Epilog

46 5 0
                                    

Sebulan kemudian

Kelihatan seorang wanita bersama seorang budak lelaki yang merupakan anaknya sedang duduk di tepi sebuah kubur milik arwah suaminya.

Seusai membaca yasin buat suaminya si isteri menyiram air bunga pada kubur arwah suaminya. Batu nisan dipegangnya sambil mengucapkan sesuatu.

"Assalamualaikum sayang? Aira datang ni dengan Ayyash. Awak apa khabar? Saya, alhamdulillah baik sangat. Ayyash pun sama sihat juga. Dah sebulan lebih awak pergi rindu saya nak dengar suara awak. Ayat-ayat manis yang keluar dari mulut awak tu pun saya rindu."Aira tersengih buat seketika bila teringat saat suaminya memujuk dirinya menggunakan ayat-ayat manis sehinggalah dirinya tak jadi untuk merajuk.

Kenangan itu adalah kenangan yang paling indah baginya.

"Sayang...ayah.."Ayyash tiba-tiba sahaja bersuara. Dia menyandarkan kepalanya pada bahu ibunya perlahan sambil mengusap batu nisan dihadapan nya.

"Ibu, ayah dekat sana gembira tak?" sebaris ayat ditanya kan kepada aku sambil Ayyash merenung wajah aku dengan penuh harapan.

Sebaris senyuman diberikan. Kepala di angguk sedikit.

"Mestilah bahagia sayang..."kataku pendek sambil mengusap perlahan kepala Ayyash.

"Tapi ibu mesti sedih. Ayyash kena cari seorang lelaki yang boleh ganti ayah supaya ibu tak sedih pastu tak keseorangan..."senyuman aku perlahan-lahan luntur dari bibir. Tak sangka anak aku juga boleh berkata sedemikian mesti arwah Aryan cakap apa-apa dekat dia.

"Kamu pastikah Ayyash? Kamu tak sayang ayah? Kenapa suruh ibu kahwin lagi? Ibu pun tak pernah terfikir nak kahwin lagi tau..."ujar aku. Ayyash memegang batu nisan milik arwah Aryan.

"Ayah macam mana ni? Ibu tak nak kahwin lagi. Ayah yang suruh Ayyash pujuk ibu...tapi ibu tak nak..."aku hanya memerhati dalam diam Ayyash yang sedang mengadu pada Aryan. Air mata aku tak dapat berhenti daripada mengalir namun bibir aku mengukir senyuman.

"Ayyash, sudah ikut ibu jom? Kita pergi pantai nak?"aku cuba menukar topik lain. Tidak selesa apabila ditanya kan soal kahwin lagi ni.

"Nak! Ayah, ibu nak bawa Ayyash pergi pantai nanti kita orang singgah sini lagi..."Ayyash kelihatan sungguh semangat.

"Kamu pergi naik kereta dulu. Ibu nak bawa jag ni..."Ayyash menangguk lalu batang hidung kanak-kanak yang berumur 6 tahun itu pudar dari pandangan Aira.

Aira memandang kembali kubur arwah suaminya.

"Sayang? Kalau itu yang awak nak, saya akan tunaikan. Tapi, sampai hati awak ajar anak kita macam tu...awak tak tahu ke saya sayangkan awak? Kalau semuanya sebab Ayyash mungkin saya terpaksa juga. Nak merajuk dah tak boleh sebab awak tak boleh pujuk saya lagi.Apapun saya akan datang lagi jenguk awak. Saya balik dulu ya sayang?..." Aira perlahan-lahan berjalan meninggalkan kawasan kubur itu.

⚘⚘⚘

Pantai

Selepas dua jam perjalanan sampai juga dua beranak ini di sebuah resort penginapan.Kereta diletakkan di tempat letak kereta.

Wajah Ayyash dipandang. Sampai tertidur Ayyash. Tadi betul-betul semangat dapat pergi pantai.

"Ayyash, kita dah sampai ni. Kamu nak tengok pantai tak? Nak buat istana pasir?"Ayyash dengan mamai menangguk perlahan. Matanya digosok-gosok perlahan.

"Jom sayang?"kami berdua keluar dari perut kereta.

"Ayyash pegang tangan ibu ni. Jangan jauh-jauh dengan ibu tau?"kami berjalan masuk ke dalam resort sambil berpegangan tangan.

Langit SenjaWhere stories live. Discover now