketika dahulu.
Kalau dulu, Malaysia menjadi tempat dia menetap sejak kecil. Kini negara Italy akan menjadi tempat untuk dia berlindung dan berteduh sehingga mencapai kejayaan.
"Hi, can i get an Ice Latte and Chocolate Croissant." Pinta Alyssa kepada seorang pelayan lelaki yang lengkap berpakaian seragam berwarna putih dan hitam.
"Sure, miss." balas lelaki itu dan berlalu pergi bersama buku menu di tangan.
Hanya dua menu sahaja yang diperlukan Alyssa untuk mengisi ruang kosong dalam tong makanannya sebelum memulakan perjalanan berjalan-jalan menjelajah keindahan sekitar bandar disitu.
Tidak sampai 30 minit, makanan yang dipesannya tadi telah terhidang di depan mata sebelum seorang gadis yang bernama Alyssa itu mula melahap makanan.
Selesai sahaja menghabiskan sarapan pagi di Sa Becca Bakery itu, Alyssa mula bersiar-siar seorang diri mengamati keindahan alam. Burung-burung berterbangan di sini sana.
Permandangan yang tampak cantik sesekali ditangkap Alyssa menggunakan kamera telefon bimbitnya. Dapatlah simpan beberapa kenangan manis di sini sebelum pulang ke negara asal suatu hari nanti.
Tidak banyak yang Alyssa sempat lewati atas asbab kaki yang mulai membengkak merah. Ini tidak lain tidak bukan sudah tentu disebabkan kasut tinggi Prada yang dipakainya itu.
Itulah minat Alyssa yang suka memakai kasut bertumit tinggi dimana-mana sahaja kerana baginya kasut tinggi ialah modal untuk dia kelihatan tinggi.
"Aduhh.." rungut Alyssa perlahan di tengah-tengah jalan.
Sedang dia berjalan pulang menuju ke hotel yang telah ditempah olehnya pagi tadi, dia terlanggar bahu seseorang. Belum sempat dia mendongak memandang siapa gelaran tersebut, ada suara yang menyapa gegendang telinga Alyssa.
"Careful miss. Fate, you was not hit by the car earlier." ujar suara itu membuatkan Alyssa berdiri tegak. Kaki kaku di depan pintu hotel tersebut.
Tidak menunggu lama, Alyssa laju melangkah masuk ke dalam bangunan hotel itu tanpa berkata apa-apa kepada orang yang telah menyelamatkannya itu tadi. .
✧
SEBATANG pensel yang dipegangnya kemas itu seronok menari-nari di atas permukaan kertas. Sesekali irama ombak yang beralun dan angin yang bertiup itu menjadi musik latar belakang di halwa telinga Alyssa saat malam hari. Pada saat inilah, segala idea rekaan baju datang mengalir seperti air sungai.Saja dia meluangkan masa di tepi pantai pada waktu sebegini sementara jadual hariannya masih kosong. Kadang-kadang aktiviti ini juga mampu menenangkan fikiran kita.
Thevin melihat gadis yang sedang duduk seorang diri lalu dia datang mendekatinya.
"Hi, can i sit here?" Pinta Thevin kepada gadis itu dengan penuh sopan.
Alyssa yang terkejut dengan sapaan lelaki tersebut terus menekap tangan di dada. Sudah lah main terjah sahaja, lepas itu ikut suka hati saja menegur perempuan yang entah dikenalinya atau tidak. Kalaulah dibuatnya Alyssa ni kak ponti ataupun kak gula-gula ikat tepi jadian macam mana? Tak takut ke?
"Ohh, sure." balas Alyssa lalu menyimpan semula buku scetch tadi ke dalam tote bag miliknya itu.
Namun tiada apa yang berbeza setelah lima minit masing-masing diam tidak bersuara. Mahu tak mahu, Alyssa ringankan mulut juga untuk bertanya.
YOU ARE READING
A Dark Personality
Romance[ 01 ] Camelia Hezry 。° ° ・。・° ° 。 ・。 𝐢 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲'𝐚𝐥𝐥 ˚ ・。 𝐤𝐞𝐞𝐩 vote, comment 𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐭𝐚𝐲 𝐬𝐚𝐟𝐞