perpisahan dan pembalasan

101 19 3
                                    

"Sayang... abang datang..." Edric duduk disebelah isterinya, Arluna.

Isterinya hanya terbaring, mata perempuan itu memandang lembut sahaja pada suaminya. Rindu.

"Abang..." perlahan dia memanggil suaminya. Edric genggam tangan isterinya dengan kuat.

Matanya sudah berkaca - kaca, dia memandang isterinya dengan linangan air mata. Apa salah isterinya sehingga diuji sebegini.

Muka isterinya amat pucat... seakan - akam ajal maut sudah bersedia untuk emnarik nyawanya. Kucupan lembut diberikan pada tangan Arluna.

"Jika esok saya tinggalkan awak... masih ada ke ruang di hati awak untuk cinta saya?" Tiba - tiba soalan itu diaju pada suaminya.

Edric memandang takut patut Arluna. Dia takut... amat takut dengan kehilangan isterinya. Sudahlah orang yang paling dia sayang sduah tinggalkan dia.

Takkanlah isterinya pun mahu ikut sama tinggalkannya?

"Aku cintakan kau... dan cinta aku akan abadi dan tiada apa pun bakal ganti tempat engkau" dia membalas semula. Arluan tersenyum manis dan tangannya menyentuh lembut kepala Edric.

"Awak rasa apa nama yang sesuai untuk anak lelaki... kita?" Dia bertanya lagi.

"Muhamad Riaz?" Arluna menatap muka suaminya. Dia terdenyum dengan kepala mengangguk menandakan dia setuju.

TIT... TIT... TITTTTTTT...

Tangan yang memegang tangan Edric pelahan - pelahan jatuh. Muka yang terkejut berada di rupa Edric.

Kepala Arluna pelahan - pelahan jatuh di bahu Edric. Tersedu - sedu Edric menangis. Dia terkejut sehinggakan dia tak mampu untuk panggil doktor.

Hiro yang sedang berjalan ingin menuju wad Arluna, sudah belari tak cukup tanah apabila dari jauh dia melihat Edric sudah menangis.

"Edric..." dia menyentuh bahu lelaki itu.

"Arluna dah tak ada... Arluna dah meninggal..." dia berkata dengan tanggisan.

Hiro terdiam tidak mampu berkata. Kakinya jadi lemah terus dia rebah. Mukanya kelihatan pucat.

"Edric... kau perlu azankan anak eng..." kata - katanya terhenti. Dia terdiam apabila melihat dua orang sedang menangis.

"Edric kenapa ni?" Faolan bertanya. Hiro hanya geleng kepalanya sambil meraung memeluk kaki lelaki itu.

"Arluna... Arluna dah tak ada Faolan... Arluna dah tak ada..." dia berkata lagi. Faolan hanya membisu.

Setiap yang hidup pasti akan mati... sama juga dengan cinta... setiap permulaan cinta semestinya disambut dengan bahagia yang terselit dengan duka.

Beberapa jam yang kemudian...

"EDRIC BERTAHAN EDRIC... BERTAHAN UNTUK ANAK ENGKAU" Hiro menarik katil sakit milik Edric.

Lelaki itu sudah memuntahkan darah. Tak henti - henti batuk hingga muntah darah. Mukanya panik, tekanan darahnya makin turun.

Lelaki itu kelihatan baik - baik sahaja apabila dia azankan anaknya. Tapi selepas beberapa jam ia jadi begini.

"Muhamad... Riaz..." pelahan dia menyebut nama anaknya. Faolan berjaya menangkap lalu bertanya pada Edric.

"Nama anak engkau?" Dia angguk.

"Tolong ketepi semua! Tolong bagi laluan" beberapa doktor menolak tubuh badan Faolan dan Hiro.

Evan yang baru muncul hanya berduri diantara mereka berdua. Hiro menunduk tangannya menarik kasar rambutnya.

"Ini semua salah Adrian! Dia dah bunuh banyak orang! Ini semua salah jantan sial tu!" Dia menjerit kuat.

Faolan membisu dan membiarkan Hiro melepaskan kemarahannya. Nak halang perempuan itu? Oh itu silap yang besar. Silap silap perempuan itu akan tumbuk mukanya. Sakit!

Tak sampai setengah jam, doktor muncul kembali. Faolan, Evan dan Hiro hanya memandang doktor itu. Doktor itu hanya geleng sahaja. Dia meraup mukanya dan menunjukkan air muka yang kesal.

"Maafkan saya... kami semua tidak berjaya menyelamatkan Encik Edric kerana racun bisa milik king cobra sudah mula merebak di organ dalamannya... kami tidak dapat mengesan sehinggalah kami membuat ujian darah padanya..."

Hiro tergumam mendengarnya. Avyanna tercungap - cungap hadir dihadapan mereka.

"Bagaimana dengan anak saya?" Avyanna bertanya dengan muka letihnya.

"Dia dah mati! Kau dah puas ke!?" Evan menolak tubuh badan Avyanna. Tekejut perempuan itu memandang.

"Ya dah mati! Kau gembira? Ya memang kau gembira! Aku nak blah!" Dia menolak tubuh badan Avyanna dengan kasar. Apa yang dia peduli?

Perempuan itu mahu kesal apabila tuan badan sudah pergi? Kasihan betul!



"Adakah benar tuan Adrian sudah membunuh seluruh keluarga tuan?"

"Tuan tidak rasa takut ke dengan hukuman gantung yang tuan bakal hadap?"

"Apa motif tuan untuk bunuh mereka?"

Bertubi - tubi soalan diberikan pada Adrian. Lelaki yang berkacukan german itu hanya tersenyum riang tanpa rasa bersalah.

"Nak tahu satu jawapan tak?" Dia bertanya pada seluruh wartawan tersebut.

"Walaupun aku dah digantung mati... aku tetap akan hidup... hahaha" dia ketawa besar. Beberapa polis menekup mulut Adrian dengan kuat lalu menolak Adrian masuk ke dalam kereta polis.

Lelaki itu hanya tersenyum manis. Lelaki ini memang psikopat! Dia sempat bersiul di dalam kereta polis itu.

"You always be mine... Arluna..." dia ketawa mengekek seperti ayat itu membuatkan hatinya geli.

"Diam! Engkau ni memang tak tahu perasaan kasihan atau bersalahkan?"

"Ada nampak aku kesah?" Adrian melawan semula kata - kata polis itu. Eh peduli apa dia.

1.1 Suamiku Encik Bodyguard S2(ending)√Where stories live. Discover now