B A B 12

48 2 2
                                    

Dia mundar-mandir dihadapan wad kecemasan itu. Sudah 2 jam namun langsung tiada khabar berita singgah ke telinganya.

Dia mendekati kerusi menunggu dihadapan wad. Segera dia mendudukkan diri. Tangannya memangku wajah. Kerisauannya berada pada tahap optimum. Jantungnya berdegup kencang menanti jawapan.

Mulutnya berkumat-kamit berdoa dan berselawat kepada Yang Maha Esa.

"Fir! Apa dah jadi dengan Malaika?" tiba-tiba suara nyaring Kak Ani menyinggah halwa telinga. Bahunya ditepuk.

Dia berdiri semula apabila melihat ketibaan Kak Ani dan Ikram.

Segera dia mengucup dua tangan itu tanda hormat.

"Malaika..." suaranya hiba.

"Kenapa dengan dia Fir?!" tanya Kak Ani dengan nada tinggi.

"Dia.. dia cuba... bunuh diri..." tersekat-sekat suaranya menjawab.

"Astaghfirullah!" serentak pasangan itu beristighfar. Kak Ani segera memaut pada kerusi menunggu itu. Badannya kian terasa lemah mendengar khabar itu.

Ikram membantu isterinya duduk. Bahu Kak Ani dirangkul lalu dia membantu wanita itu untuk duduk.

Firhad Maleeq meraup muka. Dia juga duduk disebelah saudara susuannya itu.

Hampir melurut jantungnya melihat Ayana Malaika terbaring lemah tidak sedarkan diri ditepi katil. Lengan Ayana Malaika berlumuran darah manakala wajahnya pucat tidak bermaya. Mengikut andaiannya, Ayana Malaika telah menoreh lengannya sendiri.

Benarlah kata hatinya, sesuatu yang buruk menimpa gadis itu. Dia dihimpit rasa bersalah.

"Semuanya salah Fir kak. Fir tak patut tinggalkan dia macam itu je. Fir sepatutnya lawat dia." andai dia tidak mengikut egonya pasti semua ini tidak akan terjadi. Dia marah akan Ayana Malaika. Apakah mereka masih orang asing sehingga gadis itu tidak mahu bercerita tentang apa yang berlaku pada dirinya.

"Apa yang sebenarnya jadi Fir? Akak tinggal dia 5 hari saja. 5 hari lepas akak jumpa elok je. Bukan main semangat lagi budak itu nak pergi kerja. Kenapa tiba-tiba dia cuba bunuh diri pula?" soal Kak Ani.

Dia sayangkan Ayana Malaika. Meskipun tempoh pengenalan mereka singkat, namun dia sudah menganggap Ayana seperti adiknya sendiri. Berderau jantungnya apabila Firhad menghubunginya menceritakan Ayana dibawa ke wad kecemasan.

Tanpa banyak bunyi, terus Firhad menceritakan segalanya. Bermula insiden Ayana dibuang kerja sehingga pertemuannya dengan Raes Danial.

"Fir tak sepatutnya marah dia lama-lama." dia hanya rasa bersalah.

Kak Ani diam seribu bicara. Jujur dia kecewa dengan Firhad Maleeq. Mengapa lelaki itu memenangkan ego sendiri?

Firhad Maleeq bangun kembali. Dia mundar-mandir sekali lagi.

"Apa yang lama sangat ini!!" lantang suaranya mengamit perhatian pelawat hospital yang lain.

"Mohon perlahankan suara." tegur jururawat dikaunter.

Segera Ikram menarik bahu Firhad Maleeq untuk duduk semula. Dia cuba menenangkan lelaki itu.

"Fir pergilah surau dulu. Tenangkan diri. Nanti doktor dah keluar abang call." cadangnya. Dia tahu lelaki itu masih panas. Biarlah dia redup baru kembali semula kesini.

Kembali kendur, Firhad Maleeq melangkah ke surau. Surau kosong tanpa sesiapa. Hanya dia sahaja diruangan solat itu. Kebetulan dia belum menunaikan solat asar. Jam sudah menunjukkan angka 6 petang.

Dia memarahi diri sendiri apabila sedar dia alpa akan kewajibannya sebagai seorang muslim.

Dengan penuh tertib dia mengambil wuduk lalu menunaikan solat asar 4 rakaat.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now