Sejarah peperangan antara Kerajaan Windara dan Kerajaan Gur'latan sudah kian lama yang membuatkan kedua-dua rakyat dari kerajaan itu memanggil ia sebagai satu lagenda. Perang yang berterusan tanpa henti sejak abad ke-16. Lama bukan? Tapi semua pertarungan yang sadis itu mungkin dapat ditamatkan pada era pemerintahan Raja Voltra dan Permaisuri Kuputeri.-
Permaisuri Kuputeri sudah bertakhta di kerajaan Windara selama 30 tahun dengan adil dan selamat. Kuputeri dinobatkan sebagai Permaisuri semasa beliau hanya berumur 17 tahun selepas kemangkatan si ayahanda, Raja Hurracaine. Beliau kurniakan dengan 2 cahaya mata dalam perkahwinan antara beliau dan suami tercinta Putera Tempest, Prince Consort.
Putera Beliung Ryfin Nor'easter, anak sulung Kuputeri yang berumur 21 tahun. Sampai sahaja Tuan Putera cukup umur ia tanpa melengahkan masa untuk membuat pilihan untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti beraja yang bahaya seperti berkhidmat sebagai askar yang mendapat pangkat 'Leftanan' pada usia yang muda iaitu umur 18 tahun. Kerana Tuan putera adalah anak sulung Permaisuri Kuputeri, Beliung berada di barisan pertama yang akan mendapatkan takhta atas sebab Bundanya menurun kuasanya atau mangkat. Maka beliau telah dilatih sejak awal umur untuk menjadi seorang permerintah yang adil dan tulus pada Kerajaan.
Puteri Taufany Eodriel Nor'easter. Anak kedua dan terakhir Permaisuri Kuputeri yang sangat disayangi oleh semua rakyat Kerajaan Windara. Tuan Puteri berumur 19 tahun. Seperti Ibunya, Puteri Taufan sangat menekankan pertahanan wanita. Taufan sangat handal dalam mengenilap sehinggakan tiada satu individu pun perasan keberadaannya. Beliau dipercayai untuk mengetuai misi yang melebihkan menyelinap atau penyamaran. Taufan juga digemari oleh para rakyat kerana kemahiran beliau menaiki kuda dengan sangat laju. Tuan Puteri berada di barisan kedua untuk mendapatkan takhta tapi memandangkan abangnya seperti tidak mahu untuk menurun takhta, Taufan lebih kepada untuk membantu rakyatnya dengan kebolehan saktinya untuk menyembuh para yang sakit.-
15 Mei 1995
Perasaan yang sedang Taufan rasai bercampur dengan takut dan gementar disebabkan peparangan kali ke 5 pada minggu ini yang sedang berlaku sekarang. Seperti biasa, perang antara kerajaan mereka dengan kerajaan Gur'latan. Tuan Puteri ingin turut serta dalam pertarungan tetapi dihalang habis-habisan oleh abang dan ibunya.
YOU ARE READING
For Peace
Fanfiction❥[Halitau] Dengan menginginkan keamaan antara dua kerajaan yang sudah beratus-ratus jatuh peperangan kini dapat diperolehi dengan satu ikatan perkahwinan diantara Puteri Windara bersama Putera Gur'latan. Tapi adakah hanya sebab keamanan perkahwinan...