HL 2

133 2 0
                                    




Ayyara mengelap peluh yang menjurai di pipinya. Sudah lebih 2 jam dia ke hulur hilir untuk mencari kerja kosong, dia langsung tidak menghiraukan mata-mata yang memandangnya, yang penting dia harus mendapatkan kerja untuk menampung hidupnya, sampai bila dia ingin mengharapkan keluarga mak longnya..

Hari sudah petang, jam tangan Ara dipandang " kalau aku lambat sampai ke rumah pasti maklong marah habislah aku"

Rumah mak longnya agak jauh dari pusat bandar, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk pulang kerana dia hanya berjalan kaki, dia tidak mahu berbazir wang untuk menggunakan pengangkutan pergi dan pulang..

Dalam perjalanan pulang, Ara berasa ada seseorang yang mengekorinya dari belakang, kepalanya ditoleh beberapa kali untuk memastikan firasatnya betul atau tidak walaupun banyak kali dia memusing ke belakang hatinya tetap tidak tenang..

"Ahhh baik aku beredar cepat-cepat dari sini" ucap Ara dengan perlahan..

Dia membuka langkah besar dan pantas berlari dari kawasan sunyi itu, ini langkah terbaik daripada dia terus berada terlalu lama di kawasan itu..

Bukkk

Ara terlanggar seorang wanita yang berada dihadapannya..

wanita itu terduduk akibat tempuhan Ara yang kuat membuatkan Ara terdorong kebelakang..

Ara terkejut melihat wanita itu terjatuh lalu cuba menolong wanita itu untuk bangun

"maafkan saya" ucap Ara

"Hei kau buta ke ?!" marah wanita itu lalu menepis pertolongan Ara

"Saya mintak maaf cik.. saya tak sengaja" kata Ara sambil menolong wanita itu bangun

"Tepi tepi aku dah lambat.. aduh malang sungguh hari ini"  rungut wanita itu lalu berlalu dari kawasan itu

Ara hanya terdiam melihat tingkah laku wanita itu yang berunsur pergi darinya

Ara memerhati kawasan tersebut mencari kelibat misteri sebentar tadi

"Ke aku salah tengok? Tapi betul macam ada  seseorang mengekorinya" gumam Ara sendiri

namun itu dia di sapa oleh seseorang..

"Nak kamu okey ?" tanya seorang wanita berusia

"Erk saya okey je makcik" jawab Ara dengan sedikit terkejut dengan tiba-tiba kehadiran wanita itu

"Oh baguslah lain kali kamu jangan lalu kawasan ini seorang diri, bahaya nak, kamu sudahlah perempuan, cantik pulak tu" ujar wanita itu..

"Hehe terima kasih makcik ingatkan saya" balas Ara dengan lembut..

"Kamu nak ke mana lalu tempat ini ?" soal wanita itu

"Oh saya nak balik ke rumah, tadi saya pergi cari kerja kosong tapi susah nak dapat, saya ini takde pendidikan yang tinggi, jadinya susahla sikit orang nak ambik saya kerja" jawab Ara

"Oh betul la tu nak susah nak cari kerja zaman sekarang, oh lupa pulak makcik apa nama kamu ?" Soal wanita itu

"Em saya Ara makcik?" balas Ara dengan sopan

"cantik nama kamu macam tuannya" panggil makyah saja

"Kalau tidak keberatan, makcik ada kerja kosong nak tawarkan tapi takdelah kerja yang bagus mana tapi bolehla nak cari makan" terang wanita itu

Ara tersenyum mendengar ajakan wanita itu

"Betul ke ni makyah, kerja apa tu ?" Soal gadis itu

"makyah kerja bersihkan rumah orang je. Alang-alang kamu takde kerja ni bolehla jadi pembantu makyah untuk bersihkan rumah itu" balas makyah

"Alhamdullilah saya nak makyah, saya tak kisah kerja apa asalkan halal" ucap Ara kepada wanita itu..

"Esok datang jumpa makyah tau dekat sini" wanita berusia itu menghulurkan satu kertah kecil kepada Ara..

Ara tersenyum kegembiraan lalu mengambil kertas itu, tidak sia-sia dia menghabiskan masanya di bandar untuk mencari kerja

Kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah Hanum, biliknya menjadi tempat utamanya dituju. Walaupun suasana sudah berbeza dari bilik tidurnya dahulu dia bersyukur dapat berteduh.

Ara langsung tidak berehat tetapi terus menyediakan makan malam buat keluarga maklongnya. Dia tersenyum hambar kalau dulu, dia yang menantikan ibunya memasakkan makanan buat mereka sekeluarga tetapi mula harini dia yang perlu buat semuanya kepada orang lain.

Siap sahaja menyiapkan kerja didapur, gadis itu terus berlalu pergi dari dapur, dia tidak mahu bertembung dengan maklongnya. Nanti pelbagai kutuk seranah yang perlu dia telan.

Ara membaringkan badannya atas tilam, huh leganya dapat berehat begini rasa macam hilang bebanan yang dibawa seharian harini.

Baru sahaja matanya ingin dipejam, matanya dibuka kembali mengingati kejadian petang tadi

Badanya ditegakkan dan tangannya pantas mencari sesuatu dalam begnya.

Kotak yang berada ditangannya dipandang dengan hairan

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Heartless LoveWhere stories live. Discover now