1

22 1 0
                                    

"Ingatkan kahwin dengan lecturer ni boleh cepat pandai, tapi lain pulak kisah hidup aku ni" omel aku sendirian

"Eh kau cakap dengan siapa tu Na?"

Aku tersedar dari lamunan dek teguran daripada Eden, satu-satunya classmate lelaki yang aku percaya

"Tak ada siapalah. Cakap sorang-sorang je"

"Oh.. ingatkan dah gila sebab markah test" katanya dengan nada sindiran

"Ish, diamlah"

Sambil dia ketawa, aku mula mengemas barang-barang untuk kembali ke kolej kediaman. Disebabkan kelas seterusnya lambat lagi, aku bercadang untuk berehat sahaja dalam bilik. Maklumlah aku sejenis perempuan yang suka 'stay inside', berlawanan sungguh dengan sang suami.

//skip//

Dalam perjalanan pulang ke kolej kediaman, daripada jauh aku dah nampak sang suami bersandar di pintu keretanya seolah-olah menunggu untuk ambil anak pulang dari sekolah.

Aku apa lagi? Percepatkan langkah dan buat-buat tak nampak je. Tapi apakan daya..

"Ehem! Saya bukan tunggul ya.."

Terhenti langkahku yang kononnya laju tadi. Bila aku mula membuka langkah seterusnya tiba-tiba beg galasku disentak lembut daripada belakang dan membuatku menoleh.

"Apa ni sir? Please, saya nak balik kolej"

"Sir? Are you serious now, princess?"

Terbeliak mataku dipanggil begitu dengan orang sekeliling yang sudah mula memandang dan menjeling.

"Awak cakap apa ni? Tolonglah saya nak balik" kataku tegas sambil tanganku cuba mengambil semula beg galas yang disentak tadi.

"Pandai pula tukar kepada awak? Nak balik? Saya nak bawa awak baliklah ni.. jom."

"Saya bukan nak balik rumah, saya nak balik kolej. Kejap lagi saya ada kelas lagilah."

"Oh.. cakaplah.. kalau macam tu.."

Tiba-tiba dia mendekatkan dirinya sambil menunduk sedikit buatkan aku terkedu dan berkata

"..saya tunggu sayang saya habis kelas lah."

Aku malu, segan, dan macam-macam lagi. Orang sekeliling dah mula memandang pelik ada juga mata-mata dengki dari segenap penjuru. Habislah aku balik kolej ni.

"Rayyan, please, saya tak sukalah macam ni."

Raut wajahnya berubah suram

"Tak suka? Awak tak suka suami awak ke?"

"You know I didn't mean it like that. Now please, saya nak balik kolej. Nak rehat. Thank you."

Aku mula berjalan tanpa menoleh semula kearahnya. Aku tahu aku telah membuatnya terasa, tapi aku tak tahan dengan pandangan dan perhatian daripada orang sekeliling. Bila-bila masa je panic attack aku boleh menyerang.

//di bilik kolej//

Aku melempar beg galasku ke atas lantai dan terus hempaskan badanku ke atas katil. Dengan perasaan yang bercampur baur bergelumang dalam hati dan mindaku tiba-tiba ada beberapa air mata yang gugur tanpa notis.

Aku mengusap pipiku sebelum berkata

"Dah lah Yana, kau nangis untuk apa? Kau yang pergi cakap macam tu dejat suami kau. Patutnya dia yang menangis, bukan kau." Kataku cuba untuk berfikiran positif

"Yelah, aku nangis sebab aku dah cakap macam tu dekat suami aku. Aku salah and aku menyesal. Tapi apa aku boleh buat? Dia selalu suka menyakat aku dengan aksi-aksi macam tu depan orang ramai. Takkan dia masih tak sedar yang aku tak selesa?"

Dengan fikiran yang jauh melayang tanpa sengaja aku terlelap.

//beberapa minit kemudian//

[bunyi alarm]

Aku terjaga dek bunyi alarm telefon pintarku yang sangat nyaring. Bila aku tengok waktu yang tertera pada skrin terus aku menggelabah.

"Allahu Akbar kelas Eco!!"

Aku terus meloncat turun daripada katil, kemaskan penampilan sedikit sebelum aku lari keluar daripada bilik dan terus ke kelas.

Setibanya di kelas aku sempat melihat notifikasi WhatsApp daripada suamiku.

Rayyan Eskandar ♡
Itulah, berdosa dengan suami kan dah terlajak

Aku menjeling membaca teks tersebut dan tidak membalasnya. Pensyarah kami pun tiba dan mulakan pengajaran.

//skip//

Sedang aku berjalan untuk pulang ke kolej, aku dikejutkan daripada lamunanku dengan bunyi hon kereta daripada belakangku.

"Astaghfirullahalazim!!"

Aku menoleh dengan mimik muka yang sangat bengang. Rupanya kereta Rayyan yang membunyikan hon tu. Ingatkan nak kena langgar lori tadi. Mana tidaknya kalau hon sampai satu kampus boleh dengar.

Aku memerhati keadaan sekeliling sebelum pergi ke tingkap keretanya dan ketuk

"Encik? Encik kenapa eh nak hon saya? Saya dah jalan tepi-tepi dah ni"

Tingkap kereta diturunkan, menampakkan wajah seorang lelaki kegilaan gadis di kampus ini.

"Kan saya dah kata, saya tunggu sayang saya?"

Muka aku mula berkerut, cringe betul lecturer fakulti kejuruteraan ni. Tak ada vibe engineer langsung.

Sekali lagi aku memandang sekeliling, makin banyak pula mata-mata yang sedang menjeling ke arahku. Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta.

"Awak ni sengaja kan nak malukan saya."

"Awak malu sebab saya? Malu sebab saya suami awak?"

Aku memandang wajahnya yang kelihatan serius.

"Again. You know-

"I didn't mean it that way.. yeah.. yeah.." sampuknya sebelum kembali memandu

Aku terdiam. Tak tahu apa yang perlu dikatakan. Sudahnya sampai ke rumah perjalanan kami ditemani dengan bunyi radio sahaja.

//di halaman rumah//

Rayyan keluar daripada kereta tanpa berkata apa-apa dan terus ke dalam rumah. Aku mula rasa tak sedap hati dan mungkin hari ini telah berubah sekelip mata sebab tindakan aku sendiri.

Sebaik aku melangkah keluar daripada kereta, aku disapa dengan senyuman daripada Umi yang sedang menunggu di depan pintu.

"Assalamua'laikum umi"

"Waalaikumsalam.. kenapa pula kalini?"

Aku senyum pahit.

"Salah Yana umi. Yana isteri tak guna"

"Apa cakap macam tu. Dah, pergi naik mandi rehat. Kalau nak makan umi dah siap masak dah"

"Ok, thank you umi" aku memandang umi sekilas sebelum melangkah naik ke atas.

Him And IWhere stories live. Discover now