Merasa Bahagia part 6

195 9 0
                                    


Hari itu Jongin terpaksa ponteng kerja demi menjaga Kyungsoo, dia juga sebenarnya cuba melarikan diri dari Kristal yang mencarinya sejak malam tadi. Jongin masih tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menceritakan semua kepada Kristal. Dia yakin jika Kristal tahu mengenai Kyungsoo, dia akan mengamuk. Jongin masih setia duduk di sebelah Kyungsoo yang tertidur. Dia sangat tidak tegar meninggalkan Kyungsoo sendirian. Eomma nya sejak malam tadi cuba menelefon Jongin menanya di mana dia. Jongin sangat tertutup sekarang, dia tidak mahu ada yang menganggu urusannya, terutama mengenai Kyungsoo. Dia yakin Eomma ingin bertanya apa yang dia lakukan bersama Kyungsoo dan di mana mereka. Jongin telah menghubungi setiausahanya Jongdae supaya tidak menganggunya sepanjang minggu ini. Hanya yang penting dan mendesak sahaja.

Kyungsoo mula terbangun, matanya menyepit kerana cahaya yang masuk tiba-tiba. Dia melihat ke arah Jongin yang masih setia di sebelahnya dan tersenyum.

"Kyungsoo! kamu sudah bangun,apa kamu lapar? aku ambilkan makanan ya." Jongin menyapa Kyungsoo dengan lembut, dia tidak mahu menakutkan Kyungsoo.

"Pagi!" hanya itu yang di ucapkan Kyungsoo. Dia cuba bangun tapi kepalanya pusing. Jongin membantu Kyungsoo duduk dan bersandar di kepala tidur. Dia membetulkan kedudukkan Kyungsoo agar selesa, Dia meletakkan satu bantal di belakang Kyungsoo agar dia selesa. Kyungsoo hanya menunduk malu, mukanya sudah merah da dia tersipu dengan perlakuan Jongin. Jongin mengambil bekal makanan yang di belinya tadi. Dia meletakkan di atas meja dan mula mengeluarkan makanan dan menyusunkan di atas meja supaya mudah Kyungsoo memamakannya.

Kyungsoo makan dengan senyab tanpa melihat ke arah Jongin. Dia sangat gugup sekarang kerana Jongin tidak pernah melepaskan pandangan ke arahnya.

"Jong- Jongin! apa kamu tidak makan sekali." tanya Kyungsoo dengan gugup.

"Tidak Kyungsoo, Aku sudah makan semasa kamu tidur tadi, dan aku masih kenyang. Jadi, kamu tidak usah bimbang ya. Kamu makan ya, kalau tidak seleramu kita boleh orderkan yang lain."

"Tidak perlu, ini pun sudah cukup."

Kyungsoo makan dalam keadaan yang tersipu. Jongin semakin melebarkan senyumannya melihat perilaku Kyungsoo.

Setelah selesai makan Kyungsoo ingin ke toilet, Jadi Jongin membantunya, pada mulanya Kyungsoo enggan di bantu tetapi Jongin berkeras akhirnya Kyungsoo pasrah. Setelah selesai memberus gigi dan membasuh muka serta rutin di bilik air Kyungsoo keluar, sekali lagi di bantu oleh Jongin mendudukkan Kyungsoo ke atas katil. Jantung Kyungsoo berdebar kencang, dia sangat gugup dengan layanan baik dari Jongin. Jongin tidak meninggalkan dia walaupun sesaat. 

Apakah ini perasaan bahagia. Kyungsoo bermonolog dalam dirinya. Dia tidak pernah mengalami perasaan itu. Hidupnya selama ini penuh dengan kesulitan dan kekerasan. Tidak ada yang pernah melayannya sebaik itu. Kyungsoo melihat Jongin sibuk dengan laptopnya, dia yakin Jongin sedang bekerja tetapi kenapa Jongin tidak pergi ke perusahaannya.

"Jongin! maaf sebab telah menyusahkan." air mata Kyungsoo mula mengalir di pipinya. Dia tidak mahu menjadi beban.

Jongin terus datang dan memeluk Kyungsoo.

"Jangan katakan itu Soo, kamu tidak pernah menyusahkan aku. Aku kan sudah berjanji untuk menemanimu di sini.' Jongin mengelus lembut rambut Kyungsoo dalam pelukkannya.

"Ta- tapi!"

"Tidak ada tapi-tapi, aku ikhlas ingin menjagamu, lagi pun ini semua adalah salahku, aku terlalu egois dan kejam kepadamu sebelum ini. Ini semua tidak akan berlaku jika aku mengawal emosi dan nafsuku malam itu. Aku sangat merasa bersalah dengan apa yang berlaku kepada dirimu. Tetapi aku sangat bersyukur kamu membuat keputusan datang dan menuntut kepadaku. Sekurang-kurangnya aku dapat menebus kesalahanku terhadapmu Soo." Jongin menatap mata Kyungsoo yang penuh air mata. Dia mencium kedua belah mata Kyungsoo dengan sayang. Kyungsoo mengeratkan pelukkan ke Jongin, menekan mukanya di dada bidang Jongin dan menangis terisak-isak.

PENGORBANAN UNTUK KEBAHAGIAAN (kaisoo) MPREGWhere stories live. Discover now