Part 3

1K 56 2
                                    

"Perempuan macam I layak ambil course apa? Medic? Fashion? Engineering? atau.. Law? ke I lebih sesuai duduk rumah goyang kaki je?" Ha sudah emosi aku dah mula tak stabil maklumlah tengah datang bulan lepastu dapat pulak soalan paling aku tak suka ni. Memang kena lah!

Berubah terus riak wajah Karl. Rayden pula dari tak peduli terus pandang muka aku yang cantik berseri ni atau mungkin sekarang dah tak berseri sebab tengah emosi

"Eh maksud I tak macam tu. I minta maaf kalau I tersalah kata" ucap Karl yang reaksi muka dia memang nampak serba salah sampaikan aku pun rasa serba salah sebab terlalu emosi. Haish aku ni cepat betul kasihan dekat orang!

"Tak apa lah, I pun bergurau je. Saja nak rapatkan silaturrahim" balas aku bersama senyuman manis aku ukirkan semula.

Tiba-tiba suara Rayden memecahkan kejanggalan di antara kami bertiga itu. "So kau ni lepasan master in Business Management lah? Boleh tahan juga kau ni"

Tak tahu apa maksud "boleh tahan juga kau ni" dia tu. Tapi aku tetap kekalkan senyuman.

"Ya. Nak buat macam mana, dah ditakdirkan masa depan I berkaitan business jadi kena terima aje lah kan?" jawabku yang mungkin akan menampakkan aku sebenarnya tak redha dan bersyukur atas apa yang aku perolehi sekarang ni.

Rayden dan Karl senyap memandang aku dengan wajah yang aku tak dapat tangkap maksudnya. Aku ketawa kecil sambil menundukkan kepala dan tangan kanan aku dijadikan sebagai pelindung mulut aku yang mungkin terbuka luas akibat ketawa.

Aku berhenti ketawa untuk menjelaskan maksud disebalik ayat aku tadi. Risau juga kalau ketawa lama-lama orang cop aku perempuan gila sebab gelak tiba-tiba."Maksud I, semua orang takdir dia dah dituliskan? Jadi for my case, takdir I tertulis menjadi lepasan master in business management. Samalah macam mana I ditakdirkan untuk jumpa korang berdua again dalam flight hari ini. Kan?"

Penjelasan aku tadi membuatkan Karl mengukir senyuman manis. Manakala Rayden diam tidak memberi sebarang reaksi.

"Tapi macam mana you tahu I lepasan master?" soalku penuh tanda tanya kepada Rayden.

"Aku teka je." Kalini bukan aku tapi orang lain yang memberi jawapan ringkas.

Aku memandangnya tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan sehingga dia kembali membuka mulut.

"Dah kau kata kau umur 26 lepastu based on penampilan kau memang nampaklah kau bukan level budak lepasan diploma atau degree. Jadi antara master dan PHD. Tapi sebab umur kau 26 jadi tak mungkin PHD sebab muda sangat" Aku tak tahu nak teruja sebab dia kata aku muda atau sebaliknya.

"how about you and Rayden?" pertanyaan aku mengundang tanda tanya kepada dua orang lelaki itu.

"Umur" ucapku lagi.

"Oh, kitorang 30"

Terdiam juga aku. Kut lah aku ada tersalah cakap ke kan. Nanti tak pasal-pasal dia cop aku kurang ajar pula. Sebab 30 dengan 26 boleh tahan berbeza juga umur kitorang.

"Bukannya jauh sangat pun umur kau dengan aku" Tersentak aku bila Rayden seolah-olah tahu apa yang terbuku dalam hati dan akal fikiran aku.

Tak lama lepas tu, pramugari buat pengumuman yang pesawat akan mendarat tak lama lagi. Aku pun ambil peluang ni untuk menikmati langit untuk kali terakhir. Aku memakai airpods aku untuk mengelakkan telinga daripada berdesing dan mengalihkan posisi badan aku ke arah tingkap.

Entah bila lagi aku dapat melihat langit dengan jarak sedekat ini. Rindu.

Aku yang tadinya menghayati pemandangan langit ternampak bayangan susuk orang yang sedang mengambil gambar dari pantulan cermin tingkap. Aku terus toleh kebelakang dan melihat Rayden sedang mengambil gambar. Terkejut juga aku bila nampak pramugari memerhati ke arah kami. Sebab kalau ikutkan peraturan semasa berlepas dan mendarat tak dibenarkan untuk menggunakan gadjet sama sekali bimbang kalau menganggu sistem pesawat. Tapi kali ini pramugari tu buat tak tahu aje. Tak peduli dan tak menegur langsung tindakan Rayden. Aku pun diam dan betulkan posisi aku menghadap ke hadapan. Bagi ruang untuk Rayden ambil gambar langit tu. Kenangan lah katakan.

Takdir Yang TerindahWhere stories live. Discover now