Bab 3 - Takdir Hidup

10 0 0
                                    

-Leo's POV-

Flashback 6 tahun lepas...

Semua orang sudah berkumpul di dalam bilik itu. Aku dapat lihat atuk, papa, mama, uncle, dan aunty serta Lynn sudah memenuhi ruang meja.

Aku mengatur langkahku ke salah satu kerusi kosong disitu. Perlahan aku menarik kerusi dan melabuhkan dudukku sambil semua mata disitu memandangku.

Aku tahu masanya sudah tiba. Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan.

Aku diam, memandang setiap satu wajah-wajah disitu.

Atuk bangun, sambil memegang tongkatnya. Tubuh tua itu masih gagah berdiri walaupun sudah sedikit bongkok.

"Leo Harrison... Hari ini kamu sudah memasuki usia 21 tahun. Dan ini bermakna kamu akan mendapat keistimewaan kamu, sama seperti ahli keluarga mu yang lain. Adakah kamu akan menerima dan menjaga keistimewaan ini sehingga akhir hayat kamu?" Atuk bersuara sambil memandang tepat ke mukaku.

Aku memang tahu bahawa setiap ahli keluargaku akan mendapat keistimewaan masing-masing apabila menginjak usia 21 tahun. Dan keistimewaan ini adalah berbeza-beza mengikut setiap orang.

Aku mengangkat mukaku, memandang ke arah atuk.

"Boleh saya tau, apa keistimewaan saya?"

Atuk tersenyum.

"Ayah nak bagitahu dia mengenai mimpi ayah?" Papa pula bersuara.

Atuk adalah ketua didalam keluarga kami.

"Suara hati...." Atuk membalas.

Suara hati?

Aku kurang faham. "Maksud atuk...?"

"Kamu akan dapat mendengar suara hati orang."

Suara hati orang? Maksudnya start sekarang ke?? Aku pandang muka yang ada disitu satu-persatu. Cuba mendengar suara hati mereka kalau-kalau betul lah apa yang dikata oleh atuk.

"You silly boy!" Mama pula mencelah.

Atuk tersenyum lagi. "Lambat laun kamu akan jumpa juga pemilik suara hati tersebut. Mungkin bukan sekarang..."

Tak.. Tak... Aku tak paham!
Mukaku berkerut lagi.

"Saya tak paham maksud atuk. Tadi atuk cakap saya akan dapat keistimewaan saya, lepastu atuk cakap lambat laun saya akan jumpa pemilik suara hati tersebut. So maknanya, keistimewaan saya ni hanya untuk seseorang? Bukan semua orang?"

Atuk mengangguk.

"Jadi siapa pemilik suara hati tu??"

Lynn mengetuk kepalaku. Lynn adalah kakak ku.

"Kan atuk dah cakap, 'lambat-laun'... So ko tunggu je laa bila tiba masanya nanti!" Lynn seakan marah dengan reaksi yang kuberikan pada atuk. Aku hanya tersenyum sumbing.

"Mari..." Atuk memandang semua. Dan kami semua terus menggenggam tangan sesama sendiri membentuk bulatan di meja tersebut, dan terus memejam mata masing-masing.

"Wahai nenek moyang, terima kasih diatas keistimewaan yang diturunkan kepada anak cucu kami. Leo Harrison, pewaris keistimewaan seterusnya, adakah kamu berjanji untuk menjaga keistimewaan yang diberikan ini sehingga akhir hayat kamu?"

Dapat aku rasakan tangan Lynn menggenggam kuat tangan ku, seakan memberi isyarat untuk menjawab pertanyaan atuk.

"Ya, saya berjanji akan menjaga keistimewaan ini sehingga akhir hayat saya..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

T.R.E.NWhere stories live. Discover now