-Prologue-

43 1 0
                                    

Duniaku dah musnah...
Terasa sukar untuk aku bernafas dikala ini...

Aku pejam mata, membiarkan air jernih mengalir dihujung kelopak mataku.

Hatiku terasa perit, seolah-olah ada pisau tertanam disitu. Dan kali ini seolah-olah pisau tersebut ditarik keluar, sakit, perit, pedih. Aku memegang dadaku seraya terjelupuk. Aku tidak dapat menahan segala perasaan ini dan aku menangis teresak-esak.

"Mummy..." Ian datang kepadaku, menyentuh bahuku lembut. Aku tersentak, cuba mengawal air mataku, cuba mengawal perasaan sedihku.

Aku mendongak memandang anak kecik berusia 4 tahun itu.

"Mummy... are you okay?" Suaranya juga sudah bergetar. Risau melihat keadaanku barangkali.

Aku pegang tangannya dibahuku. Kemudian aku menariknya kedalam dakapanku, terus memeluknya.

"Mummy okay sayang..." Aku cuba kawal suaraku supaya kedengaran normal.

"Tapi kenapa mummy nangis...?" Ian juga sudah turut menangis.

Hatiku bertambah sayu. Apalah salah anak ku dapat bapak serupa itu?

Aku lepaskan pelukanku. Aku tatap mukanya, dan aku genggam tangannya erat.

"Ian... dengar cakap mummy... Mulai sekarang, mummy cuma ada Ian je, daddy dah takde dengan kita. Jadi, Ian dengan mummya, kita berdua kena kuat ya sayang?" Aku usap rambutnya, tak pasti sama ada dia faham atau tidak apa yang aku katakan.

Ian cuma mengangguk, dan kemudian aku peluk dia kembali.

Lucas, suamiku, baru sahaja meninggalkan aku bersama dengan betina perampas! Depan-depan perempuan itu dia ceraikan aku, dan terus keluar dari rumah ini.

Ya, jantan itu memang berani bawak betina lain masuk ke dalam rumah ni.

Patutkah aku lega selepas dia meninggalkan aku? Sekurang-kurangnya tiada lagi masalah selepas ini.

Tapi, bagaimana dengan Ian? Dia tidak akan ada bapa selepas ini.

Aku kena kuat! Kuat demi anak aku! Ian masih kecil, dia perlukan aku. Aku takkan sesekali abaikan dia seperti bapanya!

T.R.E.NWhere stories live. Discover now