B A B 6

63 1 0
                                    

Hari yang dinanti-nantikan tiba. Kak Ani sedang sibuk mengemas barangan Ayana Malaika manakala Ayana Malaika yang masih baring diatas katil hospital runsing.

"Malaika, sekejap lagi Fir datang. So, dah boleh get ready. Tukar baju semua." sengaja dia mengingatkan apabila melihat Ayana Malaika masih berbaju hospital. Hari ini, genaplah 5 hari dia menjadi pesakit di hospital swasta ini.

Ayana Malaika bangun daripada pembaringannya lalu bergerak ke tandas. Lepas menutup pintu, dia bersandar dibelakang pintu sambil termenung.

"Mana aku nak pergi lepas ini?" hidupnya seperti tiada arah. Mana mungkin dia sempat mencari rumah sewa dalam masa terdekat ini.

Paip air dibuka. Dia melihat pantulan wajahnya dicermin. Dahinya berplaster, pipinya sedikit lebam. Bibirnya kering tak berdarah. Luka itu disentuh lembut.

Wajahnya juga semakin cengkung. Tiada nilai untuknya lagi. Dibuang keluarga, dikhianati insan yang disayangi, mengapa terlalu sukar untuknya mencapai kebahagiaan?

5 hari dia disini, dia hanya ditemani Kak Ani dan Firhad Maleeq. Orang luar yang menjaganya.

Dia menarik nafas panjang cuba menahan sebak. Dia penat menangis memikirkan nasib diri.

Tok tok

Bunyi ketukan pintu menyedarkannya kembali.

"Lama lagi ke? Kak Ani dah tunggu awak dalam kereta." Firhad Maleeq sudah tiba. Kak Ani memintanya untuk menemani Ayana Malaika keluar kerana dia harus menjawab panggilan daripada suaminya.

"Sekejap." Ayana Malaika segera menukar pakaian. Pintu dibuka.

"Dah ready? Jom." Firhad Maleeq membenarkan gadis itu berjalan terlebih dahulu.

Sampai sahaja dikawasan parkir, pintu kereta dibuka untuk gadis itu. Dia pula segera ketempat pemandu.

"Rumah Malaika dekat mana?" soal Kak Ani. Mereka sebenarnya tidak tahu mahu menghantar gadis itu dimana.

Ayana Malaika mengeluh perlahan.

"Hantar saya dekat hotel sajalah." kebetulan semasa insiden tersebut berlaku, dia sempat lompat bersama beg tangannya, oleh itu dompet dan segala dokumen penting masih bersama dirinya. Telefon juga masih ada namun dia langsung tidak menghidupkan gajet itu selama 5 hari ini.

"Kenapa nak pergi hotel pula, selama ini Malaika duduk mana?"

Firhad Maleeq pula hanya mendiamkan diri dan hanya menyaksikan perbualan dua orang itu melalui cermin pandang belakang.

"Malaika dah kena halau dengan Family." terus terdiam Kak Ani.

Suasana menjadi hening.

"Awak tinggal sajalah dekat rumah saya. Kak Ani boleh teman awak." Akhirnya lelaki itu bersuara.

"Takkan saya nak menyusahkan awak pula. It's okay, saya boleh stay hotel untuk sementara ini. Nanti saya cari rumah sewa."

"Tak payah melawan, ikut saja. Sedar diri itu masih sakit." tajam dia memberi sindiran.

Ayana Malaika sentap. Kita sedar diri wak, cuma tak nak jadi beban orang lagi.

"Betul cakap Fir, Kak Ani boleh teman Malaika untuk sementara waktu ini." dia dan suaminya merupakan pasangan jarak jauh (PJJ). Suaminya yang berkhidmat sebagai tentera menyebabkan mereka jarang bertemu.

"Saya minta maaf sebab menyusahkan semua orang." rasa bersalah menghurungi dirinya.

Kak Ani mengenggam tangan Ayana Malaika sambil mengelengkan kepala.

Ayana Malaika tersenyum senget lalu menyandarkan kepala ditingkap sambil memandang langit biru diluar.

"Kau okay tak Fir?"

Dia mengangkat kening.

"Aku ada nampak macam nak mampus ke kak?" dia membidas. Rasanya tiada apa-apa yang pelik pada dirinya. Dia memakai kemeja bukannya baju kurung.

"Tak pernah-pernah kau nak balik rumah ini kalau tak dipaksa.." sengaja Faqihah memerli. Adik lelakinya itu sangatlah liat untuk menjejakkan kaki kerumah mereka. Katanya lebih selesa dirumah sendiri.

Firhad Maleeq menjulingkan mata. Ada yang bosan, itu yang sengaja cari pasal.

"Suka hati oranglah.. Sekurang-kurangnya Fir dah ada rumah sendiri kak, yang akak itu, dah kahwin tapi masih menumpang rumah Mama Papa." sudah 5 tahun sejak Faqihah berkahwin dengan Syauqi, namun sehingga kini mereka masih menumpang dirumah keluarga Faqihah.

"Eh mulut kau Fir... Kau ingat aku tak nak ke ada rumah sendiri? Kau ingat dengan keadaan ekonomi sekarang ini, senang ke nak beli rumah? Kau tak pelah Fir, kau kaya.. Petik jari semua dapat!"

"Kak, kau ingat aku bangun je daripada tidur terus aku dapat ke apa yang aku ada sekarang ini? Usaha kak, bukan pakai mulut je macam laki kau itu."

"Amboi kau, Kau ingat Abang Syauqi itu tak berusaha ke?" geram suaminya dituduh pemalas.

"Mana buktinya kalau betul dia kerja keras? Aku tak nampak langsung hasilnya? Modal bussiness dia ribu riban aku bagi pinjam, mana hasilnya?"

Faqihah mengunci mulut, dia tahu dia tak boleh melawan lagi. Dia juga malu mengingatkan Firhad Maleeq sudah banyak membantu dia dan suaminya.

"Kalau bukan sebab Mama Papa, aku tak hamak nak tolong kau lah kak!" dia terus melangkah naik kebilik.

Faqihah mendengus lalu segera ke dapur untuk menemui Zulaika, ibunya.

"Mama, Fir balik." segera dia menyampaikan berita itu. Kebetulan ketika Firhad Maleeq tiba, hanya dia seorang diruang tamu manakala yang lain tiada dirumah kecuali Zulaika yang sedang memasak.

"Eh.. Betul ke? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja budak itu timbul." pili air ditutup lalu tangan dilap menggunakan kain lap.

"Mama tengoklah sendiri.." Faqihah membuka pintu peti sejuk lalu mencuri coklat kepunyaan adiknya Farishah. Kira halal lah adik beradik.

Segera Zulaika memanjat tangga dan mengetuk pintu bilik Firhad Maleeq.

"Fir.."

Selang beberapa saat, muncul Firhad Maleeq yang kelihatan baru selepas solat maghrib memandangkan dia memakai kain pelikat.

"Ya Mama, kenapa?"

"Tak adalah, mama pelik saja Fir tiba-tiba saja balik. Ada apa-apa ke?"

"Mama.. Anak Mama bukan 2 orang saja, Fir pun anak Mama. Salah ke Fir balik sekali sekala?" geram pula rasanya. Dia balik rumah pun jadi isu. Tak faham dengan keluarganya ini.

"Bukan macam itu maksud Mama, Mama risau saja ada apa-apa terjadi." segera Zulaika memujuk.

"Tak ada apa pun yang terjadi Mama, Fir okay saja."

Zulaika menganggukkan kepala lalu meninggalkan anaknya itu lalu segera menyambung tugasnya didapur.

Firhad Maleeq menutup semula pintu bilik. Segera dia mencampakkan badan diatas katil.

Kali terakhir dia masuk ke biliknya ini adalah ketika raya tahun lepas. Benar, dia sangat jarang pulang meskipun jarak antara rumahnya dan rumah keluarganya itu tidaklah terlalu jauh.

Serta merta fikirannya melayang mengingat Ayana Malaika. Dia masih ingin tahu apa yang terjadi pada gadis itu. Rasa kasihan tumpah untuk gadis tidak bernasib baik itu.

Dia masih ingat bagaimana cuak dirinya melihat Ayana Malaika terbaring diatas jalan raya. Pipi gadis itu lebam bukan kerana tersembam diatas jalan. Tapi dia dapat melihat dengan jelas ianya kesan tamparan.

"Apa sebenarnya terjadi dekat kau Malaika?" dia berteka-teki dalam hati.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now