Part 3.1 - LUAHAN RASA

357 3 0
                                    

Semakin hari..
Semakin aku keliru..

Apa lagi yang dimahukan daripadaku?

Sedangkan aku sering terfikir..

Apakah yang masih terselindung di sebalik muka-muka surat berikutnya..

Perlukah aku terus menyelak muka surat itu?

Andainya.. Ia kosong..
Perlukan aku mencoretnya..

Andainya.. Ia separuh..
Perlukah aku penuhkannya..

Andainya.. Ia penuh..
Perlukah aku perbaikinya..

Aku merenung..
Puas merenung..

Aku harus terus melangkah..
Bukan sekadar meneruskan perjalanan..
Malah aku perlu tiba di destinasi impianku..

Namun..

Aku tidak mahu berlari..
Aku tidak mahu tercungap-cungap..

Aku tidak mahu..
Yang dikejar tak dapat..
Yang dikendong berciciran..

Aku tidak dapat menafikan takdirku..
Setiap perancangan-Nya perlu aku redha..

Aku tidak mahu..
Pejamkan mataku..
Daripada melihat keindahan ciptaan-Nya

Aku tidak mahu..
Pekakkan telingaku..
Daripada mendengar melodi yang menenangkan..

Aku tidak mahu..
Kempiskan hidungku..
Daripada aroma wangian alam..

Tangga telah tersedia untuk aku ke atas..
Tetapi sayang.. Tanganku tak sampai..
Untuk mencapai sesuatu yang belum pasti..

Aku tidak mahu melompat..
Aku tidak mahu jatuh tertiarap..

Namun..

Andai aku tidak melompat..
Aku pasti aku tidak akan merasa kesakitan..

Sedangkan aku tahu..
Dengan kesakitan itu..
Aku akan lebih dekat dengan-Nya..

Alang's DIARYWhere stories live. Discover now