Part 47

1.3K 87 17
                                    



    "What the Heck!! Kenapa kau get back dengan Arash ha Wawa? Kau dah tak betul eh? Gila?"kata Rai tidak berpuas hati dengan tindakan gila wawa. Ya gila , gila kerana memaafkan semua perbuatan Arash .

"Sabar , sabar , Wawa...kau betul ke memang dah maafkan dia?"soal Reen

"Ya, lagipun aku masih sukakan dia"balas Wawa . Moon mengerutkan dahi, nak termuntah dengar butir bicara itu .

"Arash yang mana satu eh , lagi hensem tak dari Harraz?"soal Syah yang sedang elok bersandar di kerusi. Niatnya hanya mahu mengajak si cantiknya makan.

"Hensem"balas Wawa lagi. Dia tahu Harraz ada di luar kelas. Harraz di luar hanya memejam mata sambil tangannya di silangkan .

"Ouh my, aku rasa kita perlu bawa wawa berubat kot . Aku rasa mungkin dia kena sihir"bisik Rai kepada Reen .

"Kau buat apa dekat sini Harraz?"soal Kay kepada Harraz di depan pintu. Harraz tidak membalas namun dia menggeleng lalu bergerak ke arah tangga.

"Habislah kau Wawa"ujar Rai

"Kenapa ni?"soal Kay pelik melihat mereka yang berkumpul di Wawa .

"Ni , kau tahu tak Wawa dah get back dengan Arash"kata Moon . Kay mengerutkan dahi

"Ouh"balas Kay bersahaja. Yang lain sudah terlopong . Itu sahaja reaksinya?

"Kau biar betul Kay? Itu je? Cuba lah kau ruqyah dekat telinga dia ni biar dia sedar"ujar Rai

"Dah dia nak getback nak buat macam mana? "Balas Kay

"What the fish , sah , korang berdua ni dah gila"kata Rai

Reen hanya menggeleng sahaja , pening juga melayan .

"Wawa"Semua memandang ke arah pemilik suara di hadapan pintu .

"Ya"balas Wawa kepada Arash

"Jom teman aku makan"kata Arash . Rai menjeling menyampah .

"makan je la sorang-sorang , sebok nak ajak kawan aku kenapa "kata Rai geram .

Wawa mengangguk lalu dia menutup laptopnya .

"Bye guys , jumpa lagi , jangan marah marah Rai "ujar Wawa lalu mengenyitkan sebelah matanya.

Rai diam lalu dia tersenyum . "oh fahammm"kata Rai

Reen mengerutkan dahi , faham apa pula? Pelik pelik betullah diorang ni

"Aku pergi dekat Darren dulu lah , pening betul tengok korang semua ni"kata Reen

"Pening? Kau mengandung ke?"soal Moon

Pak*

"Aduh sakitlah"adu Moon apabila kepalanya di pukul perlahan oleh Kay .

Reen hanya menjeling geram.

"Siapa mengandung?"soal Darren di muka pintu. Kini semua pandangan terarah kepada si jejaka yang segak itu , walaupun tienya sudah di longgarkan.

"Kenapa tak pakai baju elok elok?"soal Reen

"Ouh, panas la sayang"balas Darren lalu mencabut tali tie di lehernya.

"Dah makan ubat?"soal Reen , baru dia teringat badan suaminya agak panas pagi tadi .

"Dah"balas Darren

"Tengok muka pun dah tahu Darren tipu . Aku pergi dulu ya korang"Reen menarik Darren dengan lembut .

"Okay bye"balas Moon

"Untungnya ada suami "kata Rai sambil menongkat dagu .

"Jom kahwin"kata Syah . Rai membalas dengan jelingan .

The Rose GirlsWhere stories live. Discover now