Aiden's Girl 2

169 18 3
                                    

Adora meletakkan keretanya di parking pekerja yang telah disediakan . Selesai mengunci kereta dia berlalu pergi untuk bersarapan dahulu di cafe berdekatan . Cafe kawan baiknya iaitu Elena .

"Hi assalamualaikum El " sapa Adora .

"Waalaikumsalam Adora.. Macam biasakan ?" Jawab Elena sambil tersenyum manis . Elena sudah tahu menu yang selalu Adora akan pesan pada setiap pagi .

"Hehehehe haah"

Adora berjalan ke tempat duduk berhampiran tingkap cafe tersebut . Pemandangan pagi di cafe itu sungguh menenangkan dengan kicauan burung yang terbang di sana .

"Babe nah kau punya order , one more thing dah bayar" kata Elena kepada Adora .

Adora berasa pelik , bila dia bayar ?

"Saya takbayar lagi la El.."

"Eh tak tak, ada orang yang tolong bayarkan untuk kau Adora..tu lelaki yang bayarkan eh mana dia pergi ? Hmm haa tu tu yang naik superbike tu dah balik dah dia." Jawab Elena .

"Huh lelaki naik superbike hitam ke ?!" Soal Adora .

"Ha yelatu..jap mana kau tahu warna hitam ? Kau kenal ?" Soal Elena .

"Tak saya tak kenal pon lelaki tu . Saya perasan dia dari semalam ikut saya . Waktu malam dia tunggu di depan pagar rumah tapi saya tak tahu dia siapa ." Jelas Adora .

"Hm bahaya tu babe .. kau kena hati-hati okey ? Bukan apa takut jadi benda yang tak elok nanti .. aku risaukan kau .. dahla duduk sorang .. family kau overseas pulak .." jelas Elena

"Yelahh saya akan jaga diri awak jangan risau " balas Adora ..

Elena hanya mengganguk dan pergi menyambung pekerjaannya . Adora menghabiskan sarapannya .

Tepat jam 7.00pagi Adora sudah membuka kedai bunga tempat kerjanya . Hari ini giliran dia untuk syif pagi hingga petang nanti .

Adora sibuk mengemas di bahagian kaunter dan menyapu di hadapan pintu masuk . Sedang sibuk menyapu seseorang masuk ke kedainya .

KRING

Bunyi loceng pintu menandakan seseorang masuk .

"Eh ye encik nak beli bunga ka ?" Soal Adora dengan lemah lembut dan sopan .

"Hm" lelaki itu balas dengan pendek .

"Bunga jenis apa ya ? Warna apa ?" Soal Adora .

"Lili putih" jawab lelaki itu .

"Ouh encik nak lamar kekasih ye , ada pesanan untuk saya tulis tak? " soal Adora .

"Just write , Would you marry me ? I've loved you for a long time , I've been in your life for a long time ago..only you don't notice ...
Itu je". balas lelaki itu .

"Okay encik tunggu kejap ye" Adora membungkuskan bunga lili putih itu dengan kemas dan cantik .

"Nah harganya rm 15.00 ye" Adora serahkan sejambak bunga itu kepada lelaki itu .

Lelaki itu memberikan rm50 dan terus berlalu pergi selepas mengambil bunganya itu .

"Eh encik baki !" Adora sedaya upaya memanggil tetapi hanya dibalas dengan ayuan tangan si lelaki .. ayunan tangan yang bermaksud simpan saja baki ..

Adora tersenyum manis melihat kebaikan lelaki itu . Tanpa dia sedari lelaki itu melihat Adora yang tersenyum tanpa menyedari lelaki itu memandang ke arahnya .

Setelah beberapa jam berkerja di kedai bunga , jam sudah menunjukkan waktu pulang .

Tepat jam 8 malam Adora mengemas untuk menutup kedainya .

Siap mengemas Adora mengunci tingkap dan pintu dan berlalu keluar .

Adora menuju ke keretanya dan menyedari sekeping nota di atas cermin kereta .

'I always love you,Adora.You only belong to me.Take care of yourself.I will always protect you ♥︎ .'

"Si-siapa tulis ni ? Hm "
Adora mengambil nota itu dan simpan kedalam beg nya .. Adora terus pulang ke rumah .

Sesampai di rumah Adora terus masuk dan mengunci pintu.Apabila Adora membuka lampu dia terkejut melihat sejambak bunga lili putih yang sama seperti pelanggan lelaki yang membeli bunga di kedainya.Adora ternampak satu lagi nota disebelah bunga itu.

'Hi dear. Aku harap kau suka bunga ni.Aku harap kau sudi terima lamaran aku nih,aku akan tunggu jawapan kau. I ALWAYS LOVE YOU MY ADORA,MY LADY AND MY EVERYTHING'

Adora terkejut membaca isi surat itu.Adora cuba berfikiran positif.Dia menyimpan nota itu di dalam beg nya dan terus naik ke bilik untuk membersihkan dirinya.

Semasa mahu naik ke biliknya Adora terasa seperti di perhatikan oleh seseorang.Adora melangkah dengan pantas ke bilik tidurnya.

Ketika Adora ingin menutup pintu bilik , terdapat tangan seseorang yang menahan pintu tersebut . Adora terkejut lalu menolak pintu itu dengan sekuat tenaganya namun apakan daya kudrat seorang perempuan . Adora terjatuh dan terkejut melihat seorang lelaki pemakaian yang serba hitam , muka terlindung dengan mask hitam dan cap hitam .

"S-siapa awak ?! Apa awak nak huh ?!" Soal Adora dalam nada ketakutan .

"Huh aku nak apa ? Jawapan dia aku . nak . kau "

Sengaja lelaki itu menjawab sepatah-sepatah seperti mahu menakutkan Adora .

"Jangan nak merepeklah ! E-encik kalau nak duit saya ada duit tapi takbanyak..e-encik ambillah dan pergi dari sini !" Adora masih dalam keadaan takut

Makin lama Adora mengesot ke belakang , makin dekat lelaki itu berjalan ke arahnya .
Kemudian lelaki itu menundukkan badan dan duduk mencangkung di depan Adora .

"Aku taknak semua tulah . Aku dah kata aku hanya nak kau !"

Aiden's Girl [ In Editing ]Where stories live. Discover now