"Apa you buat berdiri depan ni?" soal Theo. "Someone is calling you. I rasa penting," kata Abigail. Telefon itu diserahkan kepada Theo. Setelah itu mereka berjalan menuju ke meja makan. Suasana agak riuh. Ada sahaja topik yang dibincangkan.
"Bila Abby dan Theo nak kahwin?" soal Puan Denise. Theo tersedak. Tidak terlintas di fikiran akan ditanya soalan sebegitu sekali lagi. Sejujurnya dia sendiri belum bersedia untuk menjawab soalan yang diajukan. Hubungan selama 2 tahun itu seakan-akan masih begitu baru.
"Mama, nanti kita bincang lagi boleh tak?," kata Abigail. Theo hanya membalas dengan senyuman. Rasa berat untuk menjawab soalan itu. "Janganlah lama-lama Theo, uncle teringin juga nak timang cucu," kata Encikn Denise. Sekali lagi Theo tersedak.
"Sayang, okay tak ni?," tanya Abigail. "Ma, Pa. Janganlah tanya lagi. Theo nervous tau tak," tambah Abigail lagi. Air diminum. Ya dia memang agak nervous. Ini bukanlah kali pertama dia bertemu kedua orang tua Abigail. Abigail seringkali mengajak Theo bertemu keluarganya sejak 2 tahun lepas.
Theo pula tidak pernah membawa Abigail bertemu keluarganya. Dia juga kurang membahas soal itu. Abigail tidak mahu bertanya lagi kerana tidak mahu Theo berasa tidak selesa. "Kalau tiada halangan secepatnya," Theo tiba-tiba bersuara. Jari Abigail dipegang lalu matanya menatap wanita itu. Abigail tersenyum. "Cuma untuk saat ini, saya belum boleh janji. Saya perlu balik berjumpa keluarga dulu," tambah Theo lagi.
Abigail kelihatan teruja. Dia tidak sabar bertemu keluarga Theo. Mana tidaknya ini kali pertama dia berjumpa keluarga Theo. "Mama happy dengar bila Theo nak kahwin dengan Abby," kata Puan Denise. "Beritahu segera ya, Papa pun tak sabar juga ni," kata Encik Denise pula. Terlihat jelas wajah mereka yang begitu teruja. Satu-satunya anak perempuan mereka yang akan berkahwin.
Disisi lain, Delphine terlanggar seseorang. Hampir sahaja dia terjatuh namun sempat disambut oleh orang itu. Mata bertentangan. Tangannya dipegang erat oleh orang itu. "Awak okay?" soal orang itu. Delphine tersedar dari lamunanya. Pegangannya terlepas. Delphine terjatuh. "Aduh!" kata Delphine.
"Maaf," kata orang itu. Dia mencuba membantu Delphine namun tangannya ditepis. "Jay," panggil seorang wanita. Delphine bangun. "I'm fine," jawab Delphine. Delphine melihat ke arah wanita itu. "Kenapa ni?" soal wanita itu.
Lelaki itu menjelaskan apa yang berlaku. "Nothing serious. I'm fine. My fault. Well excuse me," kata Delphine lalu meminta diri."Itulah, lain kali jalan tu tengok sekeliling," kata wanita tu. "Kalau jadi apa-apa pada dia tadi macam mana?" soal wanita itu lagi. Lelaki itu tersengih. Dia teringat semula kisah sebentar tadi. "Jayden kalau dah berjalan memang tak nampak orang," kata Encik Thompson. Jayden mengambil tempat duduk semula.
"Yalah, Jay yang salah. Sis, pass me the water," kata Jayden kepada adiknya. Tekak terasa haus selepas kejadian tadi.
"Mama, Papa dan Dian balik esok, Jay betul nak stay sini sehari dua?" soal Puan Thompson. Jayden mengangguk. Dia masih ada beberapa hari lagi tinggal untuk bercuti. Selepas ini belum tentu dia akan dapat merasa moment seperti itu. Jayden terkenal dengan sikapnya yang workaholic. Bila bercuti panjang beginilah dia dapat berehat dan tidak memikirkan soal kerja.Delphine pula terburu-buru untuk pulang ke tempat duduknya selepas selesai urusannya. "What happen Delphine?" soal Puan Hilton. Delphine membalas dengan senyuman. Baju Delphine terlihat kotor. "You nak ganti pakaian tak?" soal Puan Hilton lagi. "Tak perlu Puan Hilton. Saya perlu balik ke bilik semula. Ada urusan yang harus saya selesaikan," jawab Delphine. Dia meminta diri.
Di meja lain terlihat Keluarga Abigail yang sedang menikmati makanan yang disajikan. Sekali lagi Theo melihat kelibat Delphine. Dia sangat pasti itu ialah Delphine. Ingin dikejarnya namun apakan daya, dia tak boleh pergi begitu saja.
YOU ARE READING
Delphine
Mystery / ThrillerDelphine Anderson merupakan seorang penulis. Dia mempunyai seorang kawan lelaki yang bernama Theodore Jones. Dalam diam Theodore juga menyukai Delphine. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Namun hubungan mereka hanyalah sebagai seorang teman. Seringk...