"Kau pernah dengar tak? Dalam universiti ni, ada seorang perempuan yang sangat jahat. Kalau kau buat kesilapan kecil je depan mata dia, teruk kau dibelasah weh," kata seorang perempuan ke kawannya secara perlahan.
"Apa nama dia?"
"Aina."
Aina, budak paling nakal sekali di Universiti Tun Hussein Onn. Sekejap, bukan nakal. Perkataan yang lebih sesuai, jahat! Ya, dia seorang yang jahat. Aina suka mengungut sesiapa sahaja yang cuba cari pasal dengannya. Hatta dekan sekalipun!
Ramai tak berani bergaul dengannya. Mereka tak sanggup. Lagipun, khabar angin mengatakan, Aina bukan sahaja ada masalah sikap panas baran, tetapi juga ada masalah mental. Mereka mengatakan dia seorang yang psiko!
"Aku rasa aku macam pernah dengar nama tu."
"Of course lah. Kau tau, ada seorang budak tu..."
Kedua-dua perempuan itu berjalan melepasi seorang lelaki yang sedari tadi menundukkan mukanya. Mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Terasa suram sahaja penampilannya. Di dadanya terletak tag nama yang menunjukkan perkataan 'Hafiz'.
Hafiz terus melangkah untuk ke kelas seterusnya sambil memeluk erat buku di dadanya. Dalam dia tidak sedar, seseorang sedang jalan menuju ke arahnya. Tanpa disangka-sangka, badannya dirempuh membuatkan dia hilang imbangan.
Habis bersepah buku yang dipegangnya tadi. Dia mula cemas lalu mengutip semua kertas dan buku serta alas tulis yang bersepah.
"Hoi." Satu suara menegur membuatkan pergerakan Hafiz itu terhenti.
Dengan perlahan, dia menoleh memandang ke pemilik suara itu. Seorang perempuan berdiri di depannya sambil memasukkan tangan di dalam seluar.
"Kau dah langgar orang, tak reti minta maaf ke?" soal perempuan itu dengan dingin. Pandangan tajam diberikan.
Cepat-cepat Hafiz bangun. Dia menundukkan badannya beberapa kali sebagai tanda minta maafnya. Perempuan itu mendengus.
"Kau ni bisu ke apa? Jawablah!" jerit perempuan itu dengan kuat membuatkan bahu Hafiz terangkat sedikit.
Jeritannya membuatkan pelajar lain mula memandang ke arah mereka, tetapi tidak berani untuk bertindak. Sekali pintas, mereka tahu itu siapa. Gayanya, percakapan, sifatnya. Itu Aina!
Perlahan-lahan lelaki itu mengangguk. Aina yang mula nak berang dengan kebisuan dan tindak tanduk lelaki itu, mula bertindak. Di tarik kolar baju lelaki itu lalu ditekannya ke dinding.
Hafiz mula menggigil ketakutan. Malu dan takut mula bercampur. Dia terasa seperti hendak pengsan dan menangis sekarang. Tak sangka hari ini akan jadi hari yang malang untuknya.
"Kau angguk-angguk apa?! Aku suruh kau guna mulut, bukan guna kepala!"
Aina sudah mula menggengam tangannya. Diangkat tinggi-tinggi tanda mahu melepaskan satu tumbukan padu. Hafiz sudah tutup matanya rapat-rapat. Dalam hati sudah berdoa supaya Allah menolongnya.
"Aina, cukuplah. Ramai orang pandang. Lagipun kita ada kelas lepas ni."
Satu tangan menepuk bahu Aina. Dia menoleh, melihat sahabatnya sedang memandang dirinya.
"Kau jangan masuk campur!" Aina memberikan amaran.
"Aina, ingat! Kau kena balik awal hari ni, kan?" Nana memperingatkan kawan baiknya.
Aina memandangnya dengan lama, sebelum memandang Hafiz semula. Pipinya dicengkam, kepala lelaki yang menunduk itu didongakkan dengan paksa. Merenung dengan tajam, Aina berkata
"Kau... Kalau aku nampak lagi muka kau lepas ni, nahas kau. Faham?"
Hafiz mengangguk walau sedikit susah. Aina melepaskan cengkaman kolar baju lalu terus berlalu pergi bersama Nana. Pelajar yang menyaksikan kejadian tadi terus bersurai. Tiada sesiapa yang mahu membantu lelaki malang itu. Mereka takut mendapat nasib yang sama.
Hafiz masih terduduk di lantai. Perlahan-lahan, dia mula mengemas barangnya yang terjatuh tadi. Dia tau tiada siapa yang akan bantunya. Lelaki itu sudah biasa hidup bersendirian.
Walaupun ada yang memandang simpati tadi, mereka tetap takut untuk masuk campur. Masing-masing lebih pentingkan keselamatan diri sendiri. Tidak mahu terlibat dalam bala.
°°°°
"Urhhh, geramnya aku. Dahlah jantan tu tak habis-habis ugut nak gantung aku." Bentak Aina. Dia merujuk kepada seorang pensyarah lelaki yang baru bekerja di universiti itu.
Nana di sebelahnya hanya mendengar. Mujur sahaja tadi dia tidak meresa tumbukan terkenal di psiko ni. Kalau tak, dah patah sebatang dua gigi dia tadi.
"Weh, kenapa kau halang aku tadi?" soal Aina secara tiba-tiba sambil memandang muka kawannya.
"Aku perhati tadi, budak tu sikit pun tak keluar bunyi. Dia macam ada buat isyarat tangan," kata Nana sambil memikirkan hal tadi.
"Kau nak kata dia bisu?"
"Maybe? Tak mungkin dia senyap dengan sengaja tadi."
Aina terdiam. Dia masih ingat rupa orang yang dirempuhnya tadi. Dahlah anginnya tidak baik, ditambah dengan kejadian tadi. Memang cari nahas betul.
"Kalau aku jumpa budak tu lagi, memang aku takkan lepaskan dia." Aina menggengam buku limanya.
"Dari kau tahan marah ni, baik kau pergi tumbuk pokok dekat sana. Senang sikit nak jaga perangai depan parents kau nanti," Nana memberikan cadangan yang bernas.
Aina memerhati sekeliling sebelum matanya terpandang satu pokok besar. Dia berjalan ke arah pokok itu. Digenggam penumbuk. Sepantas kilat, dia menghayunkan sebiji penumbuk ke batang pokok itu.
Tak cukup sekali, diulang lagi sampai dia puas. Dia berhenti dan melihat buku limanya. Penuh dengan darah dan ada sedikit selumbar telah tertusuk ke dalam kulitnya. Aina mendengus kasar. Sekurang-kurangnya hati dia kembali tenang semula.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love For Psycho
RomanceDi sebuah universiti, terdapat seorang pelajar yang amat terkenal. Bukan sebab dia cantik, bijak atau hebat, tapi sebab dia seorang yang nakal sangat. Mungkin juga lebih tepat sekali, jahat. Semua orang takut dengan dia, hatta dekan sekalipun. Denga...