Part 1

7 0 0
                                    

"Inara! Petang ni jangan lupa pergi tengok game Nami tauuu!" Jerit Syabreena.

"Ya!! Aku ingat!" Inara membalas. Laju tangannya mencapai komputer riba dan dimasukkan ke dalam beg untuk dibawa ke kelas nanti. Bangun lambat lagi harini. Ni semua sebab nak habiskan drama korea yang si Syab ni suggest. Ingatkan nak tengok satu episod je, tapi sekali dah tengok, auto tak boleh berhenti. Lepas satu-satu. Tahu tahu dah cerah.

"Dah siap ke belum tu Inara?" Syabreena segera menghidupkan enjin kereta miliknya. Harini mereka pergi kelas bersama kerana ada satu sahaja kelas pada hari ini. 

Inara yang sudah mendengar enjin kereta dihidupkan tergesa-gesa memakai kasut miliknya. Pintu rumah dikunci dan dengan lafaz bismillah, melangkah masuk ke dalam kereta. 

"Kau ni kalau tak lambat tak sah." Syabreena berkata sambil menekan pedal minyak.

"Kaulah punya pasal. Siapa suruh suggest suruh tengok cerita Taxi Driver tu. Kau pun tahu aku suka cerita-cerita macam tu. Tahu tahu dah cerah." 

"Masalahnya yang kau pergi tidur lepas dah tahu dah cerah tu kenapa?" Syabreena geleng kepala mendengarkan jawapan seketul Inara ni.

"Nak buat macam mana Syab. Benda kalau dah mengantuk, mata ni kalau dia nak tutup, tertutup juga Syab. Kau tahanlah macam mana pun, tetap akan tewas." Inara menjawab sambil melayan telefon bimbit miliknya. Inilah antara salah satu sebab kenapa Inara suka jadi passenger princess daripada memandu. Dia boleh main telefon ataupun tidur.

"Yelah Inara. Ni petang nanti kau gerak dengan siapa pergi tengok game Nami?" 

"Tak tahulah. Tak pasti. Kau taknak pergi tengok ke Syab?" Tanya Inara.

"Aku? Tengok dulu tahap kerajinan aku macam mana. Aku tak berani nak berjanji."

"Ouhh" Muncung mulut Inara menjawab.

"Kalau macam tu, aku gerak sorang jelah. Tak jadi masalah pun. Kalau kau ubah fikiran nanti, datanglah teman aku kat game Nami tu." sambung Inara.

"Okiee. Nanti apa-apa aku bagitau semula." Balas Syabreena. 

Kisah KitaWhere stories live. Discover now