Chapter 2

396 38 12
                                    

SPLASSHHHH!!!!

"........"

Habis wajah dan baju si dia basah akibat air teh ais yang dicampak si Boboiboy itu.

Boboiboy kelihatan terkejut dan ketakutan melihat apa yang dia baru sahaja telah terbuat.

"Woi?! Kau pahal?! Habis basah baju aku!!!"

Baru sahaja Si Dia mahu melempang Boboiboy akibat perkara itu, tapi waktu itu juga, Ochobot akhirnya kembali dengan sepinggan nasi goreng dan air milo di tangannya.

Ochobot melihat kejadian yang berlaku di depannya itu.

"Eh? Tu...."

Mata Ochobot terbeliak.

Sebelum sempat tangan Si Dia mendarat pada wajah sepupunya, Ochobot datang ke dalam scene, dan menangkat pegelangan tangan Si Dia.

Si Dia kelihatan terkejut dengan kemunculan tiba tiba Ochobot itu.

"Apa yang kau cuba buat, hah?!"

Ochobot memulas pegelangan tangan Si Dia, membuatkan Si Dia merintih kesakitan.

"Aduh! Aduh aduh aduh aduh! Lepas weh, lepas!!!"

Ochobot melepaskan tangannya dengan kasar, dan merenung tajam ke mata Si Dia, sambil sebelah lagi tangannya digunakan untuk melindungi Boboiboy di belakang tubuhnya.

"O-Ochobot...." Boboiboy kelihatan risau dengan tindakkan kasar Ochobot itu.

"Tak apa. Serahkan sahaja pada aku" Boboiboy tidak dapat melawan keputusan sepupunya itu.

Si Dia kelihatan mengusap pegelangan tangannya yang dipulas Ochobot tadi sambil mengadu kesakitan.

"Aduh.... apa masalah kau hah?! Tiba tiba nak pulas tangan orang?!?!" Si Dia kemudian memarahi Ochobot pula.

Tapi Ochobot kelihatan tidak takut sama sekali dengan Si Dia.

"Dah kau nak hayunkan tangan kau tu ke kepala sepupu aku!!! Mestilah ianya masalah aku!!!" Ochobot sambung menengking Si Dia pula.

"Dah "SePuPu KeSaYaNgAn" kau ni basahkan baju aku dengan air teh dulu!!! Macam mana aku tak marah?!?!" pertengkaran itu nampaknya tak habis di situ saha.

Si Dia menggunakan nada mengejek pada perkataan "Sepupu Kesayangan" itu untuk mengejek cara Ochobot yang terlalu Overprotective pada Boboiboy itu.

Yang semestinya membuatkan Ochobot naik angin.

"Dah kau yang sentuh dia dulu!!! Walaupun aku tak nampak apa yang berlaku sebelum kau nak tampar dia tadi, tapi aku dah tahu yang dia tak akan lakukan benda sebegitu rupa tanpa ada orang yang sentuh dia dulu!!!!"

Ochobot menolak badan Si Dia kasar menggunakan jari telunjuknya, membuatkan Si Dia semakin lama semakin tertolak kebelakang sesambil Ochobot menengking dirinya.

Ochobot mengatur nafasnya, manakala Si Dia terdiam sejenak mendnegar apa yang Ochobot baru katakan.

Ochobot kedengaran mengeluh kecil.

"Haih.... dah. Ikut kami"

Ochobot menghulurkan tangannya kepada Si Dia.

Si Dia kelihatan seperti kebingunan, dan melihat tangan dan wajah Ochobot bersilih ganti.

"Pergi.... mana?" tanya Si Dia.

"Bilik persalinan" jawap Ochobot dengan nada tegas.

Yang membuatkan Si Dia menelan ludah kelat sendiri, sebelum menyambut tangan Ochobot, walaupun dalam keadaan teragak agak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Haphephobia AU (Boboiboy Fanfiction)Where stories live. Discover now