Hari ini merupakan hari kedua aku ke sekolah. Aku turun sahaja daripada kereta, pelajar-pelajar di sini sudah berbisik sesama sendiri. Aku tahu, mereka pasti sedang berbicara tentang aku yang berada di golongan ketiga. Aku meneruskan langkahku ke kelas 5 Inferno. Kedengaran suara Syasya dan ahli kumpulannya sedang bergelak ketawa dari dalam kelas. Aku melangkah masuk. Semua mata memandang ke arahku. Aku menundukkan pandanganku. Tidak mampu untuk bertentang mata dengan sesiapa pun. Aku segera ke tempat dudukku.
Baru sahaja aku ingin melabuhkan punggungku, tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang. Dia! Semua mata memandang ke arah aku. Aku jadi tidak keruan apabila diperhatikan begitu oleh mereka semua. Seperti aku telah melakukan satu kesalahan yang cukup besar!
Dia menarik aku keluar daripada kelas. Aku hanya mengikut setiap langkahnya. Dia membawa aku ke pondok berdekatan. Dia melabuhkan punggungnya. Begitu juga aku. Kami hanya berdiam diri. Aku memandang ke arah kasutku untuk menutup perasaan malu aku. Namun, mataku tetap berdegil untuk melihat wajahnya. Lihat curi-curi sudah! Hehehe.
"Pandang apa?" Katanya. Dia merenung tepat ke arah anak mataku.
"Kenapa awak tarik tangan saya?" Soalan dibalas soalan. Aku berasa malu untuk menjawab soalannya.
"Kau memang buat something tak tahu nak tengok kiri kanan ke?"
"Kenapa awak cakap macam tu?" Aku pelik dengan soalannya.
"Kau memang tak perasan ke?"
"Perasan apa?"
"Kat kerusi kau tu, Syasya and the Geng letak cat berwarna merah kat kerusi kau! Takkan kau tak sedar?!" Suaranya bergetar seperti sedang menahan marah.
"Awak boleh cakap elok-elok kan? Rasanya tak perlulah awak nak marah-marah saya. Benda kecil je kan? Dahlah, saya masuk kelas dulu. Assalamualaikum." Aku segera meninggalkannya. Kakiku laju melangkah ke kelas dan tidak menoleh ke belakang langsung.
Aku hanya memerhati setiap langkahnya pergi meninggalkanku. Kenapa aku kasar sangat dengan dia? Kenapa aku bersikap macam tu kat dia? Kenapa aku mesti rasa macam sentiasa nak menjaga dia? Kenapa aku rasa dia ni macam lain daripada yang lain? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dahlah Alif, baik kau pergi masuk kelas. Manalah tau, cikgu dah masuk dalam kelas. Hatiku berkata. Aku bergerak ke kelas.
Aku nampak Miss Naddy tengah mengajar. Aku mencari kelibat Warda. Kebetulan, dia juga melihat ke arahku. Dia memberikan isyarat mata supaya aku masuk ke kelas. Tetapi belum sempat aku nak masuk, Miss Naddy terlebih dahulu menegurku.
"Alif? Takkan kamu nak berdiri je kat luar tu sampai kelas saya habis?" Aku terkejut tetapi cepat-cepat mengawal riak mukaku.
"Sorry. Miss Naddy. Saya pergi tandas tadi, sakit perut."
"It's okay. Saya tahu. Warda dah cakap tadi. Pergi duduk tempat kamu dan kalau kamu masih sakit, saya boleh bagi pas keluar kelas untuk kamu pergi ke bilik rawatan."
Aku terkejut apabila Warda menyelamatkanku. Dia marahkan aku tetapi dalam masa yang sama, dia menyelamatkanku daripada Miss Naddy. Aku bergerak ke tempatku. Aku memandang ke arah Warda. Warda langsung tidak memandangku. Aku terus mengeluarkan buku bagi subjek Miss Naddy dan melupakan kejadian yang berlaku antara aku dan Warda.
Tepat jam 9.40 pagi, loceng rehat berbunyi dan aku segera ke tempat Warda. Aku tidak menghiraukan panggilan Iskandar. Yang aku tau, aku nak jumpa Warda.
"Warda." Aku memanggilnya.
"Yes?" tanyanya dengan senyuman yang tidak pernah lekang daripada bibirnya.
"Errr.. Thank you sebab selamatkan aku daripada Miss Naddy tadi. Kalau tak, tak taulah." Aku gugup seketika. Senyumannya membuatkan aku terpana seketika. Comel!
YOU ARE READING
Akhirnya...
Teen FictionBaru sahaja aku ingin melabuhkan punggungku, tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang. Dia! Semua mata memandang ke arah aku. Aku jadi tidak keruan apabila diperhatikan begitu oleh mereka semua. Seperti aku telah melakukan satu kesalahan yang cukup...