Pertemuan...

3.5K 261 69
                                    

"It is not the eyes that are blind,but the hearts"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"It is not the eyes that are blind,but the hearts"



Selama aku hidup atas dunia ni, tak pernah aku jumpa seorang gadis yang begitu bodoh.Terlalu bodoh kerana menegur orang yang tidak dikenali.Terlalu bodoh kerana membela pencuri seperti aku.Tetapi entah kenapa buat kali pertama dalam dunia ni juga,aku merasa bebas dan hidupku terasa ringan apabila melihat wajahnya.Kisahku bermula begini..

13 september 2012

Bagi pelajar sekolah seperti aku,belajar ni adalah satu perkara yang membuang masa.Apa yang dikatakan oleh guru hanya masuk telinga kanan dan keluar daripada telinga kiri.Aduh,kenapa la aku datang sekolah hari ni,kan bagus kalau aku ponteng je! Rungut hati aku.

"Semua kerja yang saya beri,kamu tak siapkan! Apa nak jadi dengan kamu ni Muhammad Syairullah Bin Razlan.Awak tahu tak SPM dah nak hampir!"

Marah Puan Masya kepadaku di hadapan seluruh kelas.Aku hanya merenung mata sepetnya tanpa riak muka yang berubah.Dapat aku baca betapa marahnya Puan Masya kepadaku kerana tidak menyiapkan kerjanya yang diberi.

Hampir semua mata di dalam kelas melekat padaku.Namun malangnya,dalam hatiku tiada rasa malu atau bersalah.Hanya kosong.Aku masih menyepi sewaktu Puan Masya tidak berhenti membebel di hadapanku.Aduh,bilalah perempuan ni nak tutup mulut.Boleh berdarah telinga aku kalau dengar dia berleter macam ni hari-hari.Tak guna,patutnya daripada awal lagi aku ponteng sekolah dengan 'member-member' aku yang lain.

"Kamu dengar ke tak ni apa yang saya cakap?!"Teriak Puan Masya membuatkan lamunanku terhenti.

"Dengar cikgu." Jawabku malas.

Dapat aku melihat dia melepaskan keluhan lalu merenung mataku tepat-tepat.

"Kenapa kamu jadi begini Syai.Dulu prestasi kamu elok sahaja.Apa yang buat kamu berubah ni?"Soal Puan Masya dengan wajah berkerut.

Mata aku kerlingkan ke bawah,soalan itu aku dibiarkan sepi tanpa niat untuk menjawabnya.Kenapa aku jadi macam ni?

Mahu sahaja aku membuka mulut dan berkata keadaan aku begini adalah sejak penceraian kedua ibu bapaku.Sejak itu fikiran aku sesak,aku tak ada daya dan malas untuk belajar.Aku ingin meluahkan dihadapan wajah Puan Masya sendiri,namun bibirku masih terkatup rapat.Cikgu Masya melepaskan keluhan kali kedua dan pergi ke mejanya.

"Duduklah Syai."

Putus asa Puan Masya lalu mengemas barang untuk keluar daripada bilik darjah.Kemudian loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan telah tamat.

"Perggh,memang kau kena marah habis-habisan lah tadi!" Ketawa rakanku,Fizi.

"Diamlah.Dengar cikgu Masya membebel pun aku dah pening kepala,ini nak dengar kau ketawa lagi.Baik kau tutup mulut."Rungutku sambil memasukkan buku teks kedalam beg.

Menunggumu di sini.(Cerpen)Where stories live. Discover now