Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik sebelum masuk ke dalam. Bunyi pancuran air dari dalam tamdas bilik kami kedengaran. Maksudnya Rayyan tengah mandi, ok lah takdelah momen awkward buat masa sekarang.
Aku mengeluh sambil melabuhkan punggung ke atas katil, mengambil nafas untuk bertenang sambil otakku serabut dengan pelbagai perkataan.
"Aku kena minta maaf, tapi macam mana nak start? Nak buatkan air dulu ke? Atau nak ajak solat asar sama-sama then salam minta maaf? Atau... aahhhh serabutnya kepala aku!" Omelku sendirian
Tanpa aku sedar, Rayyan sudah pun keluar daripada bilik air dan menuju ke almari untuk bersiap.
Aku menggenggam kedua tanganku, geram dengan keputusan yang tak boleh dibuat. Disebabkan aku rasa tertekan dan dapat rasakan aura awkward antara kami berdua, aku terus bangun menuju ke bilik air.
Aku menutup pintu bilik air tersebut dan terus menampar pipiku berkali-kali.
" ish! Stupid lah kau ni Yana! Apa yang susahnya nak minta maaf dekat suami kau? Memang kau yang salah! Yang kau pergi masuk bilik air ni kenapa? Patut tadi kau pergi dekat dia! Isshh!!"
Marahku sendirian tapi suaraku tidaklah kuat, cukup untuk aku saja yang dengar kegeraman aku tu.
Selesai mandi aku teragak-agak untuk keluar daripada bilik air. Takut kalau suamiku masih menunggu atau sedang berada di dalam bilik. Apalah aura yang akan aku rasa bila keluar toilet ni.
"Huu..breath Yana breath...act normal ok act normal."
Dengan itu, aku melangkah keluar sambil memejamkan mata entah kenapa. Sebaik mukaku dapat merasa angin daripada bilik kami aku membuka mataku dan..
"AHH!! Rayyan--" terkejut beruk aku dibuatnya. Buka-buka pintu terus disapa wajah kacak suamiku walaupun mimik mukanya serius sahaja.
"Kenapa ni?" Tanyaku dengan jantung berdegup kencang melihat jarak kami yang terlalu dekat. Aku nak reverse dah tak boleh, tombol pintu dah aku lepaskan
Dia merenung tajam ke dalam mata aku sebelum berkata
"Awak tu kenapa terkejut sangat? Ada sorok apa-apa daripada saya?"
"Tak- tak ada apa" jawabku agak keliru kenapa tiba-tiba tergagap
"Then? Apa yang lama sangat dekat dalam tadi? Buat spa?" Tanyanya serius
"Saya.. mandilah. Lama sangat ke? Mana ada lama" kataku selamba cuba sembunyikan fakta yang aku memang sengaja mandi lama-lama tadi.
Rayyan memandang aku sekilas sebelum berundur, matanya masih memandangku tajam.
Aku pun dengan segera bersiap untuk turun ke bawah. Agaknya suamiku dah kelaparan, tapi dia tunggu aku sekali. Aduh, selalu tak perlu tunggu pun tak apa. Apalah perancangan dia ni.
//skip//
Di meja makan, aku mula menghidangkan nasi untuknya dan umi. Makan malam kalini lauk yang umi masak pedas semacam. Disebabkan semua makan tanpa sebarang bicara, hanya bunyi kipas dan desahan kami didengari.
"Umi.. apa jadi ni?" Tanya Rayyan memecahkan kesunyian
"Umi pun tak tahulah, umi rasa cili kot ni.. cili pendek jiran bagi semalam. Pedas nau nau ni" kata umi sambil mengelap peluh akibat kepedasan
Aku hanya diam tak bersuara kerana tiada kudrat nak bercakap. Pedas berdesing sampai nak terkeluar tekak rasanya. Yang aku tahu aku mesti akan sakit perut kaw kaw kejap lagi.
Sebelum apa-apa, selesai je makan aku terus bangun ke singki untuk membasuh pinggan kemudian aku ambil segelas air batu dan isikan dengan air sejuk.
Rayyan dan umi hanya melihat gelagatku daripada meja makan. Mereka nak ketawa pun dah tak ada semangat, tapi entah macam mana boleh duduk situ dan makan lagi. Pelik sungguh.
"Princess, slow down" kata Rayyan sambil dia mencuci pinggan di sebelahku
Aku yang dari tadi meneguk segelas besar air sejuk dengan laju tak dengar langsung apa yang diomelkan. Aku terus menerus minum segelas air tu dengan laju.
"Puteri, I said slow down." Kata Rayyan dengan meninggikan sedikit suaranya cukup untuk aku dengari.
Aku berhenti seketika
"Tak boleh. Pedas." Terus meneguk air itu semula.
Tiba-tiba gelasku dirampas Rayyan.
"Dah. Cukup. Tak elok minum macam tu, you can choke yourself" katanya dengan nada serius
Aku yang masih kepedasan merasa geram. Tapi mungkin ada betulnya suami aku ni jadi aku pun lari ke ruang tamu dalam keadaan kepedasan.
Tiba-tiba langkah aku terhenti sebab rasa nak pitam.
"Yana kenapa?" Tanya umi
Rayyan yang mendengar daripada dapur keluar menjenguk
"Sayang kenapa ni?" Katanya sambil memegang belakangku
"Kepala." Otakku seakan tenggelam dengan air sampai tak boleh nak cakap. Benda terakhir yang aku ingat adalah aku rebah ke atas lantai sambil Rayyan menampar lembut pipiku.
YOU ARE READING
Him And I
RomanceMacam mana agaknya perjalanan hidup seorang pelajar yang bergelar isteri kepada pensyarah di kampus yang sama? Diminati ramai atau dibenci ramai? Book cover credits to: @lerinarts (Canva)