two

81 5 0
                                    

PAGI itu, suasana bising dengan bunyi burung berkicau-kicauan. Cahaya matahari samar-samar masuk melalui tingkap. Alyssa perlahan-lahan membuka mata sebelum cepat-cepat dipejamkan semula. Siapalah yang pandai-pandai bukakan tingkap ni.

"Erghh, pukul berapa dah ni.." mulut yang terbuka luas menguap itu ditutup sebelum tangan mencari-cari dimana telefonnya.

"Ahhh, jumpa pun.." dengan malasnya butang on ditekan. Jarum jam tepat menunjukkan jam sebelas pagi.

Oh awal lagi. Sempat lagi nak pejam mata lima sepuluh minit.

Ehh, pukul berapa dah tadi?!

"WHAT!! Sebelas pagi?!" Jerit Alyssa terkejut. Kalau diikutkan dia sudah terlambat untuk menghadiri kelas pertamanya, Profesor Brentley yang sudahpun berlalu tiga puluh minit tadi. Hari pertama dah buat hal.

Terus laju Alyssa bangkit dari baring. Tidak sampai sesaat, dia seakan baru sedar bahawa katil tersebut bukan seperti katil hotel yang didudukinya. Pusing kiri, pusing kanan. Bilik itu juga tidak sama seperti bilik hotel yang dia tinggal buat sementara.

Alyssa memejamkan mata buat seketika. Mana tahu dia hanya berimaginasi di pagi dini hari ini. Namun sekelilingnya masih sama. Sekali lagi dia tutup mata, cuba mengimbas kembali peristiwa yang berlaku semalam dan kemudian terus terbuka luas biji matanya.

Macam mana dia boleh terlupa bahawa Thevin dan seorang lelaki yang tidak dikenali semalam telah menculik dirinya dan entah tempat apa yang dia berada sekarang ini.

Tengok perhiasan bilik, dah macam bilik istana. Teringat pula bilik tidurnya di Spain, tempat kelahiran mommy nya.

Alyssa bangun melangkah ke arah cermin besar di dalam bilik itu. Dia melihat pantulan dirinya di dalam cermin itu.

Sah ini bukan baju yang dia pakai semalam. Malah sekarang dia lengkap berpakaian tidur.

Ceh, dah culik orang tambah pula tukarkan baju orang tanpa izin. Ini kalau report polis, mahu kena masuk lokap atas kesalahan menculik dan.. shh.

Tiba-tiba telinga menangkap bunyi alunan muzik yang kuat dari bawah. Siapa pulalah yang karoke dah nak masuk tengah hari ni.

Mahu tak mahu, Alyssa keluar dari bilik itu dan cuba mencari tangga yang menghubungkan aras atas dan aras bawah.

I'm like TT.. Just like TT.. Ireon nae mam moreugo neomuhe neomuhae..

I'm like TT.. Just like TT.. Tell me that you'll be my baby..

Kelihatan seorang lelaki sedang menari mengikut rentak lagu korea itu, lagu TT yang dinyanyikan oleh penyanyi kumpulan Twice.

"Pft, semalam elok je culik orang, nampak jugalah lelaki itu. Hari ni terus jadi fan boy" Alyssa menggelengkan kepala kemudian memilih untuk menjadi peminat yang setia menonton concert tak diundang itu.

"Woi, Alif apa main gelek-gelek depan tv ni. Tak tahu malu ke orang lain tengok?" soal Thevin yang baru masuk rumah bersama beg kertas pada kiri kanan tangannya.

"Alaa kau kan dah biasa tengok." jawab Alif selamba. Dia tahu hari ini dia mahu goyang!!

"Aku memang dah biasa.. yang tak biasanya tu haa" Tuju Thevin jelas kepada Alyssa yang rilek menongkat tangan pada meja makan.

Ingatkan bawah saji ada makanan. Hak tuih punya penculik tak sediakan sarapan pagi pun.

Lelaki itu terus menoleh ke belakang, tepat di mana Alyssa sedang duduk menunggu.

"Apa tengok-tengok?" Alyssa angkat keningnya. Tak nampak ke dia tengah kebuluran sekarang ni.

"Fuy yow, dah semakin bertambah penonton aku. Cukup 10 orang nanti aku nak buat concert la. Boleh juga buat duit makan." Alif menunjukkan rasa syukurnya.

A Dark PersonalityWhere stories live. Discover now