23072022 - 1140 hrs
IDEA itu.. menjenguk jua
Seorang jejaka berjumpa kembali,
Berjumpa kembali teman lama;
Teman lama mengajar sekali,
Mengajar sekali di sekolah yang sama.Menabur bakti sebagai guru,
Guru bujang berjumpa isteri;
Isteri seorang Doktor baru,
Baru dinikahi cantik berseri.Kehidupan baru suami isteri,
Isteri kawan terjumpa kembali;
Kembali tertarik pelbagai ciri,
Ciri pasangan tidak bertali.
