Secawan kopi menjadi pilihan untuk menemani pagi. Terlihat juga seekor kucing British Shorthair sedang bersantai di ruang tamu. Rumah yang begitu kemas dan cantik hasil dekorasi sendiri. Lagu "Diamond" dimainkan untuk menghidupkan suasana pagi.
Hai, aku Delphine Anderson. Aku seorang penulis. Karya-karya yang aku hasilkan banyak didapati di pasaran. Rumah ini juga ku beli hasil titik peluh selama 5 tahun berkarya. Minggu lalu aku dijemput oleh stesen televisyen antarabangsa untuk berkongsi idea.
"Morning Ady" kata Delphine. Secawan kopi menjadi pilihan gadis itu sambil duduk di sebelah kucing kesayangannya. Begitu indah cuaca hari ini. Sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Telefon pintar milik Delphine berbunyi. "All I want is you" telefon berdering. "Hello," jawab Delphine. "Kau nampak tak breaking news hari ni?" soal suara itu. "Eh belum lagi," kata Delphine. Dia dengan pantas mencapai ipad miliknya di atas meja.
"Seramai 25 orang penulis telah berjaya ke peringkat seterusnya". Tajuk artikel itu membuatkan dia bahkan lebih teruja untuk mengetahui apakah isinya. Dia melihat nama-nama penulis yang terpilih. "Delphine Tara Anderson".
"Aku terpilih," kata Delphine teruja. "Aku dah kata kau mesti boleh," kata suara itu lagi.
"Cat nanti kau datang rumah ambil Ady," kata Delphine. Dia harus ke pergi seketika atas urusan kerja. Catherine merupakan kawan baiknya sejak di bangku sekolah lagi. Jarak rumah mereka juga tidak terlalu jauh. Catherine juga sering kali datang menginap. Catherine sering kali diminta untuk menjaga Ady.Sesiapa sahaja yang datang bertandang ke rumah Delphine pasti akan menyukai Ady. Ady seekor kucing yang sangat ramah dan manja. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Waktunya untuk membaca e-mail dan blog.
Waktu pagi begini biasanya dihabiskan untuk membaca e-mail atau soalan yang ada. Delphine lebih gemar menghabiskan waktu paginya dengan membaca feedback dari para pembaca. Komen-komen yang ada juga menarik perhatiannya untuk dibaca.
Pagi ini juga, dia dikhabarkan bahawa salah satu bukunya sudah habis terjual. Buku yang berjudul "Happy Me" itu sudah terjual sebanyak 3200 salinan. Buku itu baru sahaja dikeluarkan beberapa hari lalu. Sambutan yang sangat luar biasa untuk buku yang satu ini.
Sepertinya dia harus pergi agak lama. Tidaklah begitu risau kerana Catherine boleh diandalkan. Pintu rumahnya diketuk. Ternyata Catherine sudah pun di depan.
Pintu dibuka lalu Catherine masuk dan menuju ke arah Ady. Dia sudah siap untuk meluangkan masa bersama Ady untuk beberapa hari kedepannya.
"Aku rasa mungkin lagi seminggu baru aku balik," kata Delphine. Catherine melihat ke arah Delphine dan merenungnya tajam. "Kau tak kesian ke tengok Ady? Kesian Ady, duduk dengan Mama Catty lah ya sayang," kata Catherine sambil dibelainya si kucing itu.
"Buku aku dah habis terjual. Aku kena tambahkan lebih banyak koleksi lagi," balas Delphine. "Alasan. Kau ni terlalu banyak kerja nak dibuat. Tambahlah lagi salinan yang baru," kata Catherine pula.
Delphine menggelengkan kepalanya. "Dah lah, kau jaga Ady. Jangan banyak soal ya," jawab Delphine.
"Delphy, aku rasa tak patut lah untuk aku bagitahu kau," kata Catherine.Dia memang suka memancing tanda tanya. Tara tetap memaksa. Tidak begitu suka apabila dirinya harus bertanya berulang kali. "Tak patut pun aku bagitahu," kata Catherine lagi.
"Habis tu kenapa kau buka topik kalau tak nak bagitahu aku?" soal Delphine sambil menyimpan beberapa perintilan yang diperlukan. "Aku tak nak kau fikir sangat nanti," jawab Catherine.
Rasa serba untuk diberitahu. Tapi Delphine itu sahabat baiknya. Dia juga tidak mahu Tara terus tertanya-tanya. "Aku nampak Theo semalam. Aku rasa dia dah balik sini," Catherine bersuara semula.
YOU ARE READING
Delphine
Mystery / ThrillerDelphine Anderson merupakan seorang penulis. Dia mempunyai seorang kawan lelaki yang bernama Theodore Jones. Dalam diam Theodore juga menyukai Delphine. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Namun hubungan mereka hanyalah sebagai seorang teman. Seringk...