BAB 3🦋

101 16 5
                                    

"Woi!"karl menepuk bahu Luth kuat.

"Nak apa?"jawab Luth terganggu fokusnya yang sedang study apa bila secara tiba-tiba karl menepuk bahunya.

"Aku nak tanya kau, macam mana nak ngorat crush? Aku kena buat apa?"tanya Luth.

"Kau beli la apa² macam makanan ke bunga ke atau apa² lepastu kau tegur la dia and then kau hulurkan lah benda yang kau nak bagi"kata Luth.

"Ok bro! Terima kasih"kata Karl lalu dia keluar dari perpustakaan itu.

"Bismillahirrahmanirrahim semoga dia terima"kata karl lalu dia menapak perlahan ke arah Atiqah.

"Hai"

Atiqah mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan yang menegurnya.

"Hai"Atiqah kembali melihat handphone nya semula. Malas nak layan.

"Ermmm awak sorang ke?"

"Kau tak ada soalan bodoh lagi ke? tak nampak yang aku sorang je kat sini"kata Atiqah kasar.

"Hehehe jangan la marah. Nah...ambik la saya belikan special untuk awak"kata Karl lalu menghulurkan bunga dan beberapa coklat.

"Heh? Kau ingat aku nak ambik ke kau punya hadiah ni? Sorry aku tak nak"kata Atiqah lalu beredar dari situ.

"Eh jangan la macam tu ambik je la saya beli untuk awak tau"karl masih lagi berusaha.

"Aku kata tak nak! Tak nak la!"tanpa sengaja bunga dan coklat yang diberi oleh Karl itu terjatuh dan yang yang paling teruknya dia terpijak.

Karl menggigit bibirnya lalu menayangkan senyum paksa dan mengambil semula coklat dan Bunga itu.

"Kalau tak nak sekalipun tak payah la sampai nak pijak"kata karl lalu beredar dari situ dengan perasaan kecewa.

Atiqah tiba² rasa bersalah dia mahu mengejar tapi ego nya menghalangnya dari mengejar jejaka itu.

"Sorry..."perlahan sahaja perkataan itu keluar.

"Bro macam mana dia terima tak?"tanya Luth.

"Hmmm tak apa la wei aku dah tak nak usaha untuk dapatkan dia"kata karl dia sudah berputus asa kalau itu yang Atiqah mahu supaya jangan ganggu dirinya lagi.

"Cepat betul kau mengalah..."kata Luth.

"Aku sedar yang dia tak seperti Irsa yang boleh semua kekurangan orang tapi aku tak suka Irsa ok..."kata Karl dia tidak mahu Luth salah faham.

"Tapi aku tertarik dengan perangai Atiqah dia comel...aku tahu dia macam mana dulu tapi aku tetap suka kan dia. Mungkin aku suka kat dia sebab dia berubah dan aku kagum dengan dia sebab dia boleh capai sampai ke tahap ni dia dah berjaya berubah ke jalan yang lebih baik dia berjaya tahan rasa untuk ke club minum benda yang bukan² tu buat maksiat semua dia tahan dari buat semua benda tu. Sebab itu lah aku suka dia sebab dia ada usaha dan tetap mencuba walaupun semua benda tu agak susah"kata Karl. Dia sangat kagum dengan wanita itu dari pada mula Atiqah memakai tudung dia sudah jatuh cinta dia banyak melihat perubahan Atiqah.

"Bagus la... Kau suka dia, aku rasa kau tak salah pilih. Kau jangan putus asa wei kau cuba je tahan mana tahu dia tu memang jodoh kau melain kan takdir Tuhan berkata lain"kata Luth dia mahu sahabatnya bertahan seperti mana dia bertahan untuk menerima cinta Irsa.

Luth sudah tahu yang Irsa menyukainya, di dapat tahu ini semua dari Atiqah gembira tidak terkata dia apa bila Irsa pun menyukainya. Dia tidak dapat mengambarkan situasinya pada waktu itu.

"Aku akan cuba..."kata karl.

"Ok la aku masuk bilik dulu"kata Luth.

Karl hanya mengangguk dan termenung lagi,lagi dan lagi entah bila lah dia mahu habis berfikir.

15 HARI CINTA KITA [C]Where stories live. Discover now