Pasangan yang sedang bergambar di pelamin itu diperhatikan daripada jauh. Bertapa berkecai hatinya pada saat ini hanya dia yang mengetahuinya. Sakit? Kecewa? Ya. Itulah rasanya pada ketika ini.
Adila Qaira kini sudah memilih yang lain. Meninggalkan dia terkapai sendirian.
4 tahun dia mengenali dan bersama gadis berkaca mata itu. Namun tiba-tiba sahaja dia mendapat kad undangan ke majlis persandingan gadis itu bersama lelaki lain. Dia nekad. Gadis itu meninggalkan dia kerana dia tidak berkemampuan. Firhad Maleeq bukanlah sejenis manusia yang gemar menggunakan duit orang tua. Dia ingin berdiri dengan kakinya sendiri.
Dia nekad ingin berjaya. Ingin membuka empayar dan nama tersendiri.
Kini, selepas 6 tahun berlalu. Dia berjaya membuka sebuah perniagaan barangan kosmetik dan kesihatan diri. Jika orang ingin mempersoalkan mengapa dia yang merupakan seorang lelaki menceburi bidang kosmetik, pedulikan. Hanya dia tahu penat lelah dirinya.
Maleeq Cosmetic.
Bukan mudah untuknya membangun dan mencapai cita-cita itu. Berkat kerja kerasnya selama 6 tahun, kini dia berjaya membuka kilang kosmetik dan syarikat kosmetik sendiri pada usia 27 Tahun. Bangga? Ya dia bangga dengan dirinya sendiri kerana berjaya bangkit. Tidak lupa dengan bantuan dan rezeki Allah.
"Fir..." bahunya yang ditepuk daripada belakang menyedarkannya ke realiti. Jauh fikirannya melayang mengingat prosesnya mula merangkak dalam perniagaan.
"Minggu depan jangan lupa. Annual dinner in Hotel Carissa. Kau dah plan ini lama."
Luthfi Haiqal, pembantu peribadinya merangkap sahabat baiknya daripada dulu. Antara orang kuat Maleeq Cosmetic.
Firhad Maleeq menganggukkan kepala. Mana mungkin dia lupa. Setiap tahun dia akan menganjurkan Majlis Makan Malam secara besar-besaran untuk memberi penghargaan kepada para pekerjanya. Tanpa doa dan berkat mereka, tiadalah rezekinya semewah ini. Kebajikan pekerja merupakan aspek terpenting dalam kamus perniagaannya.
"One more, launching new shade untuk blusher dah dapat approval from KKM. So kilang dah boleh start production."
Alhamdulillah untuk berita gembira ini. Bukan mudah untuknya memperoleh kelulusan daripada KKM untuk mengeluarkan produk baharu.
Dia mempunyai prinsip dalam perniagaan. Dia tidak akan merisikokan pengguna hanya kerana ingin keuntungan. Kepercayaan pengguna amatlah penting.
Puas hati dengan berita itu, Firhad Maleeq melangkah meninggalkan Luthfi Haiqal sendirian. Terus dia menaiki kereta mewahnya meninggalkan pejabat.
Luthfi Haiqal hanya menggelengkan kepala. Kepergian Adila Qaira telah menyebabkan tubuhnya Maleeq Cosmetic, namun runtuhnya seorang Firhad Maleeq yang ramah. Firhad Maleeq berubah daripada seorang yang peramah kepada seorang yang dingin. Namun adabnya tidak dilupakan.
Dia melangkah menuju masuk kedalam pejabat.
Pintu bilik dibuka dan dia terus pamit mahu meninggalkan rumah. Dia tidak betah ingin berlama-lamaan di rumah meskipun hari ini merupakan hari minggu.
"Yana nak pergi mana itu?" suara datang daripada dapur.
Ayana Malaika mengeluh perlahan. Dia malas ingin berbicara sekarang. Kerana pengakhirannya mereka pasti bergaduh.
"Kimy tengah tunggu Yana Ibu. Harini kan kami cuti, jadi kami nak keluar." malas sahaja dia menjawab. Bukan biadab, tapi bosan.
"Keluar itu jangan nak mengatal sangat Yana. Ingat sikit muka Ibu dengan Abi. Jangan nak malukan kami dengan perangai kamu."
YOU ARE READING
Mencari Dia
RomanceSangkanya dipatahkan oleh keluarga, disembuhkan oleh seorang lelaki. Tapi silap, dia dihancurkan seperti debu oleh lelaki. Impian ingin bahagia bersama kekasih hati musnah apabila dirinya hampir dinodai tanpa rela. Lagi menyakitkan apabila dia menge...