BAB 1🦋

168 19 1
                                    

Marissa irsa gadis yang sejenis murah senyuman baik hati lemah lembut tanpa sedar ada seseorang jejaka jatuh cinta pada dirinya.

"Hai irsa"tegur Luth.

"Hai, luth buat apa kat sini"tanya Irsa.

Terkejut juga Irsa apa bila melihat Luth tiba² muncul di hadapannya hampir² sahaja dia mahu memukul Luth tapi nasib baik la dia tidak sedemikian.

"Hehehe saja...tak kan tak boleh"

"Eh boleh je tak ada siapa halang pun"kata Irsa.

"Nah ambik lah ikhlas dari hati"kata Luth lalu menghulurkan coklat kegemaran Irsa.

"Eh tak payah...Irsa boleh beli sendiri Luth makan la"kata Irsa dia menolak sekeras-kerasnya.

"Please Irsa ambik la Luth pakai duit sendiri tau"Luth tetap menghulurkan coklat itu.

Setelah beberapa minit berfikir Irsa akur juga dan mengambil coklat itu dari tangan Luth.

"Terima kasih Luth... susah² je belikan untuk Irsa terima kasih sangat² Irsa suka!"kata Irsa sambil tersenyum manis.

Di dalam hati Luth sudah cair dengan senyuman manis Irsa. Aku akan dapatkan kau suatu hari nanti.

"Irsa pergi dulu nanti kita jumpa lagi ok bye²"Irsa melambaikan tangannya lalu beredar dari situ.

Luth masih lagi tersengih sengih tak sangka crush kesayangan menerima pemberian nya.
Eiiii Luth suka! Luth suka!.

Tanpa berlama-lama Luth juga beredar dari situ mahu pulang ke rumah keluarganya.

"Amboi dapat mana coklat tu?"tanya Atiqah kawan baik Irsa.

"Ada orang bagi"jawab Irsa ringkas.

"Elehhhh mesti Luth bagi kan? Kau ni buta ke apa kau nampak kan yang dia tu suka kau ke kau tak perasan"

"Aku perasan je...tapi aku nak tunggu dia confess dekat aku dan buktikan yang dia memang betul² ikhlas nak jadi pasangan aku"kata Irsa.

"Bagus la tu aku tengok Luth tu sesuai dengan kau sebab dia baik kau pun baik dia hensem kau cantik senang cerita kau memang sesuai la dengan dia"kata Atiqah.

"Dah² jom solat dah nak masuk waktu ni"kata Irsa.

"Iya lah"

Ini lah salah satu sifat Irsa yang paling di sukai Atiqah dia sedar kadang² dia leka dengan dunia sampai lupa pada pencipta dulunya dia bukan orang yang baik dia adalah hamba yang penuh dengan dosa tapi bila dia kenal dengan Irsa Alhamdulillah Irsa telah mengubah dirinya menjadi lebih baik.

Dia bersyukur kerana mempunyai kawan seperti Irsa yang selalu mengingatkannya supaya jangan terlalu lalai.

"Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah"

Selepas mereka habis menunaikan kewajipan tersebut mereka sambung membuat kerja yang tertunda maklumlah sudah Sem terakhir pasti ada banyak tugasan lagi² exam sudah dekat memang makin sibuk la mereka.

"Ermmm Atiqah...besok teman aku pergi kedai buku boleh? aku nak beli barang sikit"tanya Irsa.

"Of course boleh besok tengahari boleh? sebab aku habis kelas tengahari"tanya Atiqah.

"Boleh"

Mereka pun sambung kerja semula ada juga mereka berborak untuk hilangkan stress dan bermacam-macam lagi yang mereka borak kan lepas satu satu topik mereka bual kan.

Tengahari...

"Irsa! Dah siap ke belum?"tanya Atiqah dari luar pintu bilik.

Irsa membuka pintu biliknya lalu menarik tangan Atiqah.

"Dah jom gerak!"dengan semangatnya mereka berdua pun memasuki kereta. Tidak lupa juga doa menaiki kenderaan pun di baca.

"Wei! Kau nak beli apa lagi?"tanya Atiqah dia sudah tidak larat menunggu Irsa yang selagi tadi terpusing-pusing mencari barang yang di mahukannya.

"Tak apa la kau pergi la tunggu dulu dalam kereta sekejap lagi aku keluar ok"kata Irsa lembut kesian juga dia melihat Atiqah yang lagi tadi asyik mengekori nya kesana kesini.

"Ok!"Atiqah terus keluar dari kedai buku tersebut dan menuju ke keretanya. Irsa menggeleng kepala melihat Atiqah.

"Total harga RM 30.10 sen"kata pekerja tersebut.

Irsa menghulurkan duit tiga puluh ringgit sepuluh sen ke arah pekerja tersebut. Entah apa yang dibelinya Sam tiga puluh ringgit.

Irsa menoleh ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada kereta atau moto supaya dia boleh melintas. Entah macam mana dia boleh terleka ada sebuah kereta yang agak laju yang makin lama makin mendekat dengannya.

Tiba² ada seseorang menarik lengannya dari arah belakang. Irsa menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang telah menyelamatkan dirinya.

"Luth?"

"Kau ok? Ada sakit kat mana² tak? Nak pergi klinik?"bertalu talu pertanyaan yang dianjurkan.

"Saya ok terima kasih sebab dah selamat kan saya"kata Irsa lalu merungkai kan pegangan Luth.

"Selagi nyawa dikandung badan kau akan sentiasa jaga kau"kata Luth. Mahu luruh juga jantungnya tadi apabila melihat Irsa yang hampir dilanggar nasib baik lah dia cepat kalau tidak...

"Irsa!! Kau ok tak?ada sakit?"tanya Atiqah.

"Aku ok tak ada apa² yang tercedera pun"kata Irsa.

"Alhamdulillah... Terima kasih Luth sebab dah selamat kan Irsa kalau tak, tak tahu la apa jadi"kata Atiqah.

Selepas mereka berbual beberapa minit dan mengucapkan terima kasih mereka pun beredar untuk pulang ke rumah masing-masing.

"Nasib baik Luth ada kalau tak entah apa jadi la kat kawan aku ni"kata Atiqah sambil menggeleng kan kepalanya.

"Haihhhh tu lah aku bersyukur sangat sebab tuhan masih lagi panjang kan umur aku, Aku rasa aku dah jatuh hati dekat dia la"kata Irsa.

Atiqah senyum mengusik "Haaaa jangan angau sangat tau"kata Atiqah.

"Ish! Tahu lah"kata Irsa.

Atiqah menggeleng kepalanya lalu mereka berdua singgah ke MCD kerana lapar. Ini semua salah Irsa baru je aku nak turun kan berat badan haish...

15 HARI CINTA KITA [C]Where stories live. Discover now