" Hey, saya bad "
Masha menggangkat muka, kelihatan seorang jejaka berkemeja kotak , kemas berambut slope, berkulit cerah , wajah yang amat menarik , tampan dan dikagumi para wanita, sekali pandang memang iras-iras artis korea, wajah yang tidak asing lagi buatnya, wajah yang ibunya, Puan Sofea amat berkenan.
"May i join you?" Soal Badrul
Masha hanya mengganguk. Badrul tertawa kecil. Dalam benaknya , dia beranggapan Masha belum lagi selesa dengan dirinya , maklumlah mereka dijodohkan bukanlah secara rela, terutama buat Masha yang ada pilihan hatinya yang tersendiri.
" What do you want to eat for dinner? " Soal Badrul, bersungguh. Namun, persoalannya itu dibiarkan sepi , hanya perbuatan Masha mencapai menu sahaja menjadi jawapan kepada persoalannya.
" It's okay, pick whatever that you want , it's all on me " tambahnya lagi.
Masha hanya tersenyum, dia membuka menu yang terhidang cantik di atas meja makan itu. Meskipun gayanya seperti sedang mencari hidangan yang hendak di jamah pada malam itu , namun fikiran jauh melayang.
" Acah- acah mat salleh pulak mamat ni " rengeknya di dalam hati.
Masha kuatkan diri meskipun jasadnya tidak ikhlas walau sedetik pun untuk berada disitu, kalau bukan kerna ibunya yang paksa, memang tidak akan dia berada disitu.
Masha hanya menunding jari ke gambar pasta yang amat digemarinya yang terdapat dalam paparan menu itu, tiada sebarang suara yang dilontarkan oleh nya.
" Itu je? " Soal Badrul. Masha hanya mengangguk kecil.
Badrul mendengus. Dia memanggil waiter dan memesan makanan.
-----------------------------------------------------------------------------
" You... Sampai bila kita nak macam ni eh? " Soal Badrul.
Badrul menyaksikan wajah Masha berubah selepas mendengar persoalannya itu.
" What do you mean camni ? " Balas Masha
" Lepastu you expect I nak jadi macam mana? We will be like this and will always be like this . Fullstop . Kalau you tak suka, I boleh balik sekarang lah " tambahnya lagi dalam nada yang agak tinggi.Masha terus berdiri sambil mengemas barangannya tanda protes. Namun Badrul terus mencapai tangannya dan memujuknya untuk masih meneruskan Dinner Date yang diaturkan parent mereka.
" Okay you.. ye ... ye... I salah.. sorry okay ? " Pujuk Badrul sambil menenung tepat kearah mata Masha. Kedua anak mata milik seorang jejaka yang serba serbi cukup itu tidak menceritakan apa-apa melainkan keikhlasan yang jelas kelihatan. Masha kembali duduk.
" You.. so you da decide ke tarikh? " Soal Badrul lagi
Masha mendengus. Dia cuba untuk bersabar meskipun kalau ikutkan hatinya, mahu terbalik meja makan dia buatnya. Masha menarik nafas dalam dan melepaskannya, satu senyuman terukir di wajahnya yang tadi kelat. Dia memandang ke arah Badrul.
" Okay camni la awak.. saya cakap elok-elok ni. Saya jujur je la eh.. aku tak suka kau. So macam kita nak kawin kalau aku sendiri tak suka kau? " Soal Masha
" Kau pun mesti tak nak kan kawin dengan orang yang tak suka kau? Daripada nanti kawin bermasam muka je, better kau cari someone yang suka kau. Kau kan handsome , bekerjaya, like seriously who doesn't goin to fall for you? Except for me, i already have my choice and i hope you understand that " tambah Masha. Badrul hanya terdiam, anak matanya berubah seperti memendam sesuatu, mungkin terkejut dek kata-kata yang dilontarkan Masha.
" Tapi awak.. kan ni semua rancangan parent kita? " Soal Badrul, tidak mengalah. Baginya permintaan ibu-bapa nya merupakan satu permintaan yang wajib untuk dia turuti , meskipun kebahagiaan dirinya perlu dikorbankan.
Masha hanya menggeleng dengan senyuman.
" Please la fikir, yang buat pilihan tu diorang, yang nak tanggung tu kita, sampai mati kita kena tanggung. Entah-entah time tu diorang dah takde dah time tu. Still nak kesah pasal tu ke? " Ujar Masha yang diakhiri dengan jelingan tajam. Masha masih berkeras, baginya pilihan hatinyalah yang paling tepat, tiada apa yang boleh melawan dia untuk bersatu dengannya.
Badrul hanya mengeluh sebelum menyandar di kerusi yang didudukinya.
" Betul-betul keras kepala perempuan ni " omelnya sendiri. Kalau ikutkan hatinya memang dia dah mengangkat kaki, pergi dari situ daripada berhadapan dengan Masha, wajah je cantik tapi keras kepala. Namun hanya dipikirkan pegangan dirinya yang hanya mahu melihat kedua ibu-bapanya bahagia menjadi penguat semangat dia untuk berhadapan dengan Masha.
" Ok camni lah you, you fikir dulu, jangan fikir pasal you je, fikir pasal family you jugak. I know that you're super mad right now.. but please... Do consider everything " pujuk Badrul sambil menatap mata Masha yang tidak ikhlas membalas tatapannya.
" Hish " rengek Masha dengan nada yang marah. Dia terus mengemas barangannya dan bergegas beredar.
Badrul baru sahaja mahu menggapai pergelangan tangan Masha , namun tindakannya ditepis. Dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan melihat sosok tubuh Masha beredar dari restaurant mewah itu.
Badrul mengeluh.
-----------------------------------------------------------------------------
Pintu kayu utama rumah dibuka.
" How's the date sayang? " Suara yang tidak asing lagi dalam hidup Badrul menyapanya. Di kala hatinya dibuai duka dek perbuatan Masha, ada satu raut wajah yang tenang duduk di sofa di halaman ruang tamu , menanti kepulangan anak bongsunya itu.
" Macam biasa la ibu... " Balas Badrul, pendek. Muka kelat jelas kelihatan di wajah Badrul.
Ibu Badrul, Puan Hanis menggapai tangan anaknya dan menarik untuk duduk bersamanya.
" Ok camni dear, it might be hard , okay? Cause this is love... This is soal hati. It might need time , but consistency will be the key " ujar Puan Hanis
" Tapi ibu ... Dia cakap dia tak suka Bad... "
Puan Hanis mengeluh
" It might need time , selagi hati Bad ikhlas , it's goin to be okay. Jangan mengalah , hati mana yang tidak akan cair dek efforts dan commitment" Balas Puan Hanis
" Mak nak sangat tengok kamu dan Masha tu bersatu, bukan ibu sahaja.. Puan Sofea pun amat berkenan dengan kamu. So please, doesn't mean she rejected you now, it will be that way forever , okay sayang?" Tambahnya lagi
Badrul hanya mengangguk tanpa sebarang kata, mungkin hatinya masih berkecelaru sama ada ingin meneruskan ataupun tidak, mahupun kata- kata Masha masih lagi terngiang-ngiang dalam benaknya.
"Ibu.. Bad masuk bilik dulu ya" pinta Badrul
Puan Hanis hanya mengangguk besertakan senyuman melihat anak bongsunya itu.
