3

15 0 0
                                    

Rayyan's pov

"Allahu Akbar sayang!!" Aku mula panik sebaik sahaja isteriku tiba-tiba rebah. Nasib baik aku sempat memegang tubuh kecilnya daripada jatuh ke lantai.

"Astaghfirullahalazim Yana! Ian! Ian angkat Yana bawak pergi sofa tu cepat!" Kata Umi dengan panik

Tanpa ragu aku terus mengangkat isteriku dan baringkan di atas sofa. Sambil itu birbirku tidak lepas daripada memanggil namanya berkali-kali.

Umi kemudian datang membawa semangkuk air dan sehelai kain untuk disapu pada muka Yana sebagai cubaan untuk menyedarkannya.

//end of pov//

"Yana..bangunlah sayang.."

Aku membuka mataku perlahan-lahan dek mendengar suara umi memanggilku lembut.

"Umi.." kataku lemah dan keliru

"Mashaa Allah, Yana! Alhamdulillah!"

Aku bangun daripada baringku sambil memegang perutku yang tiba-tiba memulas.

"Aduh.. apa jadi ni umi? Rayyan mana?"

"Kamu pitam tadi, tulah degil cakap suami. Tak elok minum air banyak-banyak macam tu sekaligus Yana.. bahaya."

"Oh macam tu ke, sorry umi. Yana tak tahan sangat pedas tadi."

"Umi yang patut minta maaf, umi tak menyangka pulak sambal tu boleh pedas sampai macam tu.. esok umi nak pergi tanyalah jiran kita tu dia salah bagi ke apa"

Aku tersenyum. Tiba-tiba rasa lawak dengan situasi ni. Sebabkan sambal sampai pitam aku dibuatnya.

"Oh Rayyan? Mana dia?"

"Keluar, pergi beli ubat dekat farmasi. Punyalah risau dia tadi sampai nak bawa kamu ke hospital. Umi kata tak payah, umi yakin kamu pitam biasa je ni"

"Hehe, pitam tu memang biasa je. Now dah ok dah tapi perut ni pulak rasa memulas ni umi"

"Larat jalan tak? Nak pergi toilet umi boleh papah kamu, nak angkat macam Ian angkat umi tak larat"

"Ian angkat Yana?"

"Iya..dah tu macam mana kamu ada atas sofa ni? Terbang?"

Aku tertawa

"Umi ni, janganlah bagi ayat lawak macam tu, tak boleh nak gelak ni."

[bunyi kereta di luar rumah]

"Umi, Ian dah beli-- Ya Allah sayang! Alhamdulillah! Awak ok tak ni? Sakit kepala lagi?" Kata Rayyan risau betul bunyinya.

"Saya ok, kepala saya pun ok. Tapi perut saya ni, memulas je daripada tadi."

"Nak pergi toilet? Jom saya tolong awak."

"Ehh!! Tak payah, saya boleh pergi sendiri." Kataku sebelum bangun perlahan-lahan dengan perutku yang semakin buatkan aku rasa nak membuang

Aku pun berjalan ke arah tandas di dapur, ingatkan berjaya juga jalan sorang-sorang rupanya Rayyan senyap-senyap berjalan di belakangku untuk pastikan aku tak apa-apa.

"Ish saya dah kata saya ok"

"Tak nak dengar cakap saya lagi? Nak  jadi macam tadi balik ke? Allah bayar cash je tau"

"Alah, janganlah cakap macam tu pulak!" Aku mencebik manja

//skip//

"Nah, makan ubat ni dulu lepastu baru tidur." Kata Rayyan sambil menghulurkan dua biji ubat dan segelas air.

Aku membuat muka mengada

"Tak payah nak buat muka, makan ni and tidur." Katanya jelas, membuatkan aku akur serta-merta. Ish, nak manja sikit pun tak boleh.. tak romantik langsung!

//keesokan harinya//

Aku membuka mataku dan serta-merta disapa dengan wajah seorang lelaki tampan yang paling tak sangka milik aku. Punyalah ramai perempuan yang idamkan apa yang aku ada ni. Hari-hari aku sedar betapa beruntungnya aku.

"Haih..tidur pun handsome" aku berkata pada diri sendiri

Dengan matanya yang masih tertutupdia tersenyum. Lah, dah bangun ke mamat ni, aduh malulah aku.

"Thanks. Love."

Pipiku mula bertukar merah kalah warna tomato. Ha sudah, dia memang sengaja nak buat aku blushing pagi-pagi ni kan. Dasar suami.

Tanpa berkata apa-apa sebab aku dah malu yang teramat sangat, aku terus bangun untuk mandi. Belum sempat aku menutup pintu bilik mandi tiba-tiba tersangkut.

"Dah kenapa pulak pintu ni" aku cuba menolak pintu sekuat hati, bila aku jenguk di bahagian luar baru nampak puncanya.

Rayyan.

"Kenapa ni? Saya masuk dulu, awak tunggulah giliran awak"

"Tak nak. Giliran awak, giliran saya juga. Saya nak masuk." Katanya ringkas.

Ewah mamat ni, muka poyo tapi gatal. Nasib baik dengan isteri sendiri je. Aku hanya diam dan buat-buat macam tengah berfikir.

"Fikir apa? Saya cakap saya nak masuk."

"Emm.. saya rasakan, tak bolehlah sebab..."

Dia memandang tajam ke arahku.

Aku dengan nakalnya pergi 'side eye' untuk tengok reaksinya. Huhu takut betul dengan pandangan tu tapi comel.

"You know what. Imma let myself in." Kata Rayyan sambil menolak pintu dan masuk dengan selambanya.

Dia kemudian menutup dan mengunci pintu bilik air itu dan sekarang hanya kami berdua memandang satu sama lain. Awkward. Yup.

Selesai mandi dan bersiap kami meneruskan rutin harian hujung minggu. Rayyan di study room, umi di bawah dan aku di mana-mana ruang sahaja dalam rumah ni.

Maklumlah mudah bosan. Kadang turun ke dapur, kadang kacau suami dengan kerjanya (walaupun hujung minggu) kadang di dalam bilik menggilakan diri marathon drama Wanita Syurga di TV3.

Dalam pada kami semua sibuk dengan aktiviti masing-masing, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba ada bunyi letupan di halam rumah.

Sebaik sahaja bunyi tu kami dapat proses, dengan laju sekali aku dan Rayyan berlari ke bawah risau memikirkan kalau ada apa-apa yang terjadi pada Umi.

"Allahuakbar Umi!!"

Dari atas aku dengar Rayyan berkata demikian. Aku percepatkan langkah dan alangkah terkejutnya nampak Umi dalam keadaan yang tak dapat digambarkan dengan ayat.

Him And IWhere stories live. Discover now