01:Asbab Pertegangan

47 18 6
                                    

1 Decrete 2008,12.00 malam,di barat,Unicia Straites,Drakness Emperium,melepasi lautan Audrik.....4000 km dari timur benua Eunostrosia,benua utama kesatuan IFA

Antara 5 Kerajaan utama di Venuseia Communea adalah Emperium Prinsip Kedaulatan Tirani Drakness, Sebuah kerajaan militari paling ke hadapan sekali.

Emperium Drakness Menguasai satu per tiga wilayah takhluk di venuseia Comunea hasil kemajuan teknologi mereka dalam menjadi pencetus revolusi ketenteraan dalam memulakan era Nasionalisma mereka.

Drakness merupakan negara perintis dalam membangunkan teknologi Armada Udara pertama di dunia

Kapal Udara pertama mereka,Von Tirpitz I,

Kapal Perang Udara Utama

dan

juga Kapal Induk utama mereka

Selamat dilancarkan pada tanggal 1 Aprevia 2006.Keseluruhan Penduduk emperium  tersebut menyambut kejayaan peristiwa tersebut kerana Drakness telah mencapai satu noktah dalam dunia penerbangan ketika itu

"Mereka berjaya menggabungkan dunia perkapalan dan dunia Penerbangan pada masa yang sama"

Dengan ini Drakness Bakal Maju hingga ke angkasa raya

-muka surat 17,Path of Flight,Wright Audrey,catatan 15 Octavius 2006-

Selepas membaca Sebuah halaman rekod buku itu,buku itu ditutup dengan cermat dengan perlahan

Encik Loyde Hilmant,awak terlalu kusyuk membaca buku tu sampai hilang matahari dibuatnya.

Seorang Setiusaha berambut hitam berkaca mata menghidangkan teh Lemon ais putih di dalam gelas bercorak bintang hitam bersamanya

Terima kasih Vil,Hanya sekadar mengulang kaji sahaja, pemuda berkot Kelabu dengan Tali leher merah Dan topic bowler itu membalas balik dengan senyuman mesra berserta ketawa kecil

Teh Lemon Ais putih pada tengah malam buta macam ni,memang otak akan beku la,tambahan sekarang ni musim sejuk,

girlrlll,sejukk!

menggigil Loyde Hilmant

Saya hanya sekadar menurut apa yang diminta Encik sahaja tetapi saya sudah 10 Kali meminta supaya Encik mempertimbangkan balik permintaan Encik ni,menarik nafas panjang sambing memegang Pipi sebelahnya

Ya saya tahu tu Vil,tapi saya amat kagum dengan Kemajuan Yang dicapai Emperium Drakness ini.Mereka berjaya merevolusikan dunia penerbangan kita setelah Penerbangan pertama Manusia berlalu 150 tahun yang lalu

Apa yang menariknya Drakness ni Emperium yang mementingkan kecemerlangan. Tengok sahaja dengan hasil yang mereka dapat.Mereka  mencipta Kapal Udara Pertama yang dapat belayar di Udara hasil kerana mereka mengejar kesempurnaan

Sejarah Drakness penuh dengan liku Jika kita teliti baik-baik,
Loyde Hilmant meneruskan percakapannya itu

Kedaulatan Empayar Drakness Emperium mula berdiri 600 tahun yang lalu,200 tahun selepas peristiwa Amukan Necros yang hampir menelan benua Unicia Straites ketika itu

Tetapi terima kasih kepada berkat usaha Saint Reise,Kesatria suci putih yang lagenda itu,Amukan Necros Berjaya dihentikan dek usaha beliau dalam menyatukan masyarakat ketika itu.

Sejak dari itulah Penduduk tempatan mula berkerjasama dalam mengejar kejayaan dan mengejar kesempurnaan kerana mengambil inspirasi dari Saint Reise sendiri,di mana tokoh tersebut merupakan simbol yang mendefiniskan simbol masyarakat Drakness sekarang

Dia merupakan simbol kesempurnaan,

Mata Loyde bekilau seperti bintang selepas menceritakan sejarah asal usual Drakness itu kepada Vil

Bagus pengetahuan am awak tentang asal usul negara ini awak mahir dengannya,puji Vil

Kenyataan itu bernas sekali dan terbukti Sahih,Diplomat Loyde barone Hilmant,

Timbalan ambassador kanan III persekutuan IFA.

Untuk usia awak sebegini muda saya kagum dengan pengetahuan umum awak,sinis Vil sambil memegang dagunya

Saya minat sejarah nak buat macam mana.Ketawa Loyde

Loyde membuka poket kecil Dari poket kanan kot bajunya,Dan mengambil satu nota buku

Dia mebelek nota tersebut Dan melihat sekeping foto gambar.Terpapar 5 lelaki dengan uniform sekolah lengkap yang
bertarikh 31 Juvia 2006

Kriegsmann,Hartness,Cadburn,Javier,Aku....,

Dah 3 tahun berlalu sejak pengajian Menengah kita tamat.Masing-Masing dengan haluan sendiri

Cadburn Dan Javier jadi tentera,

Hartness jadi saintis alam sekitar,

Kriegsmann dengan badan detektif persenderiannya,

Aku jadi ahli diplomat IFA Pulak,

Monolog loyde dalaman dengan sedikit kekecewaan yang melucukan

Ni la kebaikkan bila terlalu bijak, kita akan dapat peluang ke negara lain tapi kita sendiri yang akan homesick nak balik ke negara asal kita. sinis kecil Loyde

Loyde menutup buku nota itu dan memasukkan balik ke dalam poket kot dia.

Hmm notifikasi ,apa ni satu kenyataan media?,Mari kita lihat....

Selepas melihat berita itu,gelas yang terkandung Ais lemon tea putih itu jatuh berkecai.

Tak mungkin!! , Loyde seperti terkena stroke sebentar setelah melihat kenyataan media tergempar itu.

Von Tirpitz I, Kapal Induk Dan simbol kemegahan Drakness ,

Terhempas dengan anggaran kematian 2000 Penduduk di Etruscan Hill, Drakness Emperium,

Antara Mangsa Terkorban adalah.....

DR. Von Weiss Voght Borealis, Ketua Teras dan Jurutera Utama Projek Von Tirpitz I,







Seorang Wira Drakness yang terkorban dalam insiden tersebut.















Operasi :Perang  TempurWhere stories live. Discover now