Beliung tidak dapat menyimpan geli hatinya dan terus mengeluarkan teriak gelakan."Hahaha! Bukan kau kata kau pelajari semua kerabat beraja di serantau Windara ke? Kerajaan jiran kita pun kau tak tahu." Ejek si abang yang masih belum habis menggelakkan nya.
Taufan merengus bibir nya. "Tidak semestinya adik tahu semua!" Kedua dua tangannya mula mesilang tanda 'merajuk'. Pasang suami isteri itu memandang anak2 cahaya mata mereka dengan penuh pujaan. Permaisuri kembali bersuara.
"Sudah la tu kamu berdua. Taufan cinta. Ini mungkin terlalu laju tetapi Raja mereka ingin kamu berangkat esok juga."- Kuputeri
Beliung lantas memandang si bunda.
"Tapi- majlis pertabalan Liung tak lama lagi!" Kata Beliung dengan sedih. Iyalah majlis sepenting ini kena la bersama dengan orang tersayang, bukan?Kuputeri menoleh kepala pada si sulung. "Jangan kamu risau ya Beliung. Pernikahan mereka akan dilaksanakan sebelum majlis kamu itu."
"Eh-"
-
16 Mei 1995Dan akhirnya Puteri Taufan berada di atas kereta kuda pada hari seterusnya di awal pagi. Taufan merehatkan kepalanya di talapak tangan. Dia mengeluarkan lenguh yang berat. Susuk yang berada di hadapannya menyengetkan sedikit kapala.
"Tuan Puteri sihat? Rasa tidak selesa?"
Tanya orang itu dengan lembut. Taufan menjawab dengan menggelengkan kepala terlebih dahulu sebelum bersuara.
"Hehe. Saya baik-baik saja, Maripos."
Susuk itu iaitu, Maripos senyum lega kepada Puterinya itu. "Syukurlah. Tetapi muka kamu terlihat... murung. Mahu bercakap mengenainya? Kamu tidak perlu jika saya menyibuk."
Taufan melambai tangannya. "Oh tidak! Kamu tak menyibuk pun... cuma um- saya rasa gementar sikit."
"Aa saya faham. Siapa yang tidak gementar jika semalam kamu bujang, tiada hubungan istimewa tetapi esoknya, tidak pula." Kata Maripos selepas mendengar pengakuan Puteri itu.
"Tapi kamu jangan risau Tuanku. Akan saya lindungi kamu dari apa-apa yang memudaratkan kamu."
Senyum Taufan mendengar janji dari lelaki itu. Lega rasanya apabila dia ditemani dengan orang kerajaannya.
"Memandangkan Ibu tidak dapat ikuti kamu dalam perjalanan ke Kerajaan Gur'latan disebabkan persiapan majlis pertabalan abang kamu itu belum selesai lagi. Ibu amanahkan keselamatan kamu kepada pengawal istana Ibu yang paling dipercayai."-Kuputeri
Begitulah cara Maripos dapat mengikuti perjalanan Taufan ke Kerajaan Gur'latan dan terus menjadi pembantu peribadi Taufan.
"Ah. Tuan Puteri lihat itu." Suruh Maripos sambil menunjuk luar kereta kuda. Secara auto Taufan menoleh kearah yang disuruh. Terlihat rama-rama yang cantik lagi biru-biru sapphire.
"Oh! Ini! Um- jangan bagitahu saya. Bagi saya kesempatan untuk teka."- Puteri Taufan
"Baik Tuan Puteri."- Maripos
Taufan berdiam beberapa minit sebelum dia memetik jarinya.
"Haa! Ini rama-rama Morpho Menelaus, bukan? Seperti nama kamu!"-Kuputeri
"Hehe. Iya, Seperti nama saya."- Maripos
-
Tiba sahaja mereka di jalan masuk ke istana Kerajaan Gur'latan, Taufan dan Maripos sempat mengagumi kemewahan dan megahan istana Kerajaan Gur'latan sebelum mereka disambut oleh 5 pembantu istana dengan penuh mesra. Puteri Taufan menghampiri pintu gergasi yang sudah dibuka luas, diekori oleh Maripos dibelakang nya.
"Selamat Datang Tuanku! Syukur kamu sampai dalam keadaan selamat." Jemput salah satu dari mereka. Taufan memberi mereka senyuman manis sebelum berkata-
"Terima Kasih jemput kami. Salam perkenalan, saya Puteri Taufany. Kerabat Beraja Windara."
"Ah! Nama patik Suzy. Salam perkenalan, Tuanku" Suzy memberi tunduk hormat pada Taufan. Suzy kemudian memberi arahan kepada dua orang pembantu istana untuk mengangkat begasi pakaian dan barang2 keperluan Tuan Puteri.
"Dan- kamu siapa?" Tanya Suzy pada Maripos yang dari awal berdiam sahaja. Mendengar nama nya terus memandang pada Suzy lalu mencapai tangannya dan mencium antara buku jarinya selama beberapa saat. Kemudian ia mengangkat kepalanya kembali.
"Nama yang diberikan ialah Maripos. Salam perkenalan. Harap kita dapat berkerjasama, Suzy"
Selepas Maripos memperkenalkan dirinya kepada Suzy, melepaskan tangan yang pegang tadi. Taufan melihat muka Suzy yang merah dan tidak dapat mengeluarkan suaranya. Taufan mula menukar topic.
"Dimana um- tunang saya?"-Taufan
Rakan sekerja Suzy menyenggol lengannya dengan lembut. Sedar dari lamunan terus Suzy berdeham.
"ehem- oh! Tuanku tidak boleh berjumpa dengan Raja sehingga hari pernikahan Tuanku."
"Mengapa itu?"
"Ini tradisi yang diamalkan oleh kerabat Raja sejak dulu lagi Tuanku. Maka Tuanku akan diberikan kamar sendiri buat sementara. Selepas pernikahan, Tuan Puteri akan berkongsi kamar bersama Raja."
Mendengar penerangan Suzy itu membuat Taufan sedikit malu dan memerah. 'Kenapa aku rasa tidak sabar untuk menemuinya?'
-
Taufan memutuskan untuk meneroka istana yang tidak lama dia akan tinggal disini. Dia terserempak ke satu tempat yang amat indah. Haruman yang dikeluarkan menusuk hidungnya. Terus Taufan memasuki tempat itu dan dapat tahu bahawa kawasan itu adalah taman bunga pelbagai jenis, rama-rama beraneka warna. Leka Taufan bermain-main bersama rama-rama, satu susuk memasuki taman itu. Si Puteri menoleh ke belakangnya dan mengangkat sedikit kepala ke atas kerana keadaan Taufan sedang duduk di rumput taman.
"Ah! Haii. Saya harap tidak mencerobohi tempat orang."
Sebelum susuk itu menjawab soalan Taufan, ia mengambil tempat sebelah kiri Puteri itu dan duduk.
"Tak mengapa Tuanku. Tempat ini bebas untuk semua melawat."
"Aa baiklah"
Puas dengan terangan jejaka itu, terus Taufan mengfokus kembali ke rama-rama itu.
"Bagaimana perasaan Tuanku tentang pernikahan ini?"
Taufan menjawab soalan itu tanpa menoleh ke arah susuk itu kerana masih sibuk bermain dengan rama-rama.
"Secara jujurnya, saya sedikit gementar dan takut- bukan takut dengan Raja kamu tapi... kehidupan saya selepas ini."
Susuk itu angguk kepala tanda faham.
"Saya pasti perkahwinan kamu akan penuh dengan kasih sayang dan keamanan Tuanku."
-
To Be Continue
YOU ARE READING
For Peace
Fanfiction❥[Halitau] Dengan menginginkan keamaan antara dua kerajaan yang sudah beratus-ratus jatuh peperangan kini dapat diperolehi dengan satu ikatan perkahwinan diantara Puteri Windara bersama Putera Gur'latan. Tapi adakah hanya sebab keamanan perkahwinan...