Part 1 : Pertemuan

23 2 1
                                    

"Ttogu-ah, cepat kejar mama.." wanita dengan wajah anggun itu memanggil nama anak lelakinya yang baru berusia tiga tahun itu agar mengikuti langkahnya. Dengan cepat budak lelaki itu mengejar ibunya dengan senyuman ceria di wajahnya.

"Ttogu, ayah kat sini!" Panggil satu suara dari arah kanannya. Kanak-kanak lelaki itu segera memalingkan wajahnya ke arah suara itu lalu berlari dengan pantas terus ke dalam dakapan ayahnya itu.

"A-yahh!!" Laungnya dengan suara kecilnya itu sambil memeluk ayahnya erat. Dia merasa ada sepasang tangan turut memeluk mereka berdua. Dia mengangkat wajahnya dan mendapati ibunya sedang menatapnya dengan wajah yang lembut.

"Mama saaayang Ttogu!" ucap wanita itu lalu mencium pipi gebu anaknya itu.

"Ayah sayang kamu berdua!" ucap lelaki itu pula sambil mencium puncak kepala kedua isteri dan anaknya itu.

Dia tersenyum lebar memandang kedua ibu bapanya itu. "Ttogu saayang-"

"Hoi, bangun! Dah pukul berapa ni tak masak sarapan lagi. Dasar pemalas!" Rowoon terjaga dari mimpinya saat mendengar teriakan keras di luar pintu biliknya. Dengan malas dia berjalan menuju ke arah pintu lalu membuka kunci satu persatu. Dia mengeluh sebentar kerana merasa payah harus membuka setiap kunci dengan beraneka jenis kombinasi itu. Semuanya gara-gara dia tidak suka adik-adik sepupunya yang selalu menceroboh biliknya sesuka hati mereka.

Dia mempamerkan wajah separa sedar dengan rambut kusut-masainya kepada wanita separuh baya dengan wajah bengis yang baru sahaja menganggu paginya itu. "Dasar tak sedar diuntung! Cepat, pergi buat sarapan!" jerkahnya di hadapan wajah Rowoon.

Remaja lelaki itu hanya mengangguk pasrah lalu menuju ke dapur. Dengan sigap dia mencapai peralatan dan bahan memasak untuk menyediakan sarapan ringan buat 'keluarganya' itu. Keluarga? Dia sendiri tidak pasti adakah dia benar-benar sebahagian dari keluarga itu. Hanya saja namanya turut tersenarai sebagai ahli keluarga itu, namun tidak pernah sehari pun dia dilayan selayaknya seperti ahli keluarga sebenar.

Hampir 15 minit berlalu, Rowoon akhirnya selesai menyediakan nasi goreng kimchi dengan telur mata sebagai sarapan untuk penghuni rumah itu. "Sarapan dah siap!" ucapnya ringkas lalu segera kembali ke bilik tidurnya untuk bersiap ke sekolah. Dia mengerling ke arah jam lalu mengeluh sebentar. Memang dia akan terlambat lagi ke sekolah hari ini.

...

"Cepat, cepat lari, jangan bersembang!" Laung Cikgu Seojoon kepada pelajar-pelajarnya yang sedang menjalani hukuman kerana terlewat datang ke sekolah. Rowoon berlari dengan tenangnya seperti biasa. Kakinya yang panjang berbanding pelajar lain amat membantu menghabiskan larian sebanyak dua pusingan padang itu.

"Huft...huft...huft.." dia mengatur nafasnya sebaik sahaja tiba di hadapan Cikgu Seojoon. "Kamu memang target nak jadi atlet pelari sekolah ke? Hari-hari datang lambat," tegur guru muda itu. Rowoon hanya membalas dengan senyuman singkat. Jiwa introvertnya tidak membenarkan dirinya membalas kata-kata guru itu. Dia memang terkenal sebagai pelajar yang pendiam, jadi Seojoon pun tidak mengambil peduli apabila dia tidak membalas kata-katanya.

"Hujung minggu ni ada pemilihan atlet larian. Kalau berminat, petang ni join lah sekali. Cikgu nampak kamu ada potensi," sambung Seojoon lagi. Rowoon berhenti sebentar sambil menggalas beg sekolahnya. Dia seperti sedang menimbang kata-kata gurunya itu.

"Em takpa kot cikgu. Saya rasa tak dapat hadir sebab saya ada hal hujung minggu ni," balas Rowoon. Sejujurnya dia memang berminat untuk menyertai pemilihan itu, tetapi kerja separuh masanya lebih perlu diutamakan.

Seojoon hanya mengangguk. "Okay takpa, kamu boleh balik kelas dulu," balasnya lalu kembali fokus terhadap pelajar lain yang masih berlari-lari anak di padang. Rowoon membongkokkan sedikit badannya untuk memberikan tunduk hormat kepada gurunya itu sebelum beredar ke kelasnya.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Aug 11, 2022 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

QUEEN SEPHIA'S SCHOOL OF WITCHCRAFT AND WIZARDRYTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang